Isnin, 28 Februari 2011

JANGAN JADI ORANG JAHAT


Kau : Ish, payah2 juga tukar design blog. Tunjuk hebat la tu
Aku : Peduli la, ini blog aku. Kalau aku tukar 1 hari sampai 10kali pun suka hati akulah
(bahasa agak kasar bagi orang lain, tapi bagi kami memang antara bahasa paling halus di pakai semasa di UMS)
Pelajar-pelajarku,Dont try this at home!
Ok,sambung balik.
Kau : payah2 la ba juga semua berkaitan dengan gambar planet
Aku : Aik, memang aku guru geo jadi biasa la. Yang luar biasa kalau aku guna template gambar mayat. Mimpi ngeri pelajar aku tengok. Tidak berani lagi buka blog ni.
Kau : Kenapa kunun payah warna hitam? Kau kan minat warna sutun tu
Aku : Kalau warna tu takut nanti pelajar lelaki tidak mahu buka
Kau : Semualah alasan pasal pelajar
Aku : Aku ambil kira pelajar sahaja yang buka blog ini. Takkan aku warnakan dengan hijau rumput supaya kambing rajin buka blog aku
Kau : Mulut jahat kau tu tidak pernah berubah ba kan? Bikin panas ja.
Aku : Kalau bikin panas kenapa mesej aku? Cari la ba kawan yang sopan santun dan gemalai
Kau : Ish, malas aku eh. Sopan depan2 jak tapi dibelakang rupanya busuk nama aku dia umpat.
Aku : Aku ni jahat depan dan jahat juga belakang kau tau.
Kau : Biar la. Aku nda peduli pun. aku stress ba ni. Banyak kerja lagi mau kena buat. Kerja Kursus pelajar pun aku nda berapa faham mahu buat. Baru tahun ni kena suruh ajar tingkatan 3. Aku suruh pelajar aku buka blog kau saja la.Nanti tolong upload kerja kursus yang sudah siap, boleh?
Aku : Banyak cantik muka kau! mahu buat entri pasal KKG ni pun mau juling mata aku. Faham-faham la ba, aku ni memang kurang sikit bab2 buat ayat. Kalau pelajar tanya apa yang perlu dan tidak perlu dibuat dalam KKG, aku boleh jawab la. Tapi kalau mahu KKG yang lengkap,tunggu la lepas bulan Julai.
Kau : Eeee, kedekut ba kau ni. Jahat!
Aku : Memang pun. Sudah la, malas layan kau..salam

sekian......

Eh, siapa suruh baca mesej orang ni? Jahat! hahaha...
Kepada sahabatku, terima kasih kerana sudi berkawan dengan orang jahat ini, huhu... Doakan agar hati sahabatmu ini dan hati orang-orang disekeliling kita tidak sehitam background blogku.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tingkatan 3 Bab 16

Walaupun sekarang ini 3 Amanah dan 3 Hikmah baru masuk bab sumber, tapi anda semua dialu-alukan untuk membaca nota ringkas ini.

A. BENTUK KERJASAMA ANTARABANGSA

1. Kerjasama dua hala – contoh , Majlis Perniagaan Amerika Syarikat dengan Malaysia.

2. Kerjasama pelbagai hala – contoh kerjasama Malaysia dengan Negara Kesatuan Eropah dan
Amerika Syarikat.

3. Kerjasama Serantau – contoh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

4. Kerjasama Kumpulan Negara – contoh G7 ( Kanada, Jepun, Itali, United Kingdom, dan Amerika
Syarikat ) , G 15 ( Algeria,Argentina, Brazil, Chile, Mesir, India, Indonesia, Jamaica, Kenya,
Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela, dan Zimbabwe )

5. Kerjasama Sedunia – contoh , OIC ( Pertubuhan Negara-negara Islam ), NAM ( Pertubuhan
Negara-negara Berkecuali), WTO ( Pertubuhan Perdagangan Dunia).

