Rabu, 27 April 2011
Kunds Atau Kundis? Yang penting bukan KUDIS
Gambar di atas bukannya kubur tau. Itulah Kunds ataupun Kundis yang dipelajari dalam tingkatan 1. Biasanya Kunds ataupun Kundis terdapat di kawasan gurun seperti Gurun Thar. Kalau di Malaysia ada perigi, di kawasan panas seperti ini pula ada Kunds ataupun Kundis.
Satu cara menyimpan air di Gurun Thar adalah dengan membina kund. Bentuk kunds atau kundis adalah seperti sebiji cawan yang diletakkan di atas piring. Tujuannya adalah untuk menyimpan air hujan di Gurun Thar dan sebahagian kawasan Gujerat. Bentuknya seperti cawan membolehkan air hujan mengalir ke bahagian tengah perigi. Bahagian atas perigi ditutupi dengan jala wayar untuk mengelakkan pasir dan batuan kecil terjatuh ke dalam air. Bahagian tepi perigi pula disapu dengan batu kapur dan abu. Kebanyakan kunds atau kundis ditutup rapi untuk mengelakkan sejatan. Air akan dikeluarkan dengan menggunakan baldi yang diikat dengan tali diturunkan dari atas. Bukan semua orang mampu memilikinya. Hanya mereka yang kaya dan memiliki tanah mampu membina kunds atau kundis. Bagi orang yang miskin pula, mereka menggunakan kunds atau kundis yang dibina untuk orang awam.
Ingat Kunds Atau Kundis tidak ada kaitan KUDIS. Kudis itu ada di badan,tapi masih boleh diubati.cuma kadang-kadang kalau hati disakiti,walaupun orang itu sudah meminta maaf, tapi hati yang dilukai itu masih ada lagi sisa terluka @ KUDIS yang tidak dapat diubati. Bak kata Karam Singh Walia di TV3, Rumah terbakar panggil bomba, hati terbakar siapa yang tahu.hahaha...
p/s perenggan terakhir tu pula tidak ada kaitan dengan Kunds atau Kundis. Tapi ada kaitan dengan KUDIS :p
Isnin, 18 April 2011
Peribahasa Jepun
1 Nanakorobi yaoki
Terjemahan : Jatuh tujuh kali tapi bangun lapan kali
Maksud : Apabila kita mengalami kegagalan,janganlah putus asa, terus berusaha sehingga berjaya
2.Jaku niku kyō shoku
Terjemahan : Yang lemah adalah makanan kepada yang kuat.
Maksud :Siapa yang kuat akan berjaya dalam persaingan.
3.Hayaoki wa sanmon no toku
Terjemahan :Burung yang keluar sarang awal-awal pagi akan dapat ulat banyak dahulu
Maksud :Siapa yang bangun awal untuk bekerja akan lebih murah rezeki
4.Narauyorinarero
Terjemahan : Rajin belajar ,cepat pandai
Maksud : Latihan akan menjadikan kita semakin cekap melakukan sesuatu kerja.
5.Kappa mo kawa nagare
Terjemahan : Orang yang pandai berenang pun boleh di hanyut sungai
Maksud : Sesiapa sahaja melakukan kesilapan
http://www.miecyber.com/
Kita Bertanya, DIA menjawab
1. Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab:
“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
2. Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
3. Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
4. Kita bertanya: Kenapa mesti frust?
Quran menjawab:
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)
5. Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab:
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)
6. Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab:
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)
7. Kita berkata: Aku tak tahan!!!
Quran menjawab:
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)
8. Kita berkata: Sampai bila aku merana begini?
Quran menjawab:
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)
Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)
Al-Quran telah memberi banyak petunjuk kepada kita...moga kita sentiasa merujuk kepada kitab yang telah diturunkan kepada junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w....
