Khamis, 22 September 2011

Jepun Di Uji Lagi dan Lagi


TOKYO - Taufan kuat melanda Jepun semalam sekali gus menyebabkan hujan lebat di bandar raya ini selain menyebabkan pengangkutan awam terjejas.

Seramai empat orang mati semasa taufan Roke melanda negara ini.
Taufan itu kini melanda kawasan yang menempatkan loji nuklear Fukushima di timur laut Jepun yang rosak selepas dilanda ombal tsunami pada 11 Mac lalu.

Ia yang merupakan taufan kedua terbesar melanda Jepun pada bulan ini.
Taufan itu bergerak selaju 220 kilometer sejam dan menurunkan hujan lebih 40 sentimeter di bahagian timur dan barat Jepun sejak 24 jam lalu.

Bekalan elektrik untuk lebih 575,500 penduduk yang dibekalkan oleh syarikat Tokyo Electric turut terputus.

Taufan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti di sekitar Tokyo mengakibatkan ribuan penumpang terkandas semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Stesen penyiaran NHK menyatakan kira-kira 450 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Perkhidmatan Kereta Api Tengah Jepun menyatakan, beberapa perkhidmatan kereta laju juga digantung.

Syarikat Toyota menyatakan pihaknya merancang untuk menutup sebanyak 11 buah kilang di tengah Jepun dan menghentikan kerja pada waktu malam.
Sebuah lagi syarikat kereta, Nissan menghentikan perkhidmatan di dua buah kilangnya. - Reuters
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 17 September 2011

Kita Yang Mana Satu?


Seorang CEO hendak mewariskan syarikat perniagaannya kepada pekerja- harapannya tetapi agak sukar untuk mencari yang terbaik.

Oleh itu dia memanggil semua eksekutifnya dan masing-masing diberikan sebiji BENIH dan berkata, “Siramlah benih ini dengan teratur, pelihara, dan kembalikan kepada saya setahun dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari biji benih ini.

Yang TERBAIK, pemiliknya akan menjadi pengganti saya sebagai CEO perrniagaan ini.”

Seorang pekerjanya, Rahmat, pulang ke rumah.

Setiap hari dia menyiram benih tersebut dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.

Setelah 6 bulan, di pejabat, eksekutif yang lain sering bercerita pasal tanaman masing-masing, sedangkan Rahmat pula melihat TIDAK ADA PERUBAHAN yang terjadi kepada benih kepunyaannya. Benihnya tidak tumbuh apa-apa.

Dia merasakan dia akan GAGAL..

Setelah setahun, seluruh eksekutif menghadap CEO, mempersembahkan hasil benih tersebut. Rahmat berkata pada isterinya bahawa dia malu untuk membawa pasu yang kosong, namun isterinya memberi galakan kepadanya untuk menyatakan perkara yang sebenar. Rahmat menyedari bahawa isterinya menyarankan PERKARA YANG BENAR.

Memasuki ruangan mesyuarat, Rahmat membawa sebuah pasu yang kosong. Seluruh mata memandangnya dengan kasihan. Ketika CEO memasuki bilik mesyuarat, dia memandang keindahan seluruh tanaman itu, hingga akhirnya dia berhenti di depan Rahmat yang tertunduk malu.

CEO memintanya ke depan dan menceritakan TRAGEDI yang menimpanya.

Ketika dia selesai bercerita, CEO berkata, “Berikan tepukan yang gemuruh untuk Rahmat, CEO yang baru”.

Dia menyambung, “Aku memberikan kepada anda semua sebiji benih yang sebelum itu SAYA TELAH REBUS DENGAN AIR PANAS sehingga mati dan tidak mungkin tumbuh. Melihat benih itu tidak tumbuh, anda semua telah menukarnya dan berbohong kepadaku. Tetapi tidak dengan Rahmat, dia mahu berkata perkara yang sebenar walaupun pahit.”

Ini hanya sebuah cerita sahaja dan tidak mungkin akan ada CEO yang akan melantik penggantinya dengan biji benih tetapi di sebalik cerita ini menyatakan betapa pentingnya bercakap BENAR. Ramai antara kita yang memberi laporan palsu kepada pihak atasan supaya tidak kena marah malah akan dipuji dan dinaikkan pangkat (paling ramai manusia seperti ini sekarang)

Ingatlah, mungkin tidak mendapat balasan di dunia tetapi jika kita jujur, insyallah kita akan mendapat balasan di Akhirat nanti.

Tabur benih KEJUJURAN, menuai KEPERCAYAAN
Tabur benih KETEKUNAN, menuai KEMENANGAN
Tabur benih KERJA KERAS, menuai KEJAYAAN
Jangan TAKUT mengaku walaupun PAHIT JIKA itulah PERKARA SEBENAR

www.isuhangat.net.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 14 September 2011

Apa Yang Akan Jatuh Dari Langit?