6. Segi Tiga Pertumbuhan – contoh, IMT-GT ( Segi tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan
Thailand )


KEPENTINGAN KERJASAMA ANTARABANGSA

1. BURUH
- mendapatkan bekalan tenaga buruh asing.
- contoh , buruh Indonesia, Bangladesh, Filipina ke Malaysia.

2. HUBUNGAN PERDAGANGAN
- melalui Pejabat Kedutaan
- MITI ( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )
- MATRADE ( Pusat Perdagangan Malaysia ).

3. PELABURAN
- merupakan usaha menggunakan modal untuk memulakan sesuatu kegiatan ekonomi.
- bentuk pelaburan terus
- melibatkan pelaburan Malaysia ke luar Negara dan pelaburan luar negara ke Malaysia.
- contoh , MITSUBISHI ( Jepun) melabur dalam Syarikat PROTON , DAIHATSU ( Jepun) melabur
dalam Syarikat PERODUA, KAWASAKI melabur dalan Syarikat MODENAS.

4. BAHAN MENTAH
- Import bahan mentah
- bahan mentah industri berasaskan sumber
- bahan mentah industri bukan berasaskan sumber
- bahan mentah untuk makanan
- bahan mentah untuk minuman
- petroleum

5. PASARAN
- melibatkan perdagangan dua hala
- Negara pengimport barangan Malaysia – ASEAN, Amerika Syarikat, Negara Selatan, Kesatuan
Eropah, dan Jepun.
- Malaysia membeli barangan dari ASEAN, Jepun, Amerika Syarikat, Negara-negara Selatan dan
Kesatuan Eropah.

6. PEMINDAHAN TEKNOLOGI
- pembelian terus barangan modal – jentra, mesin
- pembelian ekuiti (saham) – syarikat asing memiliki saham dalam syarikat Malaysia dan memberi latihan
kepada pekerja tempatan.
- peraturan paten dan tanda dagangan –syarikat tempatan memohon kebenaran syarikat asing untuk
mengeluar barangan di bawah jenama yang sama.
- perjanjian pelesenan – syarikat tempatan menjadi pengedar produk ciptaan syarikat asing.
- aliran sumber manusia – pekerja asing dibawa masuk bekerja di Malaysia dan memberi latihan kepada
buruh tempatan.

from: student oasis
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

HARGA SEORANG AKU

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
wallahualam....

from isuhangat.net
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 27 Februari 2011

PERBINCANGAN KKG 2011 SEMUANYA DISINI



Cikgu faham ada antara pelajar yang bengang sebab tulisan dalam shoutbox amat terhad. Entri ini khas untuk semua persoalan yang berkaitan dengan KKG 2011. Apa-apa persoalan dalam shoutbox pun cikgu akan copy & paste dalam ruangan ini supaya lebih jelas penerangannya. Ini juga untuk mengelakkan mereka yang tidak berkenaan menggunakan nama NJ untuk menjawab soalan pelajar yang lain. Cikgu tahu niatnya ikhlas untuk membantu kawan,tetapi caranya tidak betul. Perbincangan ini secara rasminya bermula hari ini (27 Februari 2011) dan akan berlanjutan sehingga semua pelajar menyiapkan dan menghantar KKG 2011.

Antara soalan dalam shoutbox

warda (3 amanah) ckgu. klau lmbt hntr mcmna tuh?
jawapan: Sekiranya pelajar lambat hantar, cikgu tidak jamin anda akan mendapat KKG anda sebelum cuti. Anda diminta menghantar awal supaya cikgu sempat tanda aspek 1 hingga 5 dan sempat dipulangkan kepada pelajar semula supaya pada waktu cuti ini, pelajar dapat memperbetulkan KKG dan membuat aspek seterusnya (bermula dari aspek 8)

warda (3 amanah) aduii. hehe. yg ckgu bg cth pnghrgaan tuh bha, semua hruf bsar kn? msti ka tuh?
jawapan:huruf besar cuma untuk penegasan sahaja. Janganlah taip semua huruf besar. Seolah-olah kamu marah pula masa membuat KKG tu,haha...Cikgu tahulah cikgu ni rabun tp setakat tulisan huruf kecil itu masih boleh lagi cikgu baca.Nanti cikgu ubah tulisan sebelum ini menjadi huruf kecil supaya pelajar-pelajar tidak keliru. Terima kasih

bdk 3jujur salam...kpd sapa2 yg boleh bantu...sya mau tnya..msti gak ka tulisan taip 2 saiznya 12?
jawapan: salam. YA. Mesti ikut seperti mana yang diminta dalam markah penskoran yang diedarkan kepada pelajar. Selain font mesti saiz 12, tulisan juga mestilah Times New Roman. (Arahan lain ada dalam markah penskoran itu).

warda (3 amanah) blur sy bwat objektif kajian. tlg dlu bg kata kerja tuh :p
jawapan: Mesti tidak mendengar waktu guru Bahasa Melayu mengajar ni,haha..Contoh kata kerja yang sesuai untuk dimasukkan dalam bahagian objektif kajian ini ialah seperti:-
i) menerangkan
ii) menjelaskan
iii) mengkaji
iv) mencadangkan

Kepada yang asyik merungut mengatakan KKG ini susah tapi tidak ada usaha untuk membuatnya, pesanan untuk mereka:
Impian tidak akan menjadi kenyataan jika anda asyik tidur sahaja
Mahu pandai perlu belajar, namun kalau mahu memandai-mandai tidak perlu tunggu menjadi pandai :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 25 Februari 2011

ADA APA DENGAN KKG 2011 PART 3



Aspek 1 hingga 7 sudah diterangkan dalam bahagian sebelum ini. Diharapkan para pelajar dapat menyiapkan KKG mereka sebaik mungkin untuk dihantar pada 28 Februari 2011 nanti. Mari kita sambung perbincangan untuk aspek seterusnya:

Aspek 8

8.1 Konsep pencemaran alam sekitar
Pelajar perlu menerangkan apakah maksud pencemaran alam sekitar dengan lengkap. Boleh dapatkan dari majalah yang berada di pusat sumber atau layari internet dan pelbagai sumber lain yang ada termasuklah buku teks dan buku rujukan (jika ada).

Seterusnya, pelajar juga perlu memberikan contoh yang relaven atau sesuai. Contoh yang diberikan tidak perlu panjang lebar kerana di aspek 8.2 nanti akan ada diterangkan jenis pencemaran alam sekitar ini.

Contohnya:-
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan
terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Contoh pencemaran alam sekitar ialah pembuangan sampah sarap sama atau bahan domestik ke dalam sungai, pelepasan asap dari kenderaan, bunyi bising yang keterlaluan dan sebagainya.

8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian (gantikan perkataan berwarna merah dengan kawasan kajian anda)

Pelajar hanya perlu menghuraikan jenis pencemaran di kawasan kajian sahaja. Untuk mendapat markah penuh, pelajar perlu menghuraikan satu atau lebih jenis pencemaran. Tetapi ada baiknya sekiranya pelajar dapat menghuraikan sekurang-kurangnya DUA jenis pencemaran untuk mengelakkan pelajar hanya mendapat separuh markah sekiranya huraian tidak tepat jika hanya memilih untuk membuat SATU sahaja jenis pencemaran.

