Sabtu, 8 Januari 2011

Mari Menoleh Ke Belakang

Selalunya kita terbiasa dengan kata-kata "jangan menoleh ke belakang a.k.a Jangan Pandang Belakang Congkak",haha... Tapi dalam belajar,kita perlu berpaling ke belakang bermaksud ( ulangkaji topik tingkatan 1 dan 2 ) kerana soalan yang dihadapi untuk PMR nanti adalah daripada tingkatan 1, 2 dan 3. Oleh itu, sekiranya ada apa-apa kemuskyilan daripada topik lepas khususnya kepada pelajar tingkatan 2 dan 3 yang mengikuti blog ini,anda boleh nyatakan di sini. Lebih baik sekiranya anda nyatakan kelas anda ( sekiranya bersekolah di tempat cikgu mengajar ) agar senang untuk diterangkan di dalam kelas sekiranya tidak berkesempatan untuk dipost dalam blog ini.

p/s penat baru balik dari cari printer yang murah sebab printer yang satu telah 'dibaiki' dengan jayanya oleh harith sewaktu cuti.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 4 Januari 2011

Jadi Orang Luar Biasa

Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu kepada ibunya kerana sebutir pasir yang tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembut.

“Anakku…”kata ibunya sambil bercucuran air mata..

“Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tanganpun, sehingga ibu tak mampu menolongmu. Aku tahu anakku, ia sangat sakit, tetapi terimalah itu sebagai takdir alam.”

” Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan pedih yang menggigit.Hanya itu yang boleh kau buat..” kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun melakukan nasihat ibunya.

Ia berhasil, tetapi rasa sakit bukan kepalang. Kadang-kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya.

Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya.

Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa biasa. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, berkilat dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.

Penderitaannya berubah menjadi mutiara air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahawa penderitaan adalah satu lorong untuk menjadikan “kerang biasa” menjadi “kerang luar biasa”.

Kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah “orang biasa” menjadi “orang luar biasa”. Itulah yang terjadi pada orang-orang seperti Abraham Lincoln, Nelson Mandela, Mahatma Gandhi dan Kim Dae Jung.

Jadi jika anda sedang menderita hari ini walau apa pun sebabnya, saya sarankan:

Bersedialah menjadi “orang luar biasa.”


from www.isuhangat.net.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 30 Disember 2010

Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010

Geografi yang di sekolah menengah biasanya terbahagi kepada geografi fizikal dan manusia. Dalam tingkatan dua, pelajar-pelajar akan mempelajari isu kependudukan. Klik sini untuk melihat hasil laporan Banci 2010. Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata bahawa jumlah perempuan di Malaysia lebih ramai berbanding jumlah lelaki. Hasilnya, lihatlah sendiri....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bagi pelajarku lepasan PMR 2010,hayatilah

Jika pondokmu terbakar

Seseorang yang selamat daripada bot karam terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Tiada tempat perlindungan langsung tapi ada bahan-bahan yang membolehkan dia membuat sebuah pondok kecil untuk jadi tempat berlindung dari panas dan hujan.

Setiap hari dia mendongak ke langit dan memandang jauh ke tengah laut mengharapkan bantuan tetapi tiada nampak bayang pun. Dia sentiasa memohon kepada Tuhan untuk keselamatannya dan meminta supaya ada orang yang menjumpainya.


Satu hari ribut petir berlaku sehingga pondok kesayangannya disambar petir sehingga terbakar. Dia sangat kecewa dan mula kecewa dengan Tuhan yang kononnya tidak adil.

Tetapi tidak lama kemudian sebuah kapal terbang berlegar-legar di udara dan turun menyelamatkannya.

Apabila ditanya kepada pilot kapal terbang, bagaimana mereka mula menjumpainya.. pilot tersebut mengatakan mereka nampak kepulan asap daripada kebakaran pondok tadi.

Moral:

Kita seringkali merasa mudah sekali untuk menyerah dan meyalahkan takdir ketika keadaan yang tidak dingini berlaku kepada kita. Tetapi kita tidak boleh begitu, kerana Tuhan ada di dalam hidup kita ketika kita dalam kesakitan dan kesusahan.

