Sabtu, 27 November 2010
sedang siapkan bahan p&p
Entah siap atau tidak ni. Kalau siap,boleh upload supaya pelajar dapat download sendiri.selain untuk ajar mereka aplikasikan teknologi kepada benda yang berfaedah,dengan cara ini mereka akan lebih menghargai benda yang mereka print guna bajet ibubapa sendiri. harap-harap siap sebelum habis cuti sekolah. Susah juga terpaksa cover peta untuk tingkatan 1,2 dan 3 ni. Adui.....
Sabtu, 20 November 2010
berfikir seketika
bagaimana ombak terjadi? benda yang seolah-olah dianggap begitu mudah (bagi sesetangah orang) sehingga mereka tidak terfikir untuk memikirkannya.haha...
Khamis, 18 November 2010
cubaan 1,2,3...

Serabutnya...mati la kalau mau hafal semua ni. Mungkin ini antara yang bermain dalam fikiran pelajar setiap kali nampak peta. Mungkin ada juga yang fobia dengan peta. Saya bukan minta pelajar-pelajar hafal semua ini dengan serta merta (kalau dapat hafal bagus la). Untuk tahap sekarang,yang paling penting adalah kita dahulukan mana yang penting,hehe... Ingat! cikgu bukan minta kamu semua untuk melompat terus ke atas (sebab kamu bukannya katak) tetapi cikgu akan berusaha untuk membimbing kamu semua langkah demi langkah selagi termampu. Tapi yang penting,usaha daripada sebelah pihak sahaja tidak akan memberikan apa-apa kesan.
Rabu, 10 November 2010
blog ini tidak memudaratkan (harapannya)
selain tidak memudaratkan,blog ini juga tidak semestinya mampu memenuhi citarasa semua manusia yang suka melayari internet. Pemilik blog tidak mahu menjanjikan lebih daripada sebuah blog yang mungkin ada masanya tidak diupdate berhari-hari,berminggu-minggu,berbulan-bulan dan harapnya tidaklah hingga bertahun-tahun hingga menjadi tukun berlumut. Dalam erti kata lain,tidak ada paksaan untuk membaca blog ini. Sebarang perkongsian ilmu dari pembaca (jika ada) amat dialu-alukan.terima kasih
Langgan:
Catatan (Atom)