Contohnya:
Jenis pencemaran di Kampung Pinang Sebatang adalah pencemaran air. Buktinya ialah keadaan Sungai Pisang yang terdapat dikawasan tersebut berada dalam keadaan yang sangat teruk. Banyak sampah sarap yang boleh dilihat terapung-apung di sungai ini (rujuk gambar dalam bahagian lampiran)

Selain pencemaran air,terdapat juga pencemaran tanih di Kampung Pinang Sebatang. Sampah sarap dibuang merata-rata di kawasan kampung tersebut. bla bla bla.... (buat dan hurai menggunakan ayat sendiri)

Pencemaran yang turut dapat dilihat di kawasan tersebut ialah pencemaran udara. Memandangkan sebahagian besar penduduk kampung tersebut terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu penanaman padi, sisa pertanian mereka menjadi punca kepada pencemaran udara. Sewaktu membuat kajian, saya mendapati penduduk kampung membakar sisa pertanian contohnya jerami padi. bla bla bla.... (buat dan hurai menggunakan ayat sendiri)


8.2 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian (gantikan perkataan berwarna merah dengan kawasan kajian anda) dan unsur patriotisme

Bahagian ini memperuntukkan ENAM markah maksimum. Untuk mendapatkan markah penuh, pelajar perlu menghuraikan EMPAT punca berlakunya pencemaran di kawasan kajian mereka. Punca pencemaran sudah diberikan dalam markah penskoran. Pelajar hanya perlu memilih mana yang sesuai dan hurai menggunakan ayat sendiri.

Contohnya:- Punca berlakunya tiga pencemaran di kawasan kajian adalah:-
i) Sisa domestik
sampah sarap contohnya plastik, kertas,kayu dan sebagainya yang tidak digunakan lagi oleh penduduk menyebabkan berlakunya pencemaran air. Ini kerana penduduk kampung tersebut membuang segala sisa domestik tersebut ke dalam sungai dan akhirnya menyebabkan sungai tersebut tercemar.

ii) Perniagaan
Terdapat satu kawasan yang dibina banyak gerai makan di kampung tersebut. Dapat dilihat dengan jelas di kawasan itu terdapat banyak bekas / sisa makanan yang dibuang merata-rata bla bla bla.... (buat dan hurai menggunakan ayat sendiri)

sila tambahkan punca yang lain.Namun perlu diingat punca perlu selari dengan jenis pencemaran.Kalau jenis pencemaran berkaitan dengan pencemaran air, tanih dan udara, pastikan pelajar hanya memasukkan punca yang sesuai sahaja dengan jenis pencemaran yang dipilIh.

Di bahagian ini juga,pelajar perlu meletakkan Unsur Patriotisme iaitu ayat yang menunjukkan bahawa pelajar sayangkan kawasan kajian.

Contohnya:-
Memandangkan pencemaran alam sekitar ini adalah berpunca daripada Penduduk Kampung Pinang Sebatang, mereka perlulah berusaha untuk mengubah sikap mereka agar kebersihan kawasan ini dapat ditingkatkan.

Pastikan pelajar menggunakan ayat sendiri untuk membuat KKG anda. Ayat yang cikgu gunakan di atas hanya sebagai panduan sahaja. Cikgu pasti pelajar mampu membina ayat yang jauh lebih baik. Sekiranya terdapat ayat cikgu yang salah, jangan ketawa2 depan pc anda. Takut nanti orang ingat anda baru terlepas dari Tanjung Rambutan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 22 Februari 2011

Sampah Atau Sampah Masyarakat?

Pernahkah anda membuang sampah di laut? Kalau tak pernah, pernahkah anda buang sampah ke dalam longkang? Dari longkang, ke longkang besar, ke sungai dan akhirnya ke laut juga.Tentu anda tahu bahawa plastik tidak mudah untuk dimusnahkan dan akhirnya membawa pencemaran yang teruk.

Tahukah anda sampah yang dibuang di laut terkumpul menjadi sebuah pulau yang dikenali dengan istilah Plastic Continent.

Plastic Continent adalah sebuah kumpulan sampah yang terdiri dari 80% bahan plastik dan lebih kurang 3.5 juta tan sampah plastik dan membentuk sebuah pulau di tengah lautan Pasifik antara Hawai dan California.

