Isnin, 31 Januari 2011

Aktifkan Otak Anda

Cuti satu minggu sempena TBC. Tapi otak tidak boleh dibiarkan terlalu rileks,takut nanti berkarat.Apa kata cuba buat pengiraan di bawah (soalan bab 1 tingkatan 2). Jangan lupa tunjukkan jalan pengiraan


Soalan 1:
Apakah waktu tempatan di X, 130°T jika waktu tempatan di 101°T ialah jam 3.00 petang?

Soalan 2:
Apakah waktu tempatan di X, 101°T jika waktu tempatan di 103°T ialah jam 4.56 petang?

Dua soalan sahaja,bukannya banyak pun. Siapa cepat dia dapat ILMU

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 30 Januari 2011

Monyet Mahu Pisang? Bukan Dirimu Yang Dipanggil Monyet (Jangan Sentap)

Monyet dan pisang

Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh para profesor, ada 2 ekor monyet yang dimasukkan ke dalam satu bilik kosong secara bersama-sama. Kita gelar sahaja monyet tersebut Monyet A dan B. Di dalam bilik tersebut terdapat sebuah tiang, dan diatas tiang tersebut ada setandan pisang yang masak.

Setelah membiasakan diri dengan keadaan persekitaran di dalam bilik tersebut, mereka mula nampak pisang-pisang tersebut. Monyet A yang mula-mula dahulu mencuba memanjat tiang.


Apabila monyet A berada di tengah tiang,profesor menyimbah air kepadanya,sehingga tangannya terlepas dan terjatuh. Monyet A cuba lagi, dan disimbah lagi dan jatuh lagi, begitulah berkali-kali sehingga akhirnya monyet A menyerah. Giliran berikutnya monyet B yang mencuba,mengalami kejadian serupa, dan akhirnya menyerah juga.

Kemudian ke dalam bilik tersebut dimasukkan pula monyet C. Yang menarik adalah, profesor tidak lagi akan menyimbah monyet-monyet tersebut jika mereka naik. Seperti monyet A dan B, monyet C mula menyentuh tiang, tetapi dia terus ditarik oleh monyet A dan B.

Mereka berusaha mencegah, supaya monyet C tidak mengalami kemalangan seperti mereka. Kerana terus dicegah dan diberi nasihat
tentang bahayanya bila cuba memanjat keatas, monyet C akhirnya takut juga dan tidak jadi dan takut untuk memanjat tiang tersebut.

Langkah seterusnya yang dilakukan oleh profesor adalah mengeluarkan monyet A dan B, serta memasukkan monyet D dan E.

Sama seperti monyet-monyet sebelumnya, monyet D dan E juga tertarik dengan pisang diatas tiang dan cuba memanjatnya. Monyet C secara spontan terus mencegah keduanya agar tidak naik.

“Mengapa kami tidak boleh naik?” protes keduanya.

“Ada kawan-kawan yang memberitahu saya, bahawa naik ke atas itu berbahaya. Saya juga tidak tahu, ada apa di atas, tapi lebih baik jangan cari susah, jangan cuba naik ke atas” jelas monyet C.

Monyet D percaya dan tidak berani memanjat tiang, tapi tidak dengan monyet E yang agak berani.

“Saya ingin tahu, bahaya macam mana yang ada di atas … dan kalau ada bahaya, betulkah saya tidak boleh menghindarinya?” tegas monyet E. Walaupun sudah dicegah oleh monyet C dan D, monyet E nekad naik …

Dan kerana memang sudah tidak disembur lagi, monyet E berjaya mendapat pisang yang diinginkannya …

Renungan
===================

Sahabat isuhangat,

Manakah diantara watak diatas yang menggambarkan tingkah laku anda sekarang ini?

Watak A dan B adalah orang yang pernah melakukan sesuatu dan kemudian gagal. Oleh itu, mereka kecewa,tidak akan mengulanginya lagi, dan berusaha mengajarkan kepada orang lain tentang kegagalan tersebut. Mereka tidak mahu orang lain juga gagal seperti mereka.

Watak C dan D, adalah orang yang menerima petunjuk dari orang lain, perkara apa yang tidak boleh dilakukan dan mereka mematuhinya tanpa berani mencubanya sendiri.

