Isnin, 23 Januari 2012

ALHAMDULILLAH

Bulan Januari 2012 tinggal beberapa hari lagi akan berakhir (begitu cepat masa berlalu). Banyak kenangan tahun 2011 tidak kira la pahit atau manis telah dialami. Antara yang mengembirakan ialah hadiah yang diberikan pelajar kepadaku. Hadiahnya bukan berbentuk wang ringgit atau harta benda tetapi kejayaan mereka menaikkan peratus A dan menurunkan peratus gagal (E) subjek Geografi dalam PMR 2011. Sebelum ini sudah tiga tahun subjek Geografi ini turun iaitu bermula tahun 2008-2009 (stress jg). Namun berkat usaha Puan Dayang Fatimah dan Encik Jamal, alhamdulillah apa yang diharapkan menjadi kenyataan. Kepada calon PMR 2011, anda sudah dapat apa yang anda telah usahakan selama ini. Untuk pelajar 3 Hikmah 2011, tahniah kerana melakar sejarah lulus 100% dalam kelas. Tidak kiralah anda dapat gred apa kerana A,B,C dan D itu jauh lebih baik daripada dapat E.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.