Jumaat, 16 Disember 2011

Kita Berbeza Tapi Tidak Mengapa

Ada rakan-rakan pendidik yang bertanya betulkah buku teks pelajar Sabah dan Sarawak berbeza dengan buku teks yang digunakan pelajar di kawasan Selangor dan beberapa kawasan sekitarnya? Agaknya perkara ini sudah pernah dibincangkan oleh mereka yang jauh lebih lama mengajar dariku, tapi aku tetap ingin menulis mengenainya juga kerana sehingga sekarang aku masih belum mendapat jawapan "apakah rasional perbezaan ini?. Mungkin tidak semua mata pelajaran yang mempunyai buku yang berbeza, tetapi untuk mata pelajaran Geografi sememangnya berbeza (Ada fakta yang tidak ada dalam buku teks Sabah dan Sarawak tapi ada dalam buku teks pelajar kawasan Selangor itu dan begitu juga sebaliknya). Sememangnya kita pernah mendengar, jangan sibuk mencari perbezaan tapi carilah persamaan agar tidak timbul masalah tidak puas hati. Oleh itu, mulai tahun 2011 ini (lebih tepatnya selepas cuti bulan Jun) aku mula menggunakan buku teks yang dibeli dari Selangor untuk menambahkan maklumat mana yang tidak ada dalam buku teks pelajar Sabah.

Memang pada mulanya agak susah kerana ketika mengajar, pelajar akan menyatakan beberapa fakta yang disebutkan tidak ada dalam buku teks yang mereka gunakan. Apa yang mampu dikatakan," ini fakta tambahan dan sila salin dalam buku nota". Apapun, perbezaan buku teks ini bagiku ada pro dan kontranya. Kebaikannya adalah, sebagai guru yang baru setahun jagung mengajar ini aku akan berusaha untuk melengkapkan diriku dengan kandungan kedua-dua (difahamkan ada tiga versi) buku teks dan ini secara tidak langsung akan membuatkan aku lebih rajin membaca. Namun, kontranya ialah pada tahun 2008 dan 2011 terdapat SATU soalan yang tidak diterangkan dalam buku teks pelajar Sabah dan Sarawak disoal dalam soalan PMR. Sekali lagi, tujuan aku menulis entri ini bukan untuk mengajar mereka yang lebih arif apa lagi untuk memprotes. Aku cuma ingin berKONGSI ILMU dengan mereka yang sudi dan peduli untuk ambil tahu. Contoh buku teks yang digunakan di Semenanjung saya sertakan (tidak semua). Guru Geografi,cuba bezakan kulit hadapan dengan buku teks edisi Sabah dan Sarawak


Buku Teks Pelajar Kawasan Selangor (Tingkatan 1)

Buku Teks Pelajar Kawasan Selangor (Tingkatan 2)
Gambar Tidak Dijumpai :p




Buku Teks Pelajar Kawasan Selangor (Tingkatan 3)


Yang ini tidak pasti zon mana yang guna (penyelia asrama terjumpa semasa menyelia bilik pelajar asrama pada hujung tahun) Siapa la agaknya yang tinggalkan buku tu,ish3...




Yang ini pun tidak pasti zon mana yang gunakan (mungkin negeri Johor)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 12 Disember 2011

JAWAPAN GEOGRAFI SPM KERTAS 1

Sesiapa yang ambil subjek Geografi tu, sila la semak jawapan anda. Tapi lepas tu jangan stress pula

1)A
2)C
3)C
4)D
5)A
6)A
7)C
8)D
9)D
10)C
11)C
12)B
13)C
14)D
15)B
16)B
17)B
18)A
19)A
20)B
21)A
22)D
23)D
24)D
25)D
26)C
27)B
28)A
29)D
30)A
31)C
32)C
33)A
34)A
35)A
36)B
37)D
38)B
39)B
40)B
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 7 Disember 2011

PERCUTIAN YANG DIKENANG

Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, ramai yang teringin untuk membawa keluarga untuk berjalan-jalan dan melawat tempat menarik kan? Aku juga tidak ketinggalan untuk memujuk Encik Castello ke Kudat. Kenapa Kudat? Kerana aku sendiri belum pernah menjenguk Pekan Kudat walaupun umur sudah mencecah 28 tahun. Banyak yang aku dengar tentang Kudat terutama tentang makanan lautnya yang agak murah dan tamu yang diadakan setiap hari Rabu. Pada 30 Disember, dengan bersemangatnya aku 'packing' barang yang perlu dibawa (termasuk botol susu Harith la tu) dan kami bertolak jam 9.00 pagi, sambil mengomel sebab Harith dan abahnya lambat bersiap (takut tak sempat menjelajah semua kawasan Tamu Kudat). Jam11 pagi akhirnya selamat la manusia yang berumur 28 tahun ini menjejakkan kaki di Pekan Kudat, alhamdulillah..Cepat-cepat suruh Encik Castello cari di mana kawasan tamu tu. Lepas jenuh mencari parking (mula-mula dapat parking dekat tong sampah, tapi kepala tambah pening dengan aroma tidak berapa sedap tu) kami pun menapak la ke kawasan tamu.

Sampai di sana, aikkkk,ini je tamunya?hahaha, indah khabar dari rupa segala yang kudengar sebelum ini. Aku siap bertanya lagi dengan Encik Castello, entah-entah ada tempat lain lagi kot? Tapi bila aku bertanya dengan orang disitu, dia menyatakan hanya satu itulah kawasan tamunya. Waktu Encik Castello mencari tandas awam, aku dan Harith hanya tercegat sahaja sebab tak tahu mahu melihat apa di tamu tersebut. Sekembalinya Encik Castello dari tandas (agak lama juga) dengan muka kelatnya dia memberitahu yang tandas amat tidak bersih (aka kotor) sebab tidak ada air dan terpaksa angkat air dari tong. Mendengarnya sahaja, niat aku ke tandas terus terbantut.

Dengan tidak ada semangatnya, aku membawa Encik Castello dan Harith ke kawasan restoran yang dikatakan menyediakan makanan laut yang murah dan berdekatan dengan laut. Sampai di sana, aku sekali lagi kecewa kerana semua restoran di situ tutup (kenapa la kawan tu tak inform yang restoran tu cuma buka malam). Kami mati kutu sebab tidak tahu ke mana lagi mahu makan. Memandangkan perut sudah mula menyanyi riang, aku membuat keputusan untuk "menapau" KFC sahaja kerana tidak ada restoran yang boleh dikatakan besar di sana (ataupun kami tidak jumpa) kerana Harith cepat rimas berada di kawasan sempit dan tertutup ketika makan. Akhirnya, percutian ke Kudat yang mengambil masa 2 jam untuk sampai dari Kota Belud hanya diisi dengan acara makan KFC ditepi laut (hanya 1 jam sahaja kami berada di sana) kerana tepat jam 12 tengah hari kami pulang semula ke Kota Belud.

Apa yang dicoretkan di sini sebenarnya bukan untuk memburukkan mana-mana kawasan tetapi hanya menyatakan bahawa apa yang kita amat inginkan (aku selalu menyatakan keinginan untuk ke Kudat) tidak semestinya akan mengembirakan kita. Apapun, percutian ke Kudat adalah antara percutian yang akan dikenang...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 6 Disember 2011

HIJRAH BLOGKU

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi,tahun 2012 akan menjelma (kalau ikut kalendar Islam sebenarnya sudah beberapa hari kita berada didalam tahun baru). Sekarang ini pelajar dan beberapa orang guru (termasuk diriku) sedang berada dalam mood bercuti walaupun ada masanya perlu berada di sekolah selaku guru bertugas. Sepanjang tahun 2011 ini,ada beberapa orang pelajar (ya lah,pengikut blog ini bukan ramai pun) menyatakan mereka harapkan blog ini boleh dijadikan tempat untuk bercerita dan bukan berkaitan ilmu akademik semata. Aik,rasanya sedikit sangat berkaitan akademik dalam blog ini kerana kebanyakkannya berkaitan motivasi yang diambil dari beberapa blog yang menjadi sumber bacaan. Fikir punya fikir (mengalahkan isu global la sangat) dengan ini diisytiharkan bahawa blog ini dibuka untuk perkara diluar akademik, mengalahkan pengumuman raya pula. Maksudnya pelajar boleh membaca bahan yang berkaitan dengan kehidupan dan pandangan pemilik blog (bukan semua pandangan itu boleh diterima dan dipersetujui oleh semua orang). Oleh itu,satu kategori akan diwujudkan (lihat di bahagian kanan blog) iaitu Warna Warni Hidupku. Sebagai manusia, banyak perkara berkaitan kehidupan berada dalam fikiran kita untuk diluahkan dan dikongsi, jadi ada juga baiknya jika beberapa perkara tersebut dikongsikan selagi ianya TIDAK MENYAKITKAN HATI MEREKA YANG PUNYA HATI. Inilah "penghijrahan" blog di tahun baru ini. Renung-renungkan (seperti si kecil di bawah ini) dan selamat bercerita.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

SOALAN RAMALAN GEOGRAFI SPM 2011

Untuk semua pelajar SPM terutamanya pelajar SMKPKBII yang mengambil subjek Geografi, disini ada tambahan soalan ramalan untuk tahun ini (selain yang cikgu berikan di dalam kelas hari itu). Semoga anda dapat menjawab dengan baik.



GEOGRAFI TING. 4 (SOALAN STRUKTUR)
1
(a) lapisan atmosfera
(b) Sistem bumi
(c) plat tektonik
2
(a) gerakan jisim
(b) luluhawa
(c) tindakan ombak
3


(a) pentas benua, jurang lautan
(b) kesan kegiatan manusia terhadap laut dan lautan
(c) pemeliharaan dan pemuliharaan laut dan lautan
5
(a) peredaran bumi
(b) zon waktu
6
(a) Ciri tumbuhan semulajadi (Ciri Hutan konifer, Ciri Padang rumput)
(b) Kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi
(c) pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi

GEOGRAFI TING. 5 (SOALAN ESEI)
7
(a) Faktor mempengaruhi taburan penduduk
(b) kadar kelahiran dan kematian
8
(a) migrasi (luar bandar ke luar bandar, luar bandar ke bandar)
(b) Telekomunikasi (Malaysia dan Amerika Syarikat)
9
(a) hirarki pembandaran
(b) fungsi bandar
(c) bandar terancang
(d) faktor, kesan, langkah
10
(a) tenaga mesra alam
(b) sumber kepelbagaian biologi
11
(a) sumber hutan
(b) petroleum dan bijih timah
12
(a) Sektor pelancongan
(b) Perikanan
13
Penternakan
14
Graf bar, graf garis, Histogram
15
Soalan melabel peta:
Malaysia:
(a) perlombongan
(b) pelancongan
(c) perindustrian
Dunia: Jenis tumbuhan semula jadi

Sumber: http://red1west.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 29 November 2011

Jangan Dan Tapi

Jangan Dan Tapi

Jangan Menunggu Boleh baru lakukan! Tapi Lakukanlah!!! Anda Pasti Boleh!!!

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum.
Tapi tersenyumlah, maka anda semakin bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah.
Tapi bersedekahlah, maka anda semakin kaya

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru menikah.
Tapi menikahlah, maka kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu

Jangan menunggu dimotivasi baru bergerak.
Tapi bergeraklah, maka anda akan termotivasi

Jangan menunggu dipedulikan orang baru anda peduli,
Tapi pedulilah dengan orang lain! maka anda akan dipedulikan…

Jangan menunggu orang memahami anda baru kita memahami dia,
Tapi fahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan anda

Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.
Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu

Jangan menunggu projek baru bekerja.
Tapi berkerjalah, maka projek akan menunggumu

Jangan menunggu dicintai baru mencintai.
Tapi belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai

Jangan menunggu banyak duit baru hidup tenang,
Tapi hiduplah dengan tenang, Insya Allah bukan sekadar duit yang datang,

Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti.
Tapi bergeraklah, maka anda akan menjadi contoh yang diikuti

Jangan menunggu berjaya baru bersyukur.
Tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaan kamu

Jangan menunggu boleh baru melakukan,
Tapi lakukanlah! anda pasti boleh!

Jangan gagal mencuba
Tapi biar mencuba tapi gagal

Jangan Berkata “Ya Tuhan! Masalahku sangatlah Besar!”
Tapi katakanlah “Wahai Masalah!! Tuhanku sangatlah Besar!!”

