Khamis, 24 Mac 2011

Yang Ku Mahu

Kita selalu merungut tidak dapat itu dan ini. Biasanya apa yang kita mahu itu terlalu mustahil untuk diperolehi (berdasarkan keadaan semasa diri kita). Begitu juga dengan kanak-kanak ini. Dia bukannya mahukan laptop ataupun barangan mahal,cuma.....





GULA-GULA ITU
Amati semula wajah kanak-kanak itu. Sedarlah rupanya kita masih bertuah!


billyinfo.blogspot.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 21 Mac 2011

Sekitar Tsunami Di Jepun

Di bawah ini ada beberapa gambar sepanjang proses mencari dan menyelamat di sana untuk tatapan anda.

Pegawai kesihatan membuat pemeriksaan radiasi ke atas kanak-kanak berdekatan dengan Loji Nuklear Fukushima Daini di Koriyama




Mangsa Tsunami yg terselamat, Hiromitsu Shinkawa, kanan, melambai kpd pasukan penyelamat sebelum diselamatkan oleh pasukan Pertahanan Maritim Jepun




Sebuah keluarga sedang berehat di pusat perlindungan di Bandar Soma, Wilayah Fukushima Jepun
Seorang remaja yang dikuarantinkan kerana mempunyai kadar radiasi yang tinggi melihat anjing peliharaannya di sebalik cermin di Nihonmatsu.

Tangan seorang mangsa disebalik kotoran di perkampungan Saito, Wilayah Miyagi
Seorang anggota penyelamat Jepun berjalan merentasi sebuah perkampungan yg telah 'diratakan' oleh arus Tsunami di Saito.
Seorang anggota penyelamat Jepun berjalan melalui sebuah kawasan perumahan yang rosak teruk di Otsuchi
Seorang lelaki menenangkan isterinya yg menangis dihadapan kediaman mereka yg musnah di bandar Watari, Wilayah Miyagi.
Seorang lelaki menunggang basikal berhampiran sebuah kapal yang terbalik di Hachinohe, Wilayah Aomori
Seorang lelaki mengayuh basikal manakala seorang lagi berjalan melalui sebuah kawasan yg dipenuhi oleh sampah sarap di bandar Onagawa.
Seorang lelaki tidur bersebelahan sekeping gambar potret di pusat pemindahan di Rikuzentakata
Anggota penyelamat Jepun mengunakan helkopter untuk menyelamatkan mangsa di Ishinomaki, dua hari selepas kejadian Tsunami
Seorang askar memangku seorang bayi berusia 4 bulan yg diselamatkan dari bencana Tsunami di Bandar Ishinomaki di Wilayah Miyagi.
Seorang mangsa Tsunami berdoa di pusat pemindahan di Sendai
Seorang mangsa mengesat air matanya bila menyedari rumahnya di bandar Soma musnah sama sekali.
Seorang technician di sebuah kedai memakai pakaian khas untuk mengelakkan kesan radiasi akibat letupan loji nuklear di Fukushima.
Tangan seorang mangsa Tsunami disebalik timbunan selut di Rikuzentakata.
Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan, menangis ketika duduk di sebatang jalan di bandar Natori yang musnah teruk.
Seorang wanita menonton siaran berita di pusat pemindahan di Hachinohe
Pandangan dari udara menunjukkan mangsa Tsunami sedang berbaris untuk mendapatkan bekalan air di sebuah sekolah di Bandar Sendai.

Setakat ini masih belum ada lagi gambar mayat ditunjukkan secara langsung (setakat tangan dan kaki sahaja) tidak seperti gambar-gambar yang didedahkan semasa Tsunami 2004. Kenapa agaknya?
p/s Antara semua, gambar terakhir yang paling menarik perhatian

http://billyinfo.blogspot.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 18 Mac 2011

Jepun Oh Jepun!

Semangat bangsa Jepun memang patut kita contohi. Kalah perang dunia kedua tidak jadi penghalang untuk maju. Beberapa kali ditimpa bencana dahsyat juga tidak menghancurkan mental masyarakatnya.

Buktinya, Jepun hanya memerlukan masa tiga hari untuk membaik pulih jalan retak akibat gempa tu hari.

Photobucket

Photobucket

kenapa mereka mampu bangkit begitu cepat? Tepuk dada tanya SEMANGAT :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 17 Mac 2011

Jijik? Siapa puncanya?

1. Citarum river, Indonesia

Photobucket

Terkejut? Inilah sungai Citarum di Jawa Barat, Indonesia. Meskipun sungai ini mungkin kelihatan seperti kolam sampah tetapi sungai ini sebenarnya adalah sumber utama air untuk pertanian dan air untuk memasak dan minuman bagi masyarakat sekitarnya. Sungai ini sangat tercemar oleh aktiviti manusia dan tidak mempunyai kehidupan air yang hidup di dalamnya.

2. Yamuna River, India

Photobucket

Sungai Yamuna anak sungai terbesar Sungai Gangga adalah salah satu sungai paling tercemar di dunia di mana 58% dari sisa dari ibukota New Delhi dibuang ke dalam sungai.

