Ahad, 7 Ogos 2011

Empangan Bakun,Akhirnya!

Teringat masa di universiti, pelajar sentiasa sibuk dan diberikan banyak kerja lapangan. Antaranya adalah Empangan Bakun di Sarawak yang banyak sangat masalah sepanjang pembinaannya. Tiba-tiba hari ini terbaca tentang empangan tersebut sudah mula beroperasi. Alhamdulillah,akhirnya ada satu sumber yang boleh diperbaharui lagi telah wujud di negara ini. Harapnya kita menghargai apa yang kita perolehi.Ingatlah berapa banyak flora dan fauna musnah untuk membina empangan hanya kerana untuk memenuhi kehendak manusia ini.



Sumber Tenaga: Projek Empangan yang menelan belanja sebanyak RM7.5 million.

Pelbagai isu-isu telah timbul berikutan pembinaan empangan ini semenjak tahun 1980 lagi.
Empangan Hidroelektrik Bakun menjalankan operasinya dengan menjana sebanyak 300Mega Watt elektrik mulai hari ini (6 Ogos 2011).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 4 Ogos 2011

Jepun & Ikan Bermotivasi

Dari dulu lagi nelayan Jepun pergi berlayar jauh untuk menangkap ikan, namun….

Apabila mereka sampai di darat, ikan-ikan itu mati dan mengeluarkan bau yang busuk. Orang Jepun tidak suka memakan ikan yang sudah mati dan busuk.

Lalu…

Nelayan Jepun masih lagi berlayar untuk menangkap ikan di lautan lepas… Oleh kerana tidak mahu ikan-ikan tangkapan mati dan busuk, nelayan Jepun membawa sebuah pembeku. Ikan-ikan hasil tangkapan itu dimasukkan ke dalam freezer supaya tidak busuk bila sampai ke pelabuhan.

Namun begitu…


Orang Jepun tahu membezakan mana ikan yang segar dan mana ikan yang dimasukkan ke dalam freezer untuk mencegah ikan jadi busuk. Orang-orang Jepun tidak suka memakan ikan hasil tangkapan itu…

Kemudian…..

Nelayan Jepun berlayar ke laut lepas untuk menangkap ikan dengan membawa sebuah tong air yang sangat besar dan diisi dengan air laut yang banyak supaya ikan hasil tangkapan tetap dalam keadaan hidup semasa tiba di daratan,

Namun…
Sampai di daratan ikan-ikan itu lemas dan tidak mahu bergerak kerana bosan berada di kawasan yang lebih sempit dari kawasan hidup asalnya. Orang Jepun tahu membezakan mana ikan yang segar dan mana ikan yang lemas.

Seterusnya…

Nelayan kembali berlayar ke laut jauh untuk menangkap ikan, kali ini nelayan membawa sebuah tong besar berisi air laut yang banyak dan memasukkan…

Photobucket

Dua ekor anak ikan Yu ke dalam tong tersebut, seekor anak ikan Yu dapat memakan 4-5 ekor ikan dalam sehari dan perjalanan dari lokasi penangkapan ikan menuju daratan berjarak dua hari, jadi kedua anak ikan Yu itu menghabiskan sehingga 20 ekor ikan tangkapan semasa dalam perjalanan.

Apa yang terjadi???

Semasa tiba di darat semua ikan tangkapan yang berada di dalam tong tersebut masih dalam keadaan segar dan lincah,

Mengapa???

Ini kerana ikan-ikan tangkapan mereka tersebut berusaha supaya tidak dimakan oleh ikan Yu yang berada di dalam tong tersebut, berlumba untuk bertahan dan mempertahankan hidup…

Moral :

Kita sebagai manusia dapat diibaratkan sebagai ikan-ikan hasil tangkapan di dalam tong tersebut, dan masalah -masalah yang dihadapi diibaratkan sebagai anak Yu yang bersedia memakan kita. Masalah itu membuat kita mempunyai alasan untuk hidup, menjadi semangat untuk berusaha, dan memberikan motivasi supaya tidak dimangsa oleh Yu,iaitu masalah…

Bukannya kita yang harus menyerah pada masalah,biar masalah yang menyerah kepada kita kerana kita tahu cara nak menyelesaikannya, tidak buntu dan memohon kepada Allah SWT agar setiap kekusutan yang kita alami dapat dileraikan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sampah Oh Sampah

Gurun Sampah Eletronik

Photobucket

Kemana sampah elektronik (e-waste) yang dihasilkan oleh negara-negara dunia pertama berakhir ? Kebanyakannya ke negara-negara dunia ketiga seperti China, Nigeria, India, Vietnam,Pakistan dan Indonesia – tetapi kebanyakan dibuang ke Ghana.

Dengan ratusan juta tan sampah elektronik dihantar setiap tahun, pembuangan sampah elektronik ilegal ke Ghana menjadi sumber ekonominya yang tersendiri.


Photobucket

Dump Agbogbloshie di Accra, Ghana, adalah gurun elektronik terbesar di Afrika Barat. Lebih kurang 3000 orang bekerja di Accra dan mencari nafkah dengan menjual logam dari hasil daripada sampah peralatan elektronik. TV lama, monitor komputer, hard drive. papan litar dan keyboard yang dibuka untuk setiap bahagian untuk mendapatkan bahan yang boleh direcycle.Harga global logam kini melonjak naikkerana mendapat permintaan tinggi.

Kabel dan papan utama dibakar untuk diekstrak guna diambil tembaga dan logam bernilai yang mungkin tertinggal.

Tetapi proses yang digunakan untuk mengambil logam adalah proses yang sangat beracun. Pekerja yang melakukan proses ini tidak memiliki peralatan pelindung dan menyedut udara yang mengandungi kadar yang tinggi bahan kimia beracun, yang kemudian dilepaskan ke udara. Racun seperti kadmium dan merkuri yang dibakar di Ghana, melebihi 100 kali ganda berbanding di kawasan normal.

“Ini satu-satunya bahagian di dunia di mana anda akan pergi dan melihat ribuan perempuan pada setiap hari yang duduk … memasak (membakar) papan sirkit ,” kata Jim Puckett, pengarah eksekutif dari Basel Action Network, yang bekerja untuk mencegah sampah beracun di kawasan tersebut.

“Mereka bernafas dalam asap dari pembakaran yang menghasilkan polusi udara yang sangat beracun . Anda akan segera merasa sakit kepala setelah anda masuk ke kawasan ini. Ini benar-benar sangat menyedihkan.”

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 1 Ogos 2011

Hari Pertama Di Tahun 1432H

Tadi di sekolah macam-macam perangai pelajar. Seawal jam 9.00 pagi,sudah ada yang "memancing" aka tersengguk-sengguk. Bersangka positif,mungkin mereka belajar lepas sahur. Kelas jam 12.00, mula la ada yang buat muka macam kena tampar-tampar hantu kak limah. Buat lawak macam mana pun untuk hilangkan boring mereka, tapi macam kurang berkesan sebab semuanya sedang fikirkan tentang tajuk profil sungai satu bentuk di kawasan hulu (lubang periuk). Kepada yang masih ingat pelajaran tingkatan satu bab 6, tahu la apa yang dimaksudkan. Apapun, Klik link INI untuk jadual berbuka puasa. Tidaklah mereka tertanya-tanya jam berapa perlu buka dan belajar bab 6 tadi. Selamat Berpuasa Semua..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.