Photobucket

Pulau sampah yang tak sengaja terbentuk ini tersusun hampir melebihi ukuran Texas,Amerika Syarikat. Ditemui pada tahun 1997 oleh Kapten Charles Moore, dianggarkan jumlah plastik adalah 6 kali daripada plankton yang hidup disana.

Kempen tiada penggunaan plastik di pasaraya-pasaraya dan supermarket pada tiap hari sabtu adalah relevan dengan kempen pengurangan penggunaan plastik supaya tiada pulau sampah akan timbul di Laut Cina Selatan pula.

Posted@www.isuhangat.net. GO GREEN!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Obor-obor yang tersangkut di jaring.

Photobucket

Burung bangau mati kerana pencemaran

Photobucket

Photobucket

Kasihan pada makhluk Allah ini.

Tapi lagi kasihan dengan mereka yang digelar sampah masyarakat. Dan yang lagi kasihan apabila mereka yang dikatakan sampah masyarakat ini tidak berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Lebih kasihan kepada orang yang sesuka hati mengelar orang lain sampah masyarakat tetapi dirinya lebih sampah dari sampah.eh,apa yang merepek ni?tak faham betul la

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Siapa Besar?

Photobucket

Francisco Domingo Joaquim dari Angola merupakan mulut terbesar di dunia dan pemegang title tersebut di Guiness World Record.

Bibir dan pipi pemuda berumur 20 tahun ini diukur semasa keadaan paling besar ialah 17 cm (6.69 in)

Jijik tengok gambar itu? Tapi bagaimana pula kalau ada orang yang "mulut tempayan"? Tidakkah kita jijik dengan perangai orang sebegitu.Kadangkala aib orang disebarkan. Untuk apa dia berbuat begitu? Hanya dia dan Dia yang tahu. Malah yang teruknya ditambah perisa secukup rasa oleh si mulut tempyan ini (masuk ajinomoto sikit,kicap cap ayam, meggi secukup rasa dan macam-macam lagi. Kenapa semua ini terjadi? Tepuk dada tanya iman. Jangan tanya Aiman (3KRK) sebab nanti dia akan cakap "Aiman Tak Kisah".

Mungkin orang yang bermulut tempayan ini menjadi begitu kerana ingin menunjukkan bahawa dirinya adalah LEBIH BESAR dan mahu orang lain gerun dengannya. Jadi dengan cara menyebarkan aib orang ini,itu maka dia kononnya akan dipandang tinggi dan sekaligus perasan dirinya ORANG BESAR. Ada juga yang bersikap begitu kerana itulah tabiatnya iaitu tidak boleh menyimpan rahsia. Dunia2....


http://www.isuhangat.net

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 19 Februari 2011

Perasan Unik?


Nampak sudu yang unik itu? Walaupun nampak lain dari 'kawan-kawannya' tidak bermakna ianya mampu memberikan impak yang besar berbanding sudu yang lain. Entah-entah akan disingkirkan kerana keunikkannya itu.

Apa persamaannya dengan hidup kita? Seringkali kita ingin menonjolkan diri agar orang menyedari kewujudan dan pengaruh kita. Malah, ada masanya kita bukan sahaja memudaratkan diri tetapi juga menyebabkan orang lain menerima kepedihan akibat kerakusan sikap tidak matang kita. Ada yang berusaha menjadi unik untuk mendapat perhatian. Tidak kira dari segi penampilan mahupun perilakunya. Sesiapa yang pernah bergelar remaja, sudah sedia maklum dengan kecelaruan personaliti ini (bukan kecelaruan gender ya).Namun ada yang tersilap langkah dalam usaha mereka menonjolkan keunikan diri sehingga menimbulkan 1001 masalah.