3. Buriganga river, Bangladesh

Photobucket

Sungai Buriganga adalah sungai utama yang mengalir di sisi kota Dhaka, ibukota Bangladesh. Sungai yang biologinya telah mati ini memiliki penderitaan menjadi 80% adalah tidak diubati langsung.

4. Yellow river from Lanzhou, China

Photobucket

Sungai Kuning merupakan sungai terpanjang kedua di China dan merupakan sumber air utama untuk jutaan orang di Cina utara. Tapi sungai ini sangat tercemar dengan tumpahan minyak yang terjadi dan kerana pencemaran industri.

5. Marilao river, Philippines

Photobucket

Pembalut plastik, selipar, batang pisang, bangkai anjing dan sebagainya adalah yang mungkin ditemui terapung di sungai Marilao. Airnya mengandungi bahan kimia beracun seperti kromium, tembaga kadmium, dan arsen membuatkan air sungai ini sangat merbahaya.

6. Ganges river, India

Photobucket

Sungai Gangga adalah sungai paling suci bagi umat Hindu.Kira-kira 2 juta orang mandi untuk amalan ritual . Meskipun air sungai ini tidak selamat kerana bahan kimia, kotoran dan mayat-mayat masih terapung mereka terus mandi tanpa rasa takut.

7. Songhua river, China

Photobucket

Songhua adalah sebuah sungai di Timur Laut Cina, dan merupakan anak sungai terbesar Sungai Heilong. Pada bulan November 2005, sungai itu tercemar dengan minyak petrol.

8. The Mississippi river, USA

Photobucket

Siapa sangka negara yang bangga dengan gelaran negara maju pun tak lepas dari pencemaran. Sungai Mississippi adalah sumber penggerak ekonomi dan merupakan jantung Amerika Syarikat. Sungai ini mengalir hampir 40% dari Amerika Syarikat. Malangnya sungai ini membawa sekitar 1.5 juta tan metrik pencemaran nitrogen ke Teluk Mexico setiap tahun.

9. The Sarno river, Italy

Photobucket

The Sarno dianggap sungai yang paling tercemar di Eropah. Situasi tersebut diburukkan lagi dengan skala besar pembuangan sisa pertanian dan industri tidak dirawat ke dalam sungai. Air yang tercemar ini mengalir ke Teluk Napoli juga meningkatkan pencemaran air laut.

10. The King River, Australia

Photobucket

Sungai King ini boleh dikatakan sungai yang paling tercemar di Australia akibat kegiatan perlombongan.

Jijik? Siapa puncanya?

http://www.isuhangat.net

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 16 Mac 2011

Bumi Semakin Tua

Berikut adalah statistik gempa bumi-gempa bumi besar yang melanda dunia dari zaman dahulu hingga sekarang beserta gambar. Statistik dari The Geological Society of London.

1906: USA (California, San Francisco). Skala Richter: 7.8, Kematian: 3,000, kos : $524 juta

1908: Italy (Messina). Skala Richter: 7.5, Kematian: 25,926, kos: $ 116 juta

1923: Japan (Tokyo-Yokohama). Skala Richter: 8.3, Kematian: 142,800, kos : $ 2,800 juta

1936: Pakistan (Quetta). Skala Richter: 7.5, Kematian: 35,000, kos: $ 25 juta

1939: Chile (Concepcion). Skala Richter: 8.3, Kematian: 28,000, kos :$100 juta

1939: Turkey (Erzincan). Skala Richter: 8.0, Kematian: 36,740, kos : $20 juta

1960: Morocco (Agadir). Skala Richter: 5.9, Kematian: 12,000, kos : $120 juta

1970: Peru (Chimbote). Skala Richter: 7.7, Kematian: 67,000, kos : $550 juta

1976: China (Tangshan). Skala Richter: 8.0, Kematian: 290,000, kos : $5,600 juta

1976: Guatemala (Guatemala City). Skala Richter: 7.5, Kematian: 22,084, kos : $1,100 juta

1985: Mexico (Mexico City). Skala Richter: 8.1, Kematian: 10,000, kos : $4,000 juta

1988: Armenia (Spitak). Skala Richter: 6.9, Kematian: 25,000 kos : $14,000 juta

1989: USA (California, San Francisco). Skala Richter: 7.0, Kematian: 68, kos : $6,000 juta

July 1990, Baguio City, Philippines. Kematian : 5000.

1995: Japan (Kobe). Skala Richter: 7.2, Kematian: 6348, kos: $200,000 juta

1999: Turkey (Kocaeli). Skala Richter: 7.4, Kematian: 19,118, kos :$ 20,000 juta

2004: Lautan Hindi gempa bumi dan tsunami. Skala Richter: 9.2, Kematian: 230,000,kos: Tidak pasti

2008: Sichuan Province. Skala Richter: 8.0, Kematian: 68,000, kos : $20,000 juta

2010: Chile (Maule Region). Skala Richter: 8.8, Kematian: 486

2011: Japan. Skala Richter: 8.9 : Kematian dan kos: Belum Pasti


Jelaslah bumi semakin tua dan tenat. Begitu juga diriku. Bagaimana dengan dirimu? Jangan perasan muda. Ajal menjemput tak kira masa dan usia.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.