Khamis, 7 April 2011
BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA
1. Senarai di bawah menunjukkan bentuk muka bumi di kawasan pinggir laut.
I beting pasir
II gerbang laut
III batu tunggul
IV anak tanjung
Bentuk muka bumi manakah terbentuk akibat proses hakisan ombak?
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
2. Proses hakisan sungai yang berterusan pada likuan terpenggal akan membentuk
A. delta
B. jeram
C. tetambak
D. tasik ladam
3 Senarai di bawah menunjukkan bentuk muka bumi di kawasan sungai.
I. air terjun
II. likuan sungai
III. tetambak
IV. jeram
Bentuk muka bumi manakah terbentuk di kawasan hulu sungai?
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Lingkaran Api Pasifik
4. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kawasan yang dinyatakan di atas?
A. Taufan di Filipina
B. Gunung berapi di Indonesia
C. Banjir di Indonesia
D. Kemarau di Mexico
5. Antara berikut pasangan yang manakah benar tentang fungsi sungai?
Sungai | Fungsi sungai | |
I | Sungai Endau | Pengangkutan |
II | Sungai Bernam | Sempadan negari |
III | Sungai Padas | Empangan hiroelektrik |
IV | Sungai Kerian | Menghanyut kayu balak |
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
6. Sungai di Semenanjung Malaysia penting kerana berperanan sebagai
I. sumber pengairan
II. jalan pengangkutan
III. kawasan pelombongan
IV. sumber air untuk kegunaan harian
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
7. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan penerokaan di kawasan tanah tinggi?
I. Hakisan
II. Banjir kilat
III. Pemendapan
IV. Tanah runtuh
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
· Tanah Tinggi Cameron
· Pergunungan Alps Switzerland
8. Kedua-dua tempat di atas mempunyai persamaan kepentingan sebagai kawasan
A. pembalakan
B. pelancongan
C. pindah ternak
D. tanaman hawa sederhana
· Bercerun curam
· Menghadap laut
· Terdapat rumah api
9. Maklumat di atas merujuk kepada
A. tebing tinggi
B. gerbang laut
C. pentas benua
D. tunggul sisa
JAWAPANKU UNTUKMU
ckgu suda hantar ka folio pencemaran 2
JAWAPAN: siapa yang perlu hantar folio pencemaran ni?cikgu ka pelajar?binggung dah cikgu kamu ni.he3...nda juga aku marah (trademark pelajar SMKPKBII skrg)
SOALAN:budak setan
ckgu suda hantar folio kerja kursus 2
JAWAPAN: Lain kali letak nick yang sedap sikit.cikgu tak rela berkomunikasi dengan setan ni (seram la) kenapa soalan ni sama macam soalan budak 3 hikmah? Cikgu yang hantar @ pelajar?
Kerja kursus tu memang tarikh hantar sepatutnya berakhir 31 Mac (penghantaran kedua) tapi cikgu bagi tempoh hingga esok lagi (8 April). sebelum ni pun sudah tampal dalam kelas jadual penghantaran dan apa aspek yang perlu disiapkan.
NEXT!!!!!!! (suara versi nyaring macam dalam kelas) ADA SOALAN?
budak setan
ha3 ckgu susa betul soalan dalam blog ckgu ni mcm soalan pmr la pulak sakit otak aku cari jawapan soalan 2 hu
JAWAPAN: mana ada susah.Ini mesti tak baca buku form 1. Cuba, Try, Test dulu ba.Jangan mengalah sebelum berjuang. Rujuk dulu buku tu.
p/s tukar la nama tu jadi BUDAK BAIK ka. Kan kata-kata tu satu doa :)
Selasa, 5 April 2011
Jom Ke Iceland!
Tenaga geoterma ini terdapat di kawasan gunung berapi, mata air panas dan geiser (fenomena pancutan air panas yang memancut beratus-ratus kaki ke udara). Biasanya fenomena ini wujud dikawasan gunung berapi seperti Yellowstone dan Iceland. Di Iceland, geiser dimanfaatkan dengan menjana stesen janakuasa elektrik. Walau apapun, fenomena ini meninggalkan satu pemandangan yang indah untuk ditatapi.. Lihat beberapa gambar tentang geiser di kawasan selain Iceland dan Yellowstone di bawah
Beehive Geyser, Yellowstone
Castle Geyser, Yellowstone
Great Fountain Geyser
Haukadalur (Falcon Valley) in southern Iceland
Midway Geyser Basin
Prince of Charles Geyser, New zealand
Soda Springs, Idaho
Sol de Mañana Geyser, Bolivia
Turban Geyser
Yellowstone
Yellowstone – White Dome Geyser
Great Geyser Iceland
Cantik kan? Jom ke Iceland! (Dalam mimpi)
Isnin, 4 April 2011
Biarkan Aku Tersenyum
Kalaulah muka hari ni boleh ditukar versi kartun, mungkin macam ini la muka cikgu sekarang ni (tapi masih larat lagi jenguk blog)
Balik dari sekolah dan berehat kurang dari 20minit terus buka laptop dan siapkan nota untuk pelajar tingkatan dua. Bukan mahu tunjuk rajin, tapi rasanya tahun ini rasa perit sangat mengajar sebab ramai pelajar yang seolah-olah tidak tahu sikitpun apa yang pernah dipelajari oleh mereka tahun sebelum ini. Untuk tidak menyakitkan hati,cikgu anggaplah pelajar2 yang berperangai UNIK ini menghadapi masalah semasa cuti tahun lepas. Senang cakap, kepala mereka terhantuk sehinggakan mereka melupaka fakta yang pernah dipelajari sebelum ini.
Mahu cakap subjek Geografi ini susah, rasanya tidak juga. Cikgu pun pernah bergelar pelajar sebelum ini. Rasanya yang membezakan hanyalah USAHA. Mungkin satu lagi disebabkan waktu cikgu belajar dahulu, tidak banyak elemen yang menyebabkan cikgu hilang fokus (facebook,SMS dll). Ada pelajar yang resah sekiranya tidak dapat buka dan update status di facebook dalam sehari.tapi tidak resah sekiranya tidak membuka buku dan membuat perkara berfaedah dalam sehari.
Bukan niat mahu membebel, tapi sudah penat menasihati di dalam kelas. Seolah-olah pelajar sekarang sudah imun dengan nasihat dan apa yang disampaikan itu tidak lagi berkesan kepada mereka. Kadang kala perlu juga diluahkan dengan cara lain supaya mereka yang terbaca dan tergolong dalam imun nasihat ini sedar dengan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Persoalannya, golongan UNIK itu ada masa untuk buka blog inikah? Atau mereka sibuk dengan facebook,SMS dll itu?
Harapnya mereka sedar awal agar orang yang mengharapkan kejayaan mereka dapat tersenyum sepertimana fenomena MATAHARI SENYUM di bawah
Pada tahun 2008, dunia digemparkan dengan fenomena indah ‘bulan tersenyum’ yang indah di langit. Pada pagi yang Jumaat, semasa menyambut datangnya musim panas, matahari terbit dengan menampakkan dirinya lain dari yang lain. Sang mentari tersebut dilihat seperti sedang ‘tersenyum’.
Menurut Daily Mail,fenomena alam ini terjadi di satu tempat yang tidak disebutkan namanya di Eropah. Namun, yang pasti gambar matahari dengan wajah ‘tersenyum’ itu diposkan oleh reddit beberapa hari lalu di dunia cyber.
Jika diperhatikan, gumpalan awan di pagi hari itu sebagian menutupi bahagian atas dan bahagian lainnya pada matahari. Awanlah yang membentuk dua mata dan senyuman lebar matahari tersebut.
Gambar di bawah ini pula gambar fenomena matahari tersenyum di tempat yang lain pula.