Ingatlah, ketika “pondok” kita terbakar, mungkin itu ‘tanda asap’ bagi kuasa Tuhan. Ketika ada kejadian negatif terjadi, kita harus berkata pada diri kita sendiri bahawa Tuhan pasti mempunyai hikmah dan jawapan yang positif untuk kejadian tersebut.



thanks www.isuhangat.net.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 23 Disember 2010

Sedih, Malu atau Putus Asa?Mari Baca Coretan Ini

keputusan PMR baru diumumkan. Bagi anak-anak muridku yang mendapat A terutamanya untuk mata pelajaran Geo (Jo (7A 1B), Hage (8A), Liew (7A) dan ramai lagi) tahniah diucapkan. Bagi yang belum berjaya (bukan gagal), cerita ini khas untuk kamu semua


Dilenyek,ditumbuk,dibakar sehingga cantik!

Sepasang suami-isteri dari JB hendak membeli tembikar di kedai cendermata di Perak untuk dibuat buah tangan kepada kawan-kawan. Kemudian mata mereka tertumpu kepada sebuah tembikar yang cantik. “Yang tu cantik bang” kata isterinya kepada suaminya. “Yap memang betul, yang ini yang tercantik dalam kedai ni.” ujar suaminya.

Semasa mereka membelek-belek, tiba-tiba tembikar tersebut bersuara “Terima kasih kerana memberi perhatian….


Untuk pengetahuan tuan-puan dulu saya tak cantik langsung. Sebelum menjadi tembikar yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna.

Namun suatu hari ada seseorang yang tangannya yang kotor, melemparkan aku ke sebuah benda yang berpusing.

Kemudian dia memutar-mutarkan aku hingga aku menjadi pening. Stop ! Stop ! Aku menjerit, tetapi orang itu berkata “belum !” lalu dia mula melenyek dan menumbuk aku berulang-ulang kali. Stop! Stop ! aku menjerit lagi. Tapi orang ini masih saja menumbukku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih teruk lagi dia memasukkan aku ke dalam tempat pembakaran yang panas. Panas ! Panas ! Aku menjerit semakin kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata “belum !”

Akhirnya ia mengangkat aku dari tempat yang panas itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku ingatkan, selesailah penderitaanku. Tetapi rupanya belum, setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dan dia mewarnakan aku. Asapnya begitu busuk dan melemaskan. Stop ! Stop ! Aku berteriak.

Wanita itu berkata “belum !” Lalu ia memberikan aku kepada seorang pemuda dan ia memasukkan aku lagi ke tempat pembakaran yang lebih panas dari tadi! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku menjerit sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan jeritanku. Dia terus membakarku. Setelah puas “menyiksaku” kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah aku betul-betul sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan meletakkan aku dalam almari kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah tembikar yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi hilang tatkala aku melihat diri aku.

Sahabat, dalam kehidupan ini adakalanya kita seperti disuruh berlari, ada kalanya kita seperti dihimpit masalah-masalah kehidupan. Tapi sedarkah kita bahawa pengalaman-pengalaman dilenyek,ditumbuk,dibakar tadi kemungkinan merupakan cara Allah untuk membuat kita kuat. Hingga cita-cita kita tercapai.

Memang pada semasa itu amat memedih dan menyiksakan. Sakit, penuh penderitaan, dan banyak peluh dan air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaan.

“Sahabat, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan, apabila kamu jatuh ke dalam berbagai cobaan, sebab anda tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan kekuatan. Dan biarkanlah kekekuatan dan ketekunan itu menjadi semakin matang supaya anda menjadi sempurna dan kuat dan semakin sedikit kekurangan.”

Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan putus asa, kecil hati dan sebagainya kerana akhir dari apa yang sedang anda hadapi adalah kenyataan bahawa anda lebih baik, dan makin cantik dalam kehidupan ini.


kredit kepada http://www.isuhangat.net/

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Keputusan PMR 2010

Sebelum jam 9.00 pagi sudah ada di sekolah. Berdebar-debar menunggu slip keputusan pelajar.
Lebih kurang jam 9.40 pagi mula mengasingkan slip keputusan sambil memerhati keputusan untuk mata pelajaran geografi.
Mula rasa ada yang tidak kena,tapi berusaha untuk mententeramkan diri namun akhirnya ketakutan itu ada asasnya.
Keputusan untuk mata pelajaran geografi menurun lagi.
Tidak apalah, tahun depan perlu kerja keras lagi. Bagi pelajar-pelajarku dan untuk diriku sendiri ingatlah " Kita Bukan Gagal Tetapi Belum Berjaya".
Semoga tahun hadapan, usaha yang berterusan akan membuahkan hasil.

Kepada pelajar-pelajarku, gunakanlah sumber yang ada di sekelilingmu itu untuk meningkatkan pengetahuanmu. Kemudahan internet bukan sekadar untuk ber'facebook' sahaja.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 11 Disember 2010

Ujian otak kanan dan otak kiri

Waktu cuti ni, otak pelajar-pelajar mesti sedang rileks memanjang. Jadi, apa kata kita buat sedikit ujian ini. Jangan sia-siakan apa yang Dia kurniakan, nanti terlalu manjakan otak tu sampai terlupa dan tidak dapat berfikir pula bagaimana cara untuk bernafas. haha...


Otak Kanan – Kreatif ,konseptual,inovasi,gambar,warna,muzik,irama,melodi

Otak Kiri : Matematik, Logik, Sistematik,Analisa, Membaca


OTAK KANAN : Berusaha mengucapkan WARNA
OTAK KIRI : Berusaha mengucapkan TULISAN.


link: http://www.isuhangat.net/



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rancang Hidupmu Sebaiknya

Tahun baru (mengikut kalendar Islam) telah dilalui beberapa hari sudah. Apapun yang terjadi pada tahun sebelum ini, semoga menjadi kenangan terbaik buat kita semua. Walaupun esok tidak menjanjikan kebahagiaan,kita perlu berusaha dan berdoa agar kita sentiasa dilindungiNya. Ini kalendar untuk tahun 2011. Mana la tahu ada yang ingin melangsungkan perkahwinan (untuk yang berkenaan sahaja,pelajar-pelajar jangan la merancang tentang hal ni dahulu). Layan........


Takwim Sekolah 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kumpulan A

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

02.01.2011

31.01.2011

22

Hari Persekolahan

01.02.2011

28.02.2011

20

Hari Persekolahan

01.03.2011

10.03.2011

8

Cuti Pertengahan Penggal

11.03.2011

19.03.2011

9

Hari Persekolahan

20.03.2011

31.03.2011

10

Hari Persekolahan

01.04.2011

30.04.2011

20

Hari Persekolahan

01.05.2011

26.05.2011

20

Cuti Pertengahan Tahun

27.05.2011

11.06.2011

16





II

Hari Persekolahan

12.06.2011

30.06.2011

15

Hari Persekolahan

01.07.2011

31.07.2011

21

Hari Persekolahan

01.08.2011

25.08.2011

19

Cuti Pertengahan Penggal ke II

26.08.2011

03.09.2011

9

Hari Persekolahan

04.09.2011

30.09.2011

20

Hari Persekolahan

01.10.2011

31.10.2011

22

Hari Persekolahan

01.11.2011

17.11.2011

13





Cuti Akhir Tahun

18.11.2011

31.12.2011

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan B

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

03.01.2011

31.01.2011

21

Hari Persekolahan

01.02.2011

28.02.2011

20

Hari Persekolahan

01.03.2011

11.03.2011

9

Cuti Pertengahan Penggal

12.03.2011

20.03.2011

9

Hari Persekolahan

21.03.2011

31.03.2011

9

Hari Persekolahan

01.04.2011

30.04.2011

21

Hari Persekolahan

01.05.2011

27.05.2011

20

Cuti Pertengahan Tahun

28.05.2011

12.06.2011

16





II

Hari Persekolahan

13.06.2011

30.06.2011

14

Hari Persekolahan

01.07.2011

31.07.2011

21

Hari Persekolahan

01.08.2011

26.08.2011

20

Cuti Pertengahan Penggal ke II

27.08.2011

04.09.2011

9

Hari Persekolahan

05.09.2011

30.09.2011

20

Hari Persekolahan

01.10.2011

31.10.2011

21

Hari Persekolahan

01.11.2011

18.11.2011

14





Cuti Akhir Tahun

19.11.2011

01.01.2012

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan A

Kumpulan B


  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.