Khamis, 30 Disember 2010
Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010
Bagi pelajarku lepasan PMR 2010,hayatilah
Jika pondokmu terbakar
Seseorang yang selamat daripada bot karam terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Tiada tempat perlindungan langsung tapi ada bahan-bahan yang membolehkan dia membuat sebuah pondok kecil untuk jadi tempat berlindung dari panas dan hujan.
Setiap hari dia mendongak ke langit dan memandang jauh ke tengah laut mengharapkan bantuan tetapi tiada nampak bayang pun. Dia sentiasa memohon kepada Tuhan untuk keselamatannya dan meminta supaya ada orang yang menjumpainya.
Satu hari ribut petir berlaku sehingga pondok kesayangannya disambar petir sehingga terbakar. Dia sangat kecewa dan mula kecewa dengan Tuhan yang kononnya tidak adil.
Tetapi tidak lama kemudian sebuah kapal terbang berlegar-legar di udara dan turun menyelamatkannya.
Apabila ditanya kepada pilot kapal terbang, bagaimana mereka mula menjumpainya.. pilot tersebut mengatakan mereka nampak kepulan asap daripada kebakaran pondok tadi.
Moral:
Kita seringkali merasa mudah sekali untuk menyerah dan meyalahkan takdir ketika keadaan yang tidak dingini berlaku kepada kita. Tetapi kita tidak boleh begitu, kerana Tuhan ada di dalam hidup kita ketika kita dalam kesakitan dan kesusahan.
Ingatlah, ketika “pondok” kita terbakar, mungkin itu ‘tanda asap’ bagi kuasa Tuhan. Ketika ada kejadian negatif terjadi, kita harus berkata pada diri kita sendiri bahawa Tuhan pasti mempunyai hikmah dan jawapan yang positif untuk kejadian tersebut.
Khamis, 23 Disember 2010
Sedih, Malu atau Putus Asa?Mari Baca Coretan Ini
Dilenyek,ditumbuk,dibakar sehingga cantik!
Sepasang suami-isteri dari JB hendak membeli tembikar di kedai cendermata di Perak untuk dibuat buah tangan kepada kawan-kawan. Kemudian mata mereka tertumpu kepada sebuah tembikar yang cantik. “Yang tu cantik bang” kata isterinya kepada suaminya. “Yap memang betul, yang ini yang tercantik dalam kedai ni.” ujar suaminya.
Semasa mereka membelek-belek, tiba-tiba tembikar tersebut bersuara “Terima kasih kerana memberi perhatian….
Untuk pengetahuan tuan-puan dulu saya tak cantik langsung. Sebelum menjadi tembikar yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna.
Namun suatu hari ada seseorang yang tangannya yang kotor, melemparkan aku ke sebuah benda yang berpusing.
Kemudian dia memutar-mutarkan aku hingga aku menjadi pening. Stop ! Stop ! Aku menjerit, tetapi orang itu berkata “belum !” lalu dia mula melenyek dan menumbuk aku berulang-ulang kali. Stop! Stop ! aku menjerit lagi. Tapi orang ini masih saja menumbukku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih teruk lagi dia memasukkan aku ke dalam tempat pembakaran yang panas. Panas ! Panas ! Aku menjerit semakin kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata “belum !”
Akhirnya ia mengangkat aku dari tempat yang panas itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku ingatkan, selesailah penderitaanku. Tetapi rupanya belum, setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dan dia mewarnakan aku. Asapnya begitu busuk dan melemaskan. Stop ! Stop ! Aku berteriak.
Wanita itu berkata “belum !” Lalu ia memberikan aku kepada seorang pemuda dan ia memasukkan aku lagi ke tempat pembakaran yang lebih panas dari tadi! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku menjerit sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan jeritanku. Dia terus membakarku. Setelah puas “menyiksaku” kini aku dibiarkan sejuk.
Setelah aku betul-betul sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan meletakkan aku dalam almari kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah tembikar yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi hilang tatkala aku melihat diri aku.
Sahabat, dalam kehidupan ini adakalanya kita seperti disuruh berlari, ada kalanya kita seperti dihimpit masalah-masalah kehidupan. Tapi sedarkah kita bahawa pengalaman-pengalaman dilenyek,ditumbuk,dibakar tadi kemungkinan merupakan cara Allah untuk membuat kita kuat. Hingga cita-cita kita tercapai.
Memang pada semasa itu amat memedih dan menyiksakan. Sakit, penuh penderitaan, dan banyak peluh dan air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaan.
“Sahabat, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan, apabila kamu jatuh ke dalam berbagai cobaan, sebab anda tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan kekuatan. Dan biarkanlah kekekuatan dan ketekunan itu menjadi semakin matang supaya anda menjadi sempurna dan kuat dan semakin sedikit kekurangan.”
Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan putus asa, kecil hati dan sebagainya kerana akhir dari apa yang sedang anda hadapi adalah kenyataan bahawa anda lebih baik, dan makin cantik dalam kehidupan ini.
kredit kepada http://www.isuhangat.net/
Keputusan PMR 2010
Lebih kurang jam 9.40 pagi mula mengasingkan slip keputusan sambil memerhati keputusan untuk mata pelajaran geografi.
Mula rasa ada yang tidak kena,tapi berusaha untuk mententeramkan diri namun akhirnya ketakutan itu ada asasnya.
Keputusan untuk mata pelajaran geografi menurun lagi.
Tidak apalah, tahun depan perlu kerja keras lagi. Bagi pelajar-pelajarku dan untuk diriku sendiri ingatlah " Kita Bukan Gagal Tetapi Belum Berjaya".
Semoga tahun hadapan, usaha yang berterusan akan membuahkan hasil.
Kepada pelajar-pelajarku, gunakanlah sumber yang ada di sekelilingmu itu untuk meningkatkan pengetahuanmu. Kemudahan internet bukan sekadar untuk ber'facebook' sahaja.
Sabtu, 11 Disember 2010
Ujian otak kanan dan otak kiri