-Apapun masalah, Allah bersama kita,Insya Allah…

Posted @ www.isuhangat.net.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 10 November 2011

Jadual Waktu SPM 2011



Hari Isnin ini (14 November 2011) seramai 468,808 pelajar di negara ini akan mula menduduki peperiksaan SPM termasuklah pelajar SMKPKBII. Bagi yang hilangkan jadual waktu yang diberikan, boleh rujuk jadual waktu tersebut di sini. Semoga Berjaya. Doa kami guru-guru di sekolah ini sentiasa mengiringi kalian.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 31 Oktober 2011

Sayang dan Kasihan



Pada 21 Oktober yang lepas,beberapa gambar mengenai seorang pelajar sekolah rendah di Hunan mendukung adik lelakinya di kelas telah tersebar luas. Ramai orang menangis apabila mendengar kesusahan yang dihadapai oleh pelajar ini. Ramai diseluruh China juga cuba menderma agar mampu membantu keluarga pelajar ini. Menurut jurugambar sebenar gambar ini, Lu Qixing, semua ini diambil pada 29 Julai yang lepas di kelas sekolah rendah Shanjiang Town, Hunan. Pelajar tersebut terpaksa menjaga adiknya kerana ibu bapa mereka telah bekerja di luar Hunan dan datuk/nenek terlalu sibuk di ladang mereka. Jadi pelajar tersebut membuat keputusan untuk membawa adik supaya dapat dijaga dengan elok kerana dia kekurangan zat berkhasiat dan menyebabkan kepalanya begitu besar.

Yang hairannya, pelajar sekarang tidak perlu berkeadaan begini untuk menimba ilmu. Cukup dengan membawa diri dan buku teks sahaja, namun ada yang datang berlenggang tanpa buku teks dan tanpa ilmu didada. Kesian....

http://akustressgiler.blogspot
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 11 Oktober 2011

Akukah Ini? Bertanya Sambil Tersenyum Penuh Makna..

60,000 pelajar kita ketagih FB
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmahbharian.com.my
2011/10/10
Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).
Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia
Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.
“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 10 Oktober 2011

Kata Dikota...Jawapan PMR 2011 Geografi

Alhamdulillah, selesai sudah pelajar SMKPKBII menjawab semua subjek PMR (sebab sekolah tidak tawarkan bahasa arab). Tidak ada masalah sekiranya mahu menyemak jawapan bagi semua kertas (kalau ambil peduli la). Di sini cikgu sertakan jawapan bagi kertas Geografi yang dijawab pada hari rabu lepas. Harapnya ramai yang dapat A.

1
D
31
A
2
D
32
B
3
D
33
B
4
B
34
D
5
B
35
B
6
A
36
B
7
D
37
C
8
A
38
A
9
A
39
C
10
C
40
A
11
D
41
C
12
C
42
B
13
C
43
B
14
A
44
C
15
D
45
D
16
A
46
D
17
B
47
C
18
A
48
D
19
C
49
B
20
D
50
B
21
A
51
C
22
B
52
A
23
B
53
B
24
A
54
C
25
B
55
D
26
C
56
B
27
D
57
C
28
D
58
A
29
C
59
A
30
C
60
A
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 9 Oktober 2011

Dilarang Bertanya Sehingga......

Ramai pelajar meminta jawapan bagi kertas geografi PMR 2011. Maaf, sekarang bukan masanya untuk semua itu. Fokus dahulu untuk kertas terakhir esok (10 oktober 2011). Selesai sahaja kertas tersebut,cikgu akan upload jawapan sebenar dan pelajar boleh semak jawapan mereka. Namun satu nasihat daripada cikgu, jangan terlalu berharap dan yakin sebab cikgu difahamkan gred boleh naik dan turun berdasarkan keputusan semasa (ya ka tu?). Jangan tanya cikgu pasal gred semasa itu kerana cikgu pun kurang pasti. Yang pasti,sudah ada seorang pelajar dari kelas depan yang cikgu ajar itu hanya mendapat 16 jumlah yang betul. Kertas yang lain belum lagi cikgu semak semuanya. Cikgu semak pelajar kategori GALUS (kadang-kadang lulus, kadang-kadang gagal) sahaja.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 4 Oktober 2011

Dating Time!





