Jumaat, 14 Januari 2011

Take 1 (rehat minda)

Kisah burung

Sumardi ke kedai haiwan peliharaan Ajoi melihat-lihat burung yang dijual.

Sumardi: Joi, burung yang pandai menyanyi tu kau jual berapa?

Ajoi : RM100 jer, burung tekukur ni bunyinya merdu bai…

Sumardi: Emm mahal juga yerk..burung yang diam jer tu?

Ajoi: RM200..!

Sumardi: La.. apasal yang diam lagi mahal bro?

Ajoi: Burung ni diam jer pasal dia pencipta lagu burung yang menyanyi tu! Tu dia tengah mencipta lirik lagu baru tu..

Sumardi: ##$%^!

isuhangat.com

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 13 Januari 2011

Pelajar PMR 2011, jawab ini pula



1. Masjid berada pada kedudukan

A RG 342545

B RG 315535

C RG 345515

D RG 335555


2. Antara berikut, yang manakah rujukan grid bagi simpang tiga Kampung Rambutan?

A RG 340540

B RG 370560

C RG 385250

D RG 345515

3. Ladang getah berhampiran Kampung Durian terletak di rujukan grid

A3454

B 3153

C 3852

D 3760







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Untuk Pelajar Tingkatan 2 dan 3, Sila Jawab Kalau Berani



Cari garisan latitud yang berikut berdasarkan Rajah 8:-
1. Apakah kedudukan W di atas glob?
2. Apakah kedudukan X di atas glob?
3. Apakah kedudukan Y di atas glob?
4. Apakah kedudukan Z di atas glob?

siapa paling cepat jawab, dia belanja ah,haha...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Untuk Pelajar Tingkatan 2 dan 3, Sila Jawab Kalau Berani


kedudukan Bab 1, tingkatan Dua

Cari garisan latitud yang berikut berdasarkan rajah di atas
1. Apakah kedudukan G ?

Tutup mata pun tidak boleh jawab,kan?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 9 Januari 2011

GEOGRAFI,GOGORAFI atau JOGORAFI?

Mula-mula masuk SMKPKBII, muka masih blur lagi. Tiba-tiba 'berkenalan' dengan subjek yang tidak dipelajari semasa darjah 1 hingga 6. GEOGRAFI? apa tu? mahu belajar tentang apa ni? Ada pelajar yang eja GEOGRAFI dengan pelbagai versi contohnya GOJORAFI, JOGORAFI dan macam-macam lagi. Ceritakan pengalaman anda semasa baru mengenali subjek ini dan kenapa anda suka atau rasa subjek ini susah? jangan risau,markah tidak akan ditolak akibat luahan isi hati (hanya tentang subjek ini sahaja) anda.

p/s berapa target anda untuk peperiksaan semester pertama nanti?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apa Yang Ingin Dicapai Tahun 2011?

Menggapai impian

Semua orang mempunyai cita-cita tapi kebanyakannya tidak berjaya. Mengapa orang yang bercita-cita besar tidak maju-maju? Mengapa langkah kita tersangkut? Apa yang membuat kita gagal? Kita terus berfikir positif, terus memotivasi diri mereka tapi kita tidak kemana-mana …

Ini dia masalahnya:

1. Terlalu lama berfikir tanpa sebarang langkah ternyata tidak akan membawa kita kemana pun. Semua ada risiko, cepatlah memutuskannya, setiap keputusan pasti ada risiko dan risiko tersebut harus kita terima. Tempuhilah semua tanpa penyesalan!

Atau jadikan cita-cita kita itu hanya sekadar angan-angan kosong dan esok bersambung angan-angan tadi dan terus menjadi angan-angan yang panjang.

2. Kita mesti sedar kewujudan kita di bumi ini hanya sementara, terlalu banyak perancangan baik yang tidak tercapai hanya kerana kita tidak menetapkan timeline dalam perancangan kita. Kita terus menunda, sementara waktu terus berjalan. Beberapa kali kita terus berdalih: “Belum waktunya, harus bersabar, perancangan belum cukup, belum dapat gerak hati dari Allah”

3. Malas dan suka menunda adalah penyakit yang negatif. Kejayaan tidak datang dengan bergolek, mesti ada usaha! Apa pun silalah menunda, 5 tahun dari sekarang anda akan masih tetap sama dengan sekarang ini.

4. Kita memerlukan orang-orang yang tepat untuk maju. Kadang-kadang kita tidak boleh menjadi maksimum dalam persekitaran yang tidak boleh membuat kita menjadi maksimum. Terlalu lama berendam di kolam yang kecil membuat kita jadi lembik dan terus merasa puas kerana menjadi yang cukup di pertandingan di kolam kecil itu. Kita harus keluar dan melihat keluar, lihat dan tataplah lautan luas! Masih banyak ikan yang lebih besar dari kita, rasa puas yang kita miliki adalah kepuasan sementara!

5. Jauhi dan buang semua halangan. Ada banyak halangan untuk maju, seperti orang-orang yang tidak tepat, kesenangan sekejap, kegiatan yang tidak berguna, semua perkara yang mengganggu konsentrasi, semua perkara yang mengganggu dalam berfikir. Lebih baik dihilangkan, karena what lies ahead is bigger than you ever expected when you have a strong will! Too much useless things will kill your time, when you kill your time, no result, no outcome, you are going no where.

6. Tidak suka belajar anda akan tetap menjadi orang yang “cukuplah ni”. Overestimating yourself surely ruins you. Underestimating yourself won’t unleash the real you! Maka galakkan anda sampai ke titik maksimum anda, maka anda akan tahu sampai dimana dan apa yang mampu anda lakukan. 7. Teori selalu berbeza dengan realiti, jangan panik apabila anda menemui banyak perbezaan. Jangan pernah berfikir semua orang itu baik, bahkan banyak sekali orang yang pasang topeng senyum sementara memegang pisau di balik baju mereka.

Demikian juga dengan prosedur kehidupan, orang lebih suka dengan para manusia yang suka dan pandai bercakap, serta pengampu berbanding orang yang suka berterus terang. Kerana kata-kata manis lebih di dengar berbanding kenyataan.

Apa yang anda inginkan? Apakah yang ingin anda capai? Apapun itu, anda akan terus berkata: “the best is yet to come.” Beberapa orang berkata seperti itu kerana hanya menggembirakan diri akibat dari “the best is never come in your life”.

Berharap hari esok lebih baik dari hari ini, well that’s good. Tetapi, hari esok tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini bila anda tidak mengambil tindakan pada hari ini untuk berubah dan mencapai apa yang anda impikan.

Jika anda mahukan sekarang, kita mesti mulakan langkah sekarang,berubah sekarang.

Progress semestinya jelas dan realistik. Kalau tidak ada progress yang nampak, ertinya anda TIDAK ke mana-mana!

Perancangan yang baik, tidak akan dan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa tindakan nyata. The Power of NOW! Now or NEVER!

from www.isuhangat.net

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 8 Januari 2011

Mari Menoleh Ke Belakang

Selalunya kita terbiasa dengan kata-kata "jangan menoleh ke belakang a.k.a Jangan Pandang Belakang Congkak",haha... Tapi dalam belajar,kita perlu berpaling ke belakang bermaksud ( ulangkaji topik tingkatan 1 dan 2 ) kerana soalan yang dihadapi untuk PMR nanti adalah daripada tingkatan 1, 2 dan 3. Oleh itu, sekiranya ada apa-apa kemuskyilan daripada topik lepas khususnya kepada pelajar tingkatan 2 dan 3 yang mengikuti blog ini,anda boleh nyatakan di sini. Lebih baik sekiranya anda nyatakan kelas anda ( sekiranya bersekolah di tempat cikgu mengajar ) agar senang untuk diterangkan di dalam kelas sekiranya tidak berkesempatan untuk dipost dalam blog ini.

p/s penat baru balik dari cari printer yang murah sebab printer yang satu telah 'dibaiki' dengan jayanya oleh harith sewaktu cuti.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 4 Januari 2011

Jadi Orang Luar Biasa

Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu kepada ibunya kerana sebutir pasir yang tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembut.

“Anakku…”kata ibunya sambil bercucuran air mata..

“Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tanganpun, sehingga ibu tak mampu menolongmu. Aku tahu anakku, ia sangat sakit, tetapi terimalah itu sebagai takdir alam.”

” Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan pedih yang menggigit.Hanya itu yang boleh kau buat..” kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun melakukan nasihat ibunya.

Ia berhasil, tetapi rasa sakit bukan kepalang. Kadang-kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya.

Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya.

Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa biasa. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, berkilat dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.

Penderitaannya berubah menjadi mutiara air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahawa penderitaan adalah satu lorong untuk menjadikan “kerang biasa” menjadi “kerang luar biasa”.

Kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah “orang biasa” menjadi “orang luar biasa”. Itulah yang terjadi pada orang-orang seperti Abraham Lincoln, Nelson Mandela, Mahatma Gandhi dan Kim Dae Jung.

Jadi jika anda sedang menderita hari ini walau apa pun sebabnya, saya sarankan:

Bersedialah menjadi “orang luar biasa.”


from www.isuhangat.net.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.