Otak Kanan – Kreatif ,konseptual,inovasi,gambar,warna,muzik,irama,melodi
Otak Kiri : Matematik, Logik, Sistematik,Analisa, Membaca
OTAK KANAN : Berusaha mengucapkan WARNA
OTAK KIRI : Berusaha mengucapkan TULISAN.
link: http://www.isuhangat.net/


Rancang Hidupmu Sebaiknya
Takwim Sekolah 2011
Kalendar Persekolahan Tahun 2011
Kumpulan A | ||||
Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
I | Hari Persekolahan | 02.01.2011 | 31.01.2011 | 22 |
Hari Persekolahan | 01.02.2011 | 28.02.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.03.2011 | 10.03.2011 | 8 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 11.03.2011 | 19.03.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 20.03.2011 | 31.03.2011 | 10 | |
Hari Persekolahan | 01.04.2011 | 30.04.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.05.2011 | 26.05.2011 | 20 | |
Cuti Pertengahan Tahun | 27.05.2011 | 11.06.2011 | 16 | |
II | Hari Persekolahan | 12.06.2011 | 30.06.2011 | 15 |
Hari Persekolahan | 01.07.2011 | 31.07.2011 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.08.2011 | 25.08.2011 | 19 | |
Cuti Pertengahan Penggal ke II | 26.08.2011 | 03.09.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 04.09.2011 | 30.09.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.10.2011 | 31.10.2011 | 22 | |
Hari Persekolahan | 01.11.2011 | 17.11.2011 | 13 | |
Cuti Akhir Tahun | 18.11.2011 | 31.12.2011 | 44 | |
Jumlah | 288 | |||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 |
Kumpulan B | ||||
Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
I | Hari Persekolahan | 03.01.2011 | 31.01.2011 | 21 |
Hari Persekolahan | 01.02.2011 | 28.02.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.03.2011 | 11.03.2011 | 9 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 12.03.2011 | 20.03.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 21.03.2011 | 31.03.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 01.04.2011 | 30.04.2011 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.05.2011 | 27.05.2011 | 20 | |
Cuti Pertengahan Tahun | 28.05.2011 | 12.06.2011 | 16 | |
II | Hari Persekolahan | 13.06.2011 | 30.06.2011 | 14 |
Hari Persekolahan | 01.07.2011 | 31.07.2011 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.08.2011 | 26.08.2011 | 20 | |
Cuti Pertengahan Penggal ke II | 27.08.2011 | 04.09.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 05.09.2011 | 30.09.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.10.2011 | 31.10.2011 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.11.2011 | 18.11.2011 | 14 | |
Cuti Akhir Tahun | 19.11.2011 | 01.01.2012 | 44 | |
Jumlah | 288 | |||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 |
Kumpulan A | Kumpulan B |
|
|
|
|
Sabtu, 27 November 2010
sedang siapkan bahan p&p
Sabtu, 20 November 2010
berfikir seketika
Khamis, 18 November 2010
cubaan 1,2,3...

Serabutnya...mati la kalau mau hafal semua ni. Mungkin ini antara yang bermain dalam fikiran pelajar setiap kali nampak peta. Mungkin ada juga yang fobia dengan peta. Saya bukan minta pelajar-pelajar hafal semua ini dengan serta merta (kalau dapat hafal bagus la). Untuk tahap sekarang,yang paling penting adalah kita dahulukan mana yang penting,hehe... Ingat! cikgu bukan minta kamu semua untuk melompat terus ke atas (sebab kamu bukannya katak) tetapi cikgu akan berusaha untuk membimbing kamu semua langkah demi langkah selagi termampu. Tapi yang penting,usaha daripada sebelah pihak sahaja tidak akan memberikan apa-apa kesan.