RSS

Selasa, 19 Februari 2013

KAUNTER PERTANYAAN

Hari tu ada yang komen "kotak tempat menjerit" tu tak cukup besar untuk bertanya dan "membebel". Jadi ruangan ni khas untuk anda semua meluahkan apa yang terbuku di hati ( Sila taip di ruangan komen bagi post ini ). Tapi perlu diingatkan ruangan ni bukan untuk mereka yang "meroyan". Oleh itu,sila jaga bahasa anda.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 7 Februari 2013

Contoh Kerja Kursus Geografi 2013 (aspek 1-7)

Kepada pelajarku, hapuskan senyuman di bibir kalian kerana ANDA DILARANG SAMA SEKALI hantar kerja kursus ini kepada tuan empunya. Tak faham lagi? DILARANG SALIN 100% - BINDING-HANTAR (siap buat muka suci lagi tu masa menghantar) dengan cikgu. Lagipun rasa "kurang bijak" pula periksa kerja kursus yang dibuat oleh diriku sendiri. Perlu diingatkan, cikgu adalah Guru Geografi dan jangan pertikaikan grammar cikgu yang lintang pukang. Lagipun aspek 1-7 ini dibuat semasa cikgu tengah melayan cerita Ninja Warrior (ayat cover sebab karangan Bahasa Melayu teruk).

p/s perlu diingatkan cikgu upload contoh ni adalah untuk dijadikan panduan dan bukan mencari publisiti murahan untuk disalah gunakan.Ok, cikgu PERASAN SIBUK. Jadi jika ada apa2 sila pm ke page FB SANTAI GEOGRAFI yang baru dibuat.

p/ss Bah, apa lagi? x pandai copy paste? mari cikgu ajar. tekan Ctrl A lepas tu............ ambil pen dan salin isi penting.ha3, akhirnya kaedah tradisional telah mengalahkan kepandaian anak muridku
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 6 Februari 2013

Kerja Kursus Sejarah 2013

Untuk pelajar tingkatan tiga (khasnya pelajar SMKPKBII) klik SINI untuk Soalan Kerja Kursus Sejarah 2013. Minta tunjuk ajar dari guru sejarah sekolah masing-masing ya. (Pelajar SMKPKBII sila minta tunjuk ajarku sifu dengan Puan Naimah Lamsin). Jangan tanya guru geografi pula kerana diriku "rabun sejarah".
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 3 Februari 2013

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2013

Pelajar tingkatan tiga khasnya pelajar SMK Pekan Kota Belud II, seawal minggu depan soalan kerja kursus bagi tahun 2013 akan diedarkan. Pastikan anda mematuhi jadual penghantaran yang akan diedarkan. Jangan buatkan kami (guru-guru Geografi) menderita jiwa dan raga tertunggu-tunggu anda menghantar kerja kursus. Kalau terlebih rajin dan tidak sabar untuk dapatkan soalan kerja kursus klik SINI


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 18 Disember 2012

Keputusan PMR 2012




Esok (19 Disember 2012) keputusan PMR akan diumumkan. Dag! Dig! Dung! bunyi degupan jantung. Heloooo,bukan jantung pelajar saja tau. Kami guru yang mengajar ni berdebar juga tau. Kenapa?

1. Naik ka kuantiti lulus?
2. Kualiti yang lulus tu macam mana pula?
3. Dapat ka pelajar "tangkap" apa yang diajar oleh guru?
4. Aku ni pandai ka tidak mengajar? ka selama ni syok sendiri?
5. Apa mau dicakap nanti waktu post moterm?

Cuma akhir-akhir ini debaran tu sudah tidak seperti dulu. Entah kenapa. Adakah aku pasrah? Atau motivasi mengajarku sebenarnya makin menjunam? OH TIDAK!

p/s : pelajar SMKPKBII, Sijil PBS Geografi anda akan diserahkan buka sekolah nanti ya.
p/s lg : cikgu x mau nampak muka warna merah tu esok (pesanan kepada diri sendiri)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 28 November 2012

Tabahkah Aku?

Tahun Baru bagi umat Islam sudah berlalu. Banyak perkara tahun lepas yang membuatkan aku berfikir sejenak, tabahkan aku? Disaat anak saudaraku (abang sepupu paling disayangi oleh harith) terbakar dan menerima rawatan di hospital lebih dua bulan,seluruh keluargaku berendam air mata. Ketika itu baru aku tahu, betapa pentingnya semangat kekeluargaan itu. Aku sendiri perlu tabah disaat keluargaku bercucuran air mata tiap kali anak saudaraku meraung saat lukanya dicuci (padahal dirumah,basah bantal oleh air mata dan hingusku,uwekkk). Rasanya itulah ujian paling besar untuk keluargaku. Alhamdulilah, dengan Pengasih dan PenyayangNYA, akhirnya anak saudaraku kini sudah sihat malah mampu untuk berlari (walaupun tidak seperti sebelumnya). Rasanya aku bukanlah manusia yang tabah tetapi apabila aku melihat mereka disekelilingku menjadi lemah, aku perlu tabah.

Berposing bersama harith (sebelum)




Peace (selepas)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 5 Oktober 2012

Aku Merestuinya


Untuk anak didikku, maaf sebab tidak hadir ke dewan untuk Majlis Restu Ilmu pagi tadi sebab kena menjaga kelas peperiksaan. Semoga kalian akan dapat menjawab soalan dengan baik semasa PMR minggu depan. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan sememangnya direstui dan dihalalkan olehku. Jangan lupa berdoa kepadaNya setelah anda berusaha
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 26 Ogos 2012

Sedar Diri

Pelajar 3 Jujur, 3 Ukhuwah dan 3 Adil, aku sedar diriku tidak secomel artis pujaanmu tapi kau juga perlu sedar PMR MAKIN MENGHAMPIRIMU. Mulai minggu depan kita akan mula menjawab dan membincangkan soalan percubaan dari negeri-negeri lain. Sudah-sudah la makan kuih makmur tu,nanti cirit birit tak dapat jawab dengan tenang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.