Esok tepat jam 2.30 petang, anda semua (calon PMR 2011) akan bertemu dengan "kekasih hati" yang sebenar. Kalau di dalam kelas sebelum ini, kita hanya cuba menjangka bagaimanakah "rupa kekasih hati" pada tahun 2011 ini, esok anda akan melihat dan memegangnya sendiri. Bukan anda sahaja yang berdebar-debar (dag dig dug), cikgu sendiri pun turut merasakan debaran itu. Bagaimanapun rupa kekasih hati anda itu,janganlah anda terpedaya. Pastikan anda peka dengan kehendaknya agar anda tidak kecundang dan tidak tipah tertipu. Perlu diingatkan, "kekasih hati" anda itu akan cuba untuk mengelirukan anda bagi menguji kehandalan anda setelah menuntut ilmu selama 3 tahun sebelum ini. Kita semua tidak pasti apakah taktiknya untuk memperdayakan anda. Apa yag pasti, cikgu halalkan ilmu yang cikgu berikan selama ini kepada anda semua.Selamat berjaya! chaiyo2...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 22 September 2011

Jepun Di Uji Lagi dan Lagi


TOKYO - Taufan kuat melanda Jepun semalam sekali gus menyebabkan hujan lebat di bandar raya ini selain menyebabkan pengangkutan awam terjejas.

Seramai empat orang mati semasa taufan Roke melanda negara ini.
Taufan itu kini melanda kawasan yang menempatkan loji nuklear Fukushima di timur laut Jepun yang rosak selepas dilanda ombal tsunami pada 11 Mac lalu.

Ia yang merupakan taufan kedua terbesar melanda Jepun pada bulan ini.
Taufan itu bergerak selaju 220 kilometer sejam dan menurunkan hujan lebih 40 sentimeter di bahagian timur dan barat Jepun sejak 24 jam lalu.

Bekalan elektrik untuk lebih 575,500 penduduk yang dibekalkan oleh syarikat Tokyo Electric turut terputus.

Taufan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti di sekitar Tokyo mengakibatkan ribuan penumpang terkandas semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Stesen penyiaran NHK menyatakan kira-kira 450 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Perkhidmatan Kereta Api Tengah Jepun menyatakan, beberapa perkhidmatan kereta laju juga digantung.

Syarikat Toyota menyatakan pihaknya merancang untuk menutup sebanyak 11 buah kilang di tengah Jepun dan menghentikan kerja pada waktu malam.
Sebuah lagi syarikat kereta, Nissan menghentikan perkhidmatan di dua buah kilangnya. - Reuters
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 17 September 2011

Kita Yang Mana Satu?


Seorang CEO hendak mewariskan syarikat perniagaannya kepada pekerja- harapannya tetapi agak sukar untuk mencari yang terbaik.

Oleh itu dia memanggil semua eksekutifnya dan masing-masing diberikan sebiji BENIH dan berkata, “Siramlah benih ini dengan teratur, pelihara, dan kembalikan kepada saya setahun dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari biji benih ini.

Yang TERBAIK, pemiliknya akan menjadi pengganti saya sebagai CEO perrniagaan ini.”

Seorang pekerjanya, Rahmat, pulang ke rumah.

Setiap hari dia menyiram benih tersebut dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.

Setelah 6 bulan, di pejabat, eksekutif yang lain sering bercerita pasal tanaman masing-masing, sedangkan Rahmat pula melihat TIDAK ADA PERUBAHAN yang terjadi kepada benih kepunyaannya. Benihnya tidak tumbuh apa-apa.

Dia merasakan dia akan GAGAL..

Setelah setahun, seluruh eksekutif menghadap CEO, mempersembahkan hasil benih tersebut. Rahmat berkata pada isterinya bahawa dia malu untuk membawa pasu yang kosong, namun isterinya memberi galakan kepadanya untuk menyatakan perkara yang sebenar. Rahmat menyedari bahawa isterinya menyarankan PERKARA YANG BENAR.

Memasuki ruangan mesyuarat, Rahmat membawa sebuah pasu yang kosong. Seluruh mata memandangnya dengan kasihan. Ketika CEO memasuki bilik mesyuarat, dia memandang keindahan seluruh tanaman itu, hingga akhirnya dia berhenti di depan Rahmat yang tertunduk malu.

CEO memintanya ke depan dan menceritakan TRAGEDI yang menimpanya.

Ketika dia selesai bercerita, CEO berkata, “Berikan tepukan yang gemuruh untuk Rahmat, CEO yang baru”.

Dia menyambung, “Aku memberikan kepada anda semua sebiji benih yang sebelum itu SAYA TELAH REBUS DENGAN AIR PANAS sehingga mati dan tidak mungkin tumbuh. Melihat benih itu tidak tumbuh, anda semua telah menukarnya dan berbohong kepadaku. Tetapi tidak dengan Rahmat, dia mahu berkata perkara yang sebenar walaupun pahit.”

Ini hanya sebuah cerita sahaja dan tidak mungkin akan ada CEO yang akan melantik penggantinya dengan biji benih tetapi di sebalik cerita ini menyatakan betapa pentingnya bercakap BENAR. Ramai antara kita yang memberi laporan palsu kepada pihak atasan supaya tidak kena marah malah akan dipuji dan dinaikkan pangkat (paling ramai manusia seperti ini sekarang)

Ingatlah, mungkin tidak mendapat balasan di dunia tetapi jika kita jujur, insyallah kita akan mendapat balasan di Akhirat nanti.

Tabur benih KEJUJURAN, menuai KEPERCAYAAN
Tabur benih KETEKUNAN, menuai KEMENANGAN
Tabur benih KERJA KERAS, menuai KEJAYAAN
Jangan TAKUT mengaku walaupun PAHIT JIKA itulah PERKARA SEBENAR

www.isuhangat.net.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 14 September 2011

Apa Yang Akan Jatuh Dari Langit?

Selalunya kalau ditanya soalan seperti di atas,jawapan popular ialah hujan dan salji. Tapi kalau tiba-tiba ada besi buruk jatuh dan masa kejadian itu pula kita sedang buat kerja yang tidak baik contohnya sedang duduk dalam hutan sebelah sekolah sebab ponteng sekolah, alangkah malangnya mati sorang2 tertindih besi buruk 5 tan..( cerita yang tidak akan menginsafkan mereka yang keras hati ). Apa kaitan cerita dengan besi buruk ni? Baca berita di bawah


BAHAYA: Satelit Seberat 5 Tan Bakal Terhempas Ke Bumi

WASHINGTON – Sebuah satelit milik NASA yang sudah tidak berfungsi di angkasa bakal terhempas ke bumi, tetapi agensi angkasa lepas itu berkata, peluang untuk ia menimpa sesiapa adalah tipis.

Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka akan terhempas antara lewat bulan ini dan Oktober serta serpihannya boleh jatuh mana-mana sahaja di enam benua di dunia ini.

Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa.

Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.

Satelit Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) seberat 6 tan itu kehabisan bahan bakar pada 2005 dan akan jatuh tanpa kawalan. Dianggarkan hanya 544 kilogram besi yang akan bertahan ketika ia terhempas.

Satelit ini adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.

Stesen Mir jatuh ke Pasifik Selatan manakala Skylab pula jatuh ke Lautan Hindi dan sebahagian daripada serpihannya bertaburan sekitar kawasan Australia Barat.

Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair.

“Banyak benda yang masuk kembali (re-enter) ke bumi sejak bermulanya zaman angkasa, sehingga kini tidak ada sesiapa pun yang cedera akibat re-entering itu,” kata Ketua Serpihan Orbit NASA, Gene Stansbery.

“Namun itu tidak bermakna kami tidak prihatin,” tambahnya.

NASA menetapkan bahawa peluang untuk mana-mana satelit miliknya menimpa seseorang sebagai lebih daripada 1 dalam 10,000 kemungkinan.

Namun, UARS yang mengkaji tahap kimia dalam udara dilancarkan pada 1991, sebelum kemungkinan di atas dijadikan panduan rasmi.

NASA selalunya akan mengalihkan satelit mati ke orbit ‘perkuburan satelit’ atau memandunya jatuh ke dalam lautan, kata Stansbery.

Namun, jumlah bahan bakar dalam UARS adalah terlalu sedikit menyebabkan ia tidak boleh dikawal langsung untuk dibawa ke orbit perkuburan satelit atau dihalakan ke mana-mana laut.

Kemungkin 1 dalam 3,200 itu bermakna sesiapa sahaja daripada 7 bilion penduduk bumi boleh menjadi mangsa. Bermakna secara pembahagian, peluang untuk seseorang terkenan serpihan adalah 1 dalam 21 trilion sebenarnya.

Serpihan angkasa melebihi 5 tan jarang sampai ke permukaan bumi. Namun, ini merupakan kali ketiga dalam tahun ini sesuatu yang seberat itu dijangka terhempas ke permukaan bumi, menurut astrophysicist Universiti Harvard, Jonathan McDowell.

NASA akan memantau pergerakan satelit itu secara mingguan sebelum setiap hari ketika ia hampir mahu terhempas. (AP)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.