Selasa, 19 Jun 2012

Tak Tercapai Akalku

Minggu ni ajar bab perkembangan sistem perhubungan (tingkatan dua). Bila disebut kabel dasar laut, ada yang berkerut keningnya dan tak kurang juga yang no feeling.heloooooo, kalau tak ada kabel dasar laut tu tak ada la korang dapat buat email.tak ada email maksudnya tak ada facebook.tak ada facebook maksudnya tak dapat upload gambar "pipi kembung,mulut muncung,mata bulat" korang tu. jadi di sini ada beberapa gambar kabel dasar laut tu. Kalau tengok cara kerja dan bayangkan bagaimana mereka memasang kabel dasar laut ni,MACAM tak tercapai akal.
 



.













Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 8 Jun 2012

Singgah Kejap


Satu lagi keajaiban alam semesta telah berlaku pada 6 Jun 2012 (semalam), iaitu kita akan dapat menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak tujuh kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004.
Bermakna jika terlepas peluang untuk menyaksikannya pada kali ini, maka terpaksalah kita menunggu transit seterusnya pada tahun 2117 atau 105 tahun dari sekarang. Memang ia sesuatu yang sangat mustahil, melainkan saintis moden menjumpai cara untuk melambatkan atau menghentikan proses penuaan dan lebih tepat mengelakkan kematian.

Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.

Bila masa kejadian ini boleh disaksikan?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
  • Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
  • Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
  • Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
  • Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
  • Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.
Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan 1 dan 2 sahaja yang agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit, seperti di Sabah dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat menyaksikannya (kerana matahari belum terbit seperti di keseluruhan Semenanjung Malaysia).
Gambar yang diambil pada 6 Jun 2012 dari seluruh dunia
kredit : Space.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.