Selalunya kalau ditanya soalan seperti di atas,jawapan popular ialah hujan dan salji. Tapi kalau tiba-tiba ada besi buruk jatuh dan masa kejadian itu pula kita sedang buat kerja yang tidak baik contohnya sedang duduk dalam hutan sebelah sekolah sebab ponteng sekolah, alangkah malangnya mati sorang2 tertindih besi buruk 5 tan..( cerita yang tidak akan menginsafkan mereka yang keras hati ). Apa kaitan cerita dengan besi buruk ni? Baca berita di bawah


BAHAYA: Satelit Seberat 5 Tan Bakal Terhempas Ke Bumi

WASHINGTON – Sebuah satelit milik NASA yang sudah tidak berfungsi di angkasa bakal terhempas ke bumi, tetapi agensi angkasa lepas itu berkata, peluang untuk ia menimpa sesiapa adalah tipis.

Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka akan terhempas antara lewat bulan ini dan Oktober serta serpihannya boleh jatuh mana-mana sahaja di enam benua di dunia ini.

Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa.

Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.

Satelit Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) seberat 6 tan itu kehabisan bahan bakar pada 2005 dan akan jatuh tanpa kawalan. Dianggarkan hanya 544 kilogram besi yang akan bertahan ketika ia terhempas.

Satelit ini adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.

Stesen Mir jatuh ke Pasifik Selatan manakala Skylab pula jatuh ke Lautan Hindi dan sebahagian daripada serpihannya bertaburan sekitar kawasan Australia Barat.

Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair.

“Banyak benda yang masuk kembali (re-enter) ke bumi sejak bermulanya zaman angkasa, sehingga kini tidak ada sesiapa pun yang cedera akibat re-entering itu,” kata Ketua Serpihan Orbit NASA, Gene Stansbery.

“Namun itu tidak bermakna kami tidak prihatin,” tambahnya.

NASA menetapkan bahawa peluang untuk mana-mana satelit miliknya menimpa seseorang sebagai lebih daripada 1 dalam 10,000 kemungkinan.

Namun, UARS yang mengkaji tahap kimia dalam udara dilancarkan pada 1991, sebelum kemungkinan di atas dijadikan panduan rasmi.

NASA selalunya akan mengalihkan satelit mati ke orbit ‘perkuburan satelit’ atau memandunya jatuh ke dalam lautan, kata Stansbery.

Namun, jumlah bahan bakar dalam UARS adalah terlalu sedikit menyebabkan ia tidak boleh dikawal langsung untuk dibawa ke orbit perkuburan satelit atau dihalakan ke mana-mana laut.

Kemungkin 1 dalam 3,200 itu bermakna sesiapa sahaja daripada 7 bilion penduduk bumi boleh menjadi mangsa. Bermakna secara pembahagian, peluang untuk seseorang terkenan serpihan adalah 1 dalam 21 trilion sebenarnya.

Serpihan angkasa melebihi 5 tan jarang sampai ke permukaan bumi. Namun, ini merupakan kali ketiga dalam tahun ini sesuatu yang seberat itu dijangka terhempas ke permukaan bumi, menurut astrophysicist Universiti Harvard, Jonathan McDowell.

NASA akan memantau pergerakan satelit itu secara mingguan sebelum setiap hari ketika ia hampir mahu terhempas. (AP)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 6 September 2011

Jepun Diuji Lagi

Belum pun hilang kesan trauma tsunami, di saat Amerika Syarikat berhadapan dengan Taufan Lee, penduduk Jepun pula berhadapan lagi dengan Taufan Talas.
Heavy downpours by Typhoon Talas swamp a residential area in Kiho, central Japan, Sunday, Sept. 4, 2011. The center of the season's 12th typhoon was moving slowly north across the Sea of Japan, the Japan Meteorological Agency said. (AP Photo/Kyodo News) JAPAN OUT, MANDATORY CREDIT, NO LICENSING IN CHINA, FRANCE, HONG KONG, JAPAN AND SOUTH KOREA




























Overflowing water from a river floods a residential area in Nachikatsuura, central Japan, Sunday, Sept. 4, 2011. The center of the season's 12th typhoon was moving slowly north across the Sea of Japan, the Japan Meteorological Agency said. (AP Photo/Kyodo News) JAPAN OUT, MANDATORY CREDIT, NO LICENSING IN CHINA, FRANCE, HONG KONG, JAPAN AND SOUTH KOREA
Overflowing water from a river floods a residential area in Nachikatsuura, central Japan,Sunday 04/09/2011

p/s Pelajar SMKPKBII pula sekarang dilanda taufan kerisauan PMR
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.