Watak E adalah type orang yang tidak mudah percaya dengan sesuatu, sebelum mereka mencubanya sendiri. Mereka juga
berani menentang arus dan menanggung risiko asalkan boleh mencapai keinginan mereka.

Pisang dalam cerita diatas menggambarkan impian kita. Setiap orang dalam hidup ini mempunyai impian yang tinggi tentang masa depannya. Namun sayangnya, banyak sekali perkara-perkara yang terjadi di sekitar kita, yang menyebabkan impian kita terkubur.
Orang-orang dengan watak ABCD akan ‘menasihati’ kepada kita seperti ini

“Sudahlah, jangan melakukan pekerjaan yang siasia seperti itu. Saya dulu sudah pernah melakukannya berkali-kali dan gagal. Sebagai seorang teman yang baik, saya tidak mahu kamu gagal seperti saya”

Bukankah perkara-perkara seperti itu yang sering kita dengar sehari-hari?

Orang dengan watak E akan selalu berfikir optimis dalam menjalankan sesuatu. “Kalaupun orang lain gagal melakukan
sesuatu, belum tentu saya juga akan gagal” adalah kekuatan yang selalu ‘mengepam’ motivasinya.

Dan kegagalan orang lain boleh dipelajari dan dijadikan batu loncatan untuk melangkah lebih baik, bukannya dijadikan suatu ketakutan.

Saya akan memberikan satu ilustrasi lagi. Saya akan membawa anda ke tahun 70-an.

Apa yang akan kamu lakukan, bila suatu hari ada seorang mahasiswa berseluar jeans, berkacamata tebal, bajunya lusuh, datang berjumpa kamu dan berkata

“Saya ada suatu produk yang bagus, tapi saya tidak ada modal. Boleh tak anda pinjamkan saya modal $100 dollar?
Kalau produk ini sukses, kita berdua bakal jadi orang paling kaya di dunia bro”.

Hampir semua akan menghina dan mentertawakan mahasiswa tersebut, bahkan mungkin menganggapnya gila. Berapa orang yang akan menjawab “Wow, bagus sekali, cuba jelaskan apa produk kamu, agar kita boleh sama-sama kaya?”

Mungkin satu orang diantara sejuta, mungkin juga tidak ada.

Bagaimana kalau saya katakan bahawa mahasiswa tersebut adalah Bill Gates, yang kini sudah mencapai impiannya menjadi orang terkaya di dunia?

Bukankah itu dulu yang dilakukan Bill Gates pada awal kerjayanya. Dikelilingi orang type ABCD, ditolak, diperlekeh dan pelbagai macam penghinaan yang lain. Mujurlah, Bill Gates termasuk orang dengan watak E. Dan dengan pengorbanan dan kerja keras, dia berhasil meraih impiannya.

Pelajarku sekalian.

Cikgu yakin anda adalah orang type E. Setidaknya kerana anda mahu membaca tulisan ini untuk belajar bersama, ruang masa bersama, dan maju serta berjaya bersama.

Jangan biarkan orang lain membunuh impian anda. Maju terus, hadapi semua rintangan dan meraih impian anda.


isuhangat

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 29 Januari 2011

Lobak,telur dan kopi? Yang Mana Satu Lambang Dirimu?

carrot eggcofee

Seorang anak mengeluh kepada ayahnya tentang hidupnya dan bertanya mengapa hidup begitu sukar baginya. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya,putus asa dan hampir menyerah. Dia terlalu penat untuk melawan. Setiap kali suatu masalah diselesaikan, masalah baru akan muncul.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkannya di atas api.

Setelah air di ketiga-tiga periuk mendidih. Ia meletakkan lobak merah di periuk pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Dia biarkan mendidih tanpa mengucapkan sepatah pun. Anaknya menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang sedang dilakukan di ayahnya.

Setelah 20 minit, ayah dari api. Ia mengeluarkan lobak dan meletakkannya dalam mangkuk, telur ditempatkan di mangkuk lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu ia bertanya, “Apa yang kamu lihat, nak?”

“Lobak merah, telur, dan kopi” jawab anak itu.

Ayahnya kemudian memintanya merasa lobak itu. Anak itu merasakan bahawa itu lobak itu menjadi lembut. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah mengupas kulit, ia mendapati sebuah telur rebus yang keras.

Akhirnya, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Dia tersenyum ketika menghirup kopi dengan aroma yang menyegarkan itu.

Setelah itu, anak itu bertanya, “Apa semua ini, Ayah?”

Ayahnya menjelaskan bahawa ketiga-tiga ‘benda’ menghadapi ‘kesulitan’ yang sama, melalui proses perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak merah sebelum direbus keras,kuat dan sukar untuk digigit. Tapi setelah mendidih, lobak merah menjadi lembut dan ringan. Kulit telur yang asalnya rapuh, nipis untuk melindungi kandungannya yang cair. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi yang sebelumnya keras, pahit dan tidak boleh dimakan ,setelah dalam air mendidih, serbuk kopi dapat mengubah air menjadi enak.

“Kamu, termasuk yang mana?,” Kata ayahnya.

“Ketika kesulitan mendatangimu, bagaimana kamu menanggapi, apakah kamu lobak, telur atau kopi?” Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan anda. ”

“Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut Dengan semangat dinamik. Tetapi setelah, patah hati,kegagalan atau masalah lain, hati menjadi keras dan kaku.

“Atau kamu adalah kopi? Masukkan serbuk kopi di dalam air panas, yang menyebabkan sakit, untuk mencapai kepanasan itu air mesti mencapai suhu maksimum iaitu 100 darjah Celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, baru terasa nikmat kopi.”

“Jika kamu seperti kopi, walaupun ketika keadaan semakin teruk, kamu akan menjadi lebih baik dan membuat sesuatu yang lebih baik pada persekitaran kamu juga.

isuhangat.net

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 28 Januari 2011

Ilusi 1


Betulkah bergelombang atau tipah tertipu ni? OK, jangan pening-pening. Pergi baca buku dan ulangkaji subjek Geografi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 27 Januari 2011

Putus asa?

Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yannnnng Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 25 Januari 2011

Untung Atau Rugi?



Pelajaran tingkatan Dua, bab 1 (kedudukan) maaf gambar kurang jelas. Pelajar-pelajar boleh rujuk buku teks untuk gambar GTA

Cikgu: Kata la kamu sekarang berada di London yang terletak di sebelah barat dan tiba2 kamu ada kuasa ajaib untuk terbang ke Malaysia yang terletak di sebelah timur. Adakah kamu untung sehari atau rugi sehari? Kaitkan dengan Garisan Tarikh Antarabangsa.
Pelajar itu : Rugi la kami cikgu sebab di London ramai perempuan cantik-cantik dan putih. Tidak kami mau tinggalkan diorang. Lagipun......aduh!
(tiba-tiba pelajar itu mendapat cubitan sayang)
Cikgu: Cikgu suruh kaitkan dengan Garisan Tarikh Antarabangsa,bukan dengan perempuan di London

Garisan Tarikh Antarabangsa adalah garisan rekaan semata-mata menganjur dari kutub utara ke kutub selatan. Garisan ini bertempat di garisan meridian (longitud) yang ke-180 di Lautan Pasifik. Sesiapa yang melintasi gaisan ini perlu membetulkan jamnya kepada lebih sehari atau kurang sehari.

Bumi terbahagi kepada 24 zon masa. Seseorang yang terbang ke barat perlu memusingkan jamnya satu jam ke belakang bagi tiap-tiap zon masa (15°) yang dilaluinya. Jadi jika seseorang itu mengelilingi dunia dari London (zon UTC) ke timur, maka dia harus mencepatkan jamnya selama satu jam bagi setiap zon masa yang dilaluinya itu. Oleh itu dia akan “kehilangan” 12 jam apabila dia melalui Garisan Tarikh Antarabangsa, dan 24 jam apabila dia sampai kembali di London. Namun apabila dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa (dari timur ke barat), dia harus menambah 24 jam (sehari). Ini adalah supaya kiraan masa pengembara tersebut konsisten dengan kiraan masa di seluruh dunia. Sebaliknya jika dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa dari barat ke timur, dia perlu menolak 24 jam pada jamnya.

Garisan meridian yang ke-180 dipilih sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa kerana lautan Pasifik merangkumi sebahagian besar longitud ini. Jadi tidak banyak orang terganggu dengan pertukaran masa di kawasan ini. Garisan Tarikh Antarabangsa tidaklah lurus, malahan bengkok pada tempat-tempat tertentu supaya pulau-pulau yang dilaluinya, contohnya Kiribati, tidak terbahagi dua. Tempat-tempat di mana garisan ini bengkok bergantung kepada kerajaan negara yang dilalui garisan ini.

from: http://ms.wikipedia.org

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Malasnya Buat Nota (kata orang itu)

(kisah benar)
Pelajar 1: Cikgu, tidak payah la ba buat nota. Malas betul saya buat,lagipun subjek lain tidak juga payah buat.
Cikgu: OK, ikut suka kamu.Lagipun kamu selalu dapat E dalam Geografi. Tidak payah la tingkatkan pencapaian kamu tu,nanti dapat C,B atau A terus kamu koma sebab terkejut. Lagipun buat nota tu memang susah mau buat (nada sungguh selamba tapi dalam hati terbakar mahu rentung)

Kenapa pelajar terlalu 'liat' buat nota?Kadang-kadang buat nota pun macam salin 100% dari buku teks. Pelajaran pertama dalam kelas pada tahun 2011 adalah mengajar pelajar cara membuat nota yang ringkas, padat dan tepat (macam minuman 3in1 pula). Sedikit penerangan tambahan mengenai membuat nota.

PANDUAN MENCATAT NOTA

Pengenalan

Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.

Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.

Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

Mengapa perlu Membuat nota ?

  1. Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.

  2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.

  3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.

  4. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.

  5. Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.

  6. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

Nota daripada buku teks

Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula.

Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:

  1. Membantu pelajar memhami pelajaran

  2. Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan

  3. Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Mencatat Nota

Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:

  1. Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.

  2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.

  3. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]

What [Apa]

Why [kenapa]

When [bila]

Where [di mana]

How [bagaimana]

4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.

5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik
  1. Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
  2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
  3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
  4. Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
  5. Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
  6. Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
  7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.

from : http://www.sabah.net.my/juipri/nota.htm

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 21 Januari 2011

Batu Besar Itu

Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.

Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”


Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.

Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,
“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”

“Belum!” jawab seluruh kelas.

Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.

Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.

Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”

Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:

Bila anda tidak memasukkan “batu besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”

Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.

Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.

Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting.

Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?” dan buatlah perkara itu dahulu.

http://www.isuhangat.net/

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 19 Januari 2011

Latihan Online Geografi

Pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 3 boleh cuba menjawab soalan geografi secara online. Sekiranya ada masalah untuk menyemak dan anda ingin tahu jawapan sebenar sila tinggalkan pesanan dalam shoutbox atau ruangan komen dengan menyatakan
i) Tingkatan berapa yang dijawab
ii) Latihan berapa
iii) Soalan nombor berapa

Anda semua boleh klik link ini untuk menjawab soalan tersebut

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 16 Januari 2011

Peta Asia

Bagi yang berminat mengetahui kedudukan negara Asia yang lain,sila klik sini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Suatu Ketika Dahulu

Lokasi : Lorong berdekatan kelas 5 Ukhuwah
5 orang pelajar tingkatan dua

Cikgu : Hah, mahu pergi mana ramai-ramai ni? belum rehat lagi,baru jam 9.00
Pelajar 1 : Tandas cikgu
Cikgu :sejak bila la cikgu ada tandas?
Pelajar 2: Kami mau pergi tandas. Hujan ba cikgu,sekejap-sekejap mau terkencing
Cikgu : Alah, kamu tu hujan ka panas ka memang suka pergi tandas. Kamu rasa hujan sekarang ni dibawa oleh angin apa?
Pelajar 1 : Angin Timur Barat cikgu
Pelajar 2 : Ya,nenek saya cakap banyak penyu bertelur sekarang
Cikgu : Siapa ajar kamu nama angin tu? Tak ada pun dalam buku teks.Cikgu ketuk nanti,tidak pasal-pasal dahi kamu yang bertelur. Balik rumah baca balik buku teks tingkatan 1 bab cuaca dan iklim

p/s ayat sengaja diubah supaya perbualan nampak sedikit skema

Yang sedang membaca blog ini,jangan ketawa.

- Cuba terangkan bagaimana terjadinya angin monsun barat daya dan angin monsun timur laut (tanpa merujuk buku dahulu)
-Apa kawasan yang paling banyak menerima hujan di Semenanjung Malaysia?
-Apa kawasan yang paling kurang menerima hujan di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan berapa mm setahun?
Kenapa kawasan tersebut kurang menerima hujan?

Apa lagi,jawab la dalam ruangan komen. Gunakan ayat sendiri

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.