Setiap masalah yang timbul akibat sikap kurang matang dan tidak berhati-hati ini sememangnya cukup untuk memeningkan kepala malah kadangkala menyakitkan hati. Belum lagi masuk kisahnya cuba menjatuhkan reputasi dan memijak maruah orang lain dengan harapan dirinya akan dikatakan unik kerana peka dengan isu sekeliling sedangkan sebenarnya dia tidak lebih daripada penyibuk dan penyebar cerita. Benda sebegini berlaku di mana-mana hatta di kalangan pelajar lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang lebih dewasa.

Sesungguhnya tidak salah untuk menunjukkan diri kita unik,tetapi berpada-padalah. Jangan kerana hanya ingin orang nampak kita unik, akhirnya kita hanyalah menjadi sampah. Tidak salah menunjukkan potensi diri (malah sangat digalakkan terutamanya dikalangan pelajar dan mereka yang berkerja) tetapi perlulah berhati-hati agar keunikan yang ditonjolkan itu adalah sesuatu yang memberi faedah dan bukannya yang membuatkan orang menyampah.

Sememangnya blog ini bukan sahaja dibuat untuk tujuan akademik semata-mata tetapi juga bagi merungkai atau sekurang-kurangnya meluahkan apa yang terbuku dihati (dengan cara berhemah). Pelajar boleh meluahkan kebuntuan disini. Walaupun masalah tidak dapat diselesaikan,tapi sekurang-kurangnya ada tempat untuk meluahkan. Coretkan secara berhemah dan jaga maruah orang lain.




Jangan jadi seorang unik yang menyusahkan


Jadilah seorang unik yang mengembirakan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ADA APA DENGAN KKG 2011 (PART 2)


Tadi dalam kelas (sekolah ganti Tahun Baru Cina) bincang dengan pelajar 3 Amanah tentang KKG 2011. Ada 14 orang pelajar yang tidak hadir, jadi bagi pelajar yang tidak dapat mendengar penerangan itu, boleh la baca posting ini. Pelajar yang hadir pula, tadi cikgu hanya terangkan hingga aspek 5. Disini ada penerangan lanjut tentang aspek seterusnya..

Aspek 4

Pendahuluan

· Pelajar perlu menyatakan tajuk kajian mereka sepertimana dalam aspek 1.

· Pelajar juga perlu menyatakan kenapa mereka memilih kawasan kajian tersebut. Antara lain sebabnya kerana:-

i) Kawasan tersebut menepati kriteria kajian (kerana terdapat masalah pencemaran di sana)

ii) Kawasan tersebut dekat dengan sekolah atau rumah pelajar dan memudahkan pelajar membuat kajian

· Pelajar juga perlu menyatakan berapa lama tempoh yang mereka ambil untuk menyiapkan kajian tersebut. Sebagai contoh :

DALAM MELAKSANAKAN KKG 2011 INI,SAYA TELAH MEMILIH LOKASI KAJIAN DI PEKAN KOTA BELUD,KOTA BELUD SABAH. KAWASAN INI DIPILIH KERANA MENEPATI KRITERIA KAJIAN MEMANDANGKAN TERDAPAT PELBAGAI JENIS PENCEMARAN DI KAWASAN TERSEBUT. SELAIN ITU, KAWASAN INI JUGA DEKAT DENGAN RUMAH SAYA DAN MEMUDAHKAN SAYA UNTUK BERULANG ALIK UNTUK MEMBUAT KAJIAN. SAYA MENGAMBIL MASA SELAMA DUA BULAN UNTUK MENYIAPKAN FOLIO INI IAITU BERMULA BULAN FEBRUARI SEHINGGA BULAN APRIL.

(JANGAN COPY PASTE AYAT INI.SILA BINA AYAT SENDIRI)

Aspek 5

Objektif Kajian

· Bahagian ini paling mudah kerana pelajar hanya perlu memasukkan KATA KERJA sahaja dalam senarai yang disediakan dalam markah penskoran yang diberikan kepada pelajar. Apa itu KATA KERJA? Sudah belajar dalam subjek Bahasa Melayu kan? Buka semula kitab atau tanya dengan guru Bahasa Melayu anda. Cikgu bagi contoh untuk objektif yang terakhir, dalam markah penskoran diberikan :-

Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Oleh itu, pelajar perlu menukar ayatnya menjadi:-

MENERAPKAN nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Aspek 6

Kawasan Kajian

· Aspek ini memberikan 8 markah penuh sekiranya pelajar menepati apa yang diminta dalam markah penskoran. Bagi mendapat markah penuh untuk kawasan kajian, pelajar perlu menghuraikan 3 aspek atau lebih. Apa aspek yang perlu dihuraikan? Semuanya sudah ada dalam markah penskoran itu. Hanya tinggal bina ayat sahaja berdasarkan maklumat yang dikumpul. Contohnya:-

Kawasan kajian saya ialah Pekan Kota Belud,Kota Belud Sabah (pelajar menyatakan kawasan kajian) Kawasan ini terletak di antara perjalanan antara Kudat dan Kota Kinabalu (mengikut jalan lama) (pelajar menyatakan lokasi kajian. Jarak kawasan ini dari Bandaraya Kota KInabalu ialah 1 jam (ini adalah jarak relatif yang pernah anda pelajari dalam tingkatan 1) (pelajar menyatakan jarak kawasan kajian). Pekan Kota Belud meempunyai bentuk muka bumi yang bla bla bla…..(pelajar menyatakan pandang darat fizikal kawasan kajian) Dengan adanya semua perkara ini,pelajar boleh mendapat 2 markah.


· Tadi cikgu cakap ada 8 markah penuh kan? Mana lagi 6 markah?.

· Bagi pelajar yang menyertakan peta daerah yang lengkap dengan:-

i) tajuk dan bingkai

ii) nama kawasan kajian dan arah mata angin

maka pelajar layak mendapat 2 markah penuh

· Mana lagi 4 markah? Ingat lagi semasa tingkatan 1, pelajar telah diajar membuat peta lakar menggunakan simbol standard peta Geografi? Di sinilah pelajar mempraktikkan kemahiran Geografi tersebut kerana pelajar perlu melakar peta kawasan kajian yang lengkap dengan:-

i) Tajuk dan bingkai (1 markah)

ii) Petunjuk dan arah mata angin (1 markah)

iii) Simbol Piawai (1 markah)

iv) peta kemas dan sempurna (1 markah)

· Jumlah keseluruhan markah untuk aspek ini ialah 8 markah.

Aspek 7

Kaedah Kajian

· Masih lagi berkaitan dengan kemahiran Geografi tingkatan 1, kaedah mengumpul maklumat dalam tajuk Graf. Pelajar sudah diterangkan cara mengumpul maklumat. Dalam kajian ini juga,pelajar perlu menghuraikan bagaimana mereka mendapatkan maklumat untuk kajian ini? Mustahil maklumat datang bergolek kepada pelajar (kalau ada macam ini kan bagus.tidaklah Eric dan kawan-kawannya pening kepala mahu buat KKG, hahaha…)

· Pelajar perlu pastikan bahagian dapatan kajian dan rujukan nanti selari dengan kaedah kajian yang mereka gunakan. Apa maksudnya? Contohnya sekiranya pelajar menggunakan kaedah temu bual,pastikan pelajar menyatakan apakah hasil temu bual tersebut di bahagian dapatan kajian. Contohnya, Encik Hariri iaitu pemilik premis perniagaan di kawasan kajian menyatakan ekoran daripada pencemaran udara di kawasan kajian, beliau sering mengalami masalah sesak nafas dan sakit tekak (ini boleh dimasukkan di dalam kesan pencemaran udara aspek 8.4 dalam dapatan kajian). Memandangkan nama beliau sudah dinyatakan, maka dalam rujukan nanti pelajar perlulah menulis namanya dibawah orang sumber.Format penulisan rujukan akan diterangkan dalam entri seterusnya.

· Diharapkan para pelajar dapat memahami perkaitan antara KAEDAH, DAPATAN KAJIAN DAN RUJUKAN

· Perlu diingatkan sekiranya pelajar menggunakan kaedah temu bual, mereka perlu menemubual sekurang-kurangnya 3 orang responden. Untuk soal selidik pula, mereka perlu menyediakan sekurang-kurangnya 20 borang soal selidik untuk diisikan oleh responden.

Ok rasanya cukup untuk hari ini. Kita sambung lagi kemudian. Sebelum itu, cikgu mahu ingatkan pelajar agar jangan bertangguh dalam membuat apa-apa pekerjaan. Ingat ! jangan tangguh sehingga esok apa yang kita mampu lakukan hari ini.

p/s dari tingkap, nampak pelajar asrama (elccey,lok, mami dan kwn2 main bola tampar).Bila la dapat bersenam ni. Minggu depan sudah bermula kelas tambahan setiap hari Selasa. Jangan pura-pura lupa (pesanan khas untuk ikan kuruk)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 4 Februari 2011

ADA APA DENGAN KKG 2011?


Tajuk KKG 2011 sudahpun diedarkan lengkap dengan markah penskoran. Jadual penghantaran juga akan diedarkan secara rasmi pada 17 Febuari 2011 (InsyaALLAH) dimana penghantaran adalah sebanyak 3 kali untuk tujuan penambahbaikkan..Oleh itu, tidak ada alasan untuk pelajar tidak mendapat markah cemerlang untuk KKG mereka (semuanya terpulang sama ada pelajar mahu atau tidak memperbaiki KKG dan menghantar mengikut tarikh yang ditetapkan). Apa yang pasti KKG yang dicopy dari mana-mana sumber adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Disini terdapat sedikit panduan untuk melaksanakan KKG 2011 tajuk Pencemaran Alam Sekitar (Tugasan 1)

Aspek 1

Tajuk

· Pelajar perlu menulis tajuk yang lengkap iaitu termasuk :

i) kawasan kajian

ii) Bandar / daerah

iii) Negeri

Contohnya :-

Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud Sabah

Ataupun

Pencemaran Alam Sekitar Di Pekan Kota Belud,Kota Belud Sabah

Aspek 2

Senarai Kandungan

· Pelajar perlulah menyenaraikan kandungan yang lengkap dengan perkara dan muka surat (sekurang-kurangnya enam perkara) Kesilapan pelajar pada tahun-tahun lepas adalah tidak menulis muka surat dan menyebabkan mereka tidak mendapat apa-apa markah dalam aspek ini.

Aspek 3

Penghargaan

· Pelajar bukan sahaja perlu menyatakn nama pihak tetapi juga perlu MENGHURAIKAN penghargaan tersebut. Sebagai Contoh:

Terima kasih kepada ibubapa saya iaitu Encik Harith dan Puan Balkish kerana menampung perbelanjaan sepanjang saya menjalankan kajian ini termasuk membelikan saya kertas folio ini.

· Sekurang-kurangnya pelajar perlu menyata dan menghuraikan penghargaan kepada TIGA pihak termasuklah kepada

i) pengetua

ii) guru mata pelajaran

iii) ibu bapa / penjaga

iv) rakan-rakan

v) responden / pihak luar

· JANGAN BUAT AYAT UNTUK PENGHARGAAN SEPERTI INI:

Terima kasih Tuan Pengetua.terima kasih Guru Mata Pelajaran.terima kasih ibu bapa saya. Terima kasih kawan-kawan dan responden.

Asyik terima kasih memanjang tapi tidak dihuraikan apa sumbangan pihak yang dinyatakan.

Ok, stop dulu. Mahu buat surat jemputan dan siapkan bahan untuk P&P esok. Nanti kita sambung lagi kalau ada permintaan daripada pelajar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.