Selasa, 19 Februari 2013

KAUNTER PERTANYAAN

Hari tu ada yang komen "kotak tempat menjerit" tu tak cukup besar untuk bertanya dan "membebel". Jadi ruangan ni khas untuk anda semua meluahkan apa yang terbuku di hati ( Sila taip di ruangan komen bagi post ini ). Tapi perlu diingatkan ruangan ni bukan untuk mereka yang "meroyan". Oleh itu,sila jaga bahasa anda.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 7 Februari 2013

Contoh Kerja Kursus Geografi 2013 (aspek 1-7)

Kepada pelajarku, hapuskan senyuman di bibir kalian kerana ANDA DILARANG SAMA SEKALI hantar kerja kursus ini kepada tuan empunya. Tak faham lagi? DILARANG SALIN 100% - BINDING-HANTAR (siap buat muka suci lagi tu masa menghantar) dengan cikgu. Lagipun rasa "kurang bijak" pula periksa kerja kursus yang dibuat oleh diriku sendiri. Perlu diingatkan, cikgu adalah Guru Geografi dan jangan pertikaikan grammar cikgu yang lintang pukang. Lagipun aspek 1-7 ini dibuat semasa cikgu tengah melayan cerita Ninja Warrior (ayat cover sebab karangan Bahasa Melayu teruk).

p/s perlu diingatkan cikgu upload contoh ni adalah untuk dijadikan panduan dan bukan mencari publisiti murahan untuk disalah gunakan.Ok, cikgu PERASAN SIBUK. Jadi jika ada apa2 sila pm ke page FB SANTAI GEOGRAFI yang baru dibuat.

p/ss Bah, apa lagi? x pandai copy paste? mari cikgu ajar. tekan Ctrl A lepas tu............ ambil pen dan salin isi penting.ha3, akhirnya kaedah tradisional telah mengalahkan kepandaian anak muridku
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 6 Februari 2013

Kerja Kursus Sejarah 2013

Untuk pelajar tingkatan tiga (khasnya pelajar SMKPKBII) klik SINI untuk Soalan Kerja Kursus Sejarah 2013. Minta tunjuk ajar dari guru sejarah sekolah masing-masing ya. (Pelajar SMKPKBII sila minta tunjuk ajarku sifu dengan Puan Naimah Lamsin). Jangan tanya guru geografi pula kerana diriku "rabun sejarah".
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 3 Februari 2013

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2013

Pelajar tingkatan tiga khasnya pelajar SMK Pekan Kota Belud II, seawal minggu depan soalan kerja kursus bagi tahun 2013 akan diedarkan. Pastikan anda mematuhi jadual penghantaran yang akan diedarkan. Jangan buatkan kami (guru-guru Geografi) menderita jiwa dan raga tertunggu-tunggu anda menghantar kerja kursus. Kalau terlebih rajin dan tidak sabar untuk dapatkan soalan kerja kursus klik SINI


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.