Jumaat, 4 Februari 2011
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011
1. JANGAN copy paste mana-mana KKG dalam internet, print, binding dan hantar. INGAT! guru anda bukan orang yang buta IT. Anda akan dikenakan tindakan sekiranya didapati menghantar KKG hasil kerja orang lain.
2. Sila patuhi jadual penghantaran KKG untuk memudahkan kerja anda dan guru yang memeriksa. Perlu diingatkan jika anda rasa kerja anda berlambak, apa lagi kerja orang yang mengajar anda.
3. Sebarang masalah berkaitan dengan KKG boleh diajukan di dalam kelas, berjumpa terus dengan guru atau dalam blog ini. Satu entri berkaitan dengan KKG akan dibuat untuk memudahkan pelajar dan guru.
4. Walaupun pelajar-pelajar menggunakan kertas wangi semerbak dan berwarna warni,itu tidak akan mempengaruhi markah sekiranya KKG anda tidak menepati kriteria dalam markah penskoran (akan diterangkan kriteria tersebut dengan lebih lanjut di dalam kelas nanti). Gunakan kertas folio yang standard sahaja sudah memadai.
5. Bagi yang tidak sabar untuk menunggu apa tajuk KKG 2011 diterangkan didalam kelas,boleh klik sini
Selasa, 1 Februari 2011
Kotak itu
Berfikir dari luar kotak
Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini. Ekslusif di isuhangat
Kes 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.
Tetapi apa yang Russia lakukan?
Mereka menggunakan sebatang PENSIL!
Kes 2
Kisang di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.
Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan merekameminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.
Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.
Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!
Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!isuhangat.net
Isnin, 31 Januari 2011
Aktifkan Otak Anda
Soalan 1:
Apakah waktu tempatan di X, 130°T jika waktu tempatan di 101°T ialah jam 3.00 petang?
Soalan 2:
Apakah waktu tempatan di X, 101°T jika waktu tempatan di 103°T ialah jam 4.56 petang?
Dua soalan sahaja,bukannya banyak pun. Siapa cepat dia dapat ILMU

Ahad, 30 Januari 2011
Monyet Mahu Pisang? Bukan Dirimu Yang Dipanggil Monyet (Jangan Sentap)
Monyet dan pisang
Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh para profesor, ada 2 ekor monyet yang dimasukkan ke dalam satu bilik kosong secara bersama-sama. Kita gelar sahaja monyet tersebut Monyet A dan B. Di dalam bilik tersebut terdapat sebuah tiang, dan diatas tiang tersebut ada setandan pisang yang masak.
Setelah membiasakan diri dengan keadaan persekitaran di dalam bilik tersebut, mereka mula nampak pisang-pisang tersebut. Monyet A yang mula-mula dahulu mencuba memanjat tiang.
Apabila monyet A berada di tengah tiang,profesor menyimbah air kepadanya,sehingga tangannya terlepas dan terjatuh. Monyet A cuba lagi, dan disimbah lagi dan jatuh lagi, begitulah berkali-kali sehingga akhirnya monyet A menyerah. Giliran berikutnya monyet B yang mencuba,mengalami kejadian serupa, dan akhirnya menyerah juga.
Kemudian ke dalam bilik tersebut dimasukkan pula monyet C. Yang menarik adalah, profesor tidak lagi akan menyimbah monyet-monyet tersebut jika mereka naik. Seperti monyet A dan B, monyet C mula menyentuh tiang, tetapi dia terus ditarik oleh monyet A dan B.
Mereka berusaha mencegah, supaya monyet C tidak mengalami kemalangan seperti mereka. Kerana terus dicegah dan diberi nasihat
tentang bahayanya bila cuba memanjat keatas, monyet C akhirnya takut juga dan tidak jadi dan takut untuk memanjat tiang tersebut.
Langkah seterusnya yang dilakukan oleh profesor adalah mengeluarkan monyet A dan B, serta memasukkan monyet D dan E.
Sama seperti monyet-monyet sebelumnya, monyet D dan E juga tertarik dengan pisang diatas tiang dan cuba memanjatnya. Monyet C secara spontan terus mencegah keduanya agar tidak naik.
“Mengapa kami tidak boleh naik?” protes keduanya.
“Ada kawan-kawan yang memberitahu saya, bahawa naik ke atas itu berbahaya. Saya juga tidak tahu, ada apa di atas, tapi lebih baik jangan cari susah, jangan cuba naik ke atas” jelas monyet C.
Monyet D percaya dan tidak berani memanjat tiang, tapi tidak dengan monyet E yang agak berani.
“Saya ingin tahu, bahaya macam mana yang ada di atas … dan kalau ada bahaya, betulkah saya tidak boleh menghindarinya?” tegas monyet E. Walaupun sudah dicegah oleh monyet C dan D, monyet E nekad naik …
Dan kerana memang sudah tidak disembur lagi, monyet E berjaya mendapat pisang yang diinginkannya …
Renungan
===================
Sahabat isuhangat,
Manakah diantara watak diatas yang menggambarkan tingkah laku anda sekarang ini?
Watak A dan B adalah orang yang pernah melakukan sesuatu dan kemudian gagal. Oleh itu, mereka kecewa,tidak akan mengulanginya lagi, dan berusaha mengajarkan kepada orang lain tentang kegagalan tersebut. Mereka tidak mahu orang lain juga gagal seperti mereka.
Watak C dan D, adalah orang yang menerima petunjuk dari orang lain, perkara apa yang tidak boleh dilakukan dan mereka mematuhinya tanpa berani mencubanya sendiri.
Watak E adalah type orang yang tidak mudah percaya dengan sesuatu, sebelum mereka mencubanya sendiri. Mereka juga
berani menentang arus dan menanggung risiko asalkan boleh mencapai keinginan mereka.
Pisang dalam cerita diatas menggambarkan impian kita. Setiap orang dalam hidup ini mempunyai impian yang tinggi tentang masa depannya. Namun sayangnya, banyak sekali perkara-perkara yang terjadi di sekitar kita, yang menyebabkan impian kita terkubur.
Orang-orang dengan watak ABCD akan ‘menasihati’ kepada kita seperti ini
“Sudahlah, jangan melakukan pekerjaan yang siasia seperti itu. Saya dulu sudah pernah melakukannya berkali-kali dan gagal. Sebagai seorang teman yang baik, saya tidak mahu kamu gagal seperti saya”
Bukankah perkara-perkara seperti itu yang sering kita dengar sehari-hari?
Orang dengan watak E akan selalu berfikir optimis dalam menjalankan sesuatu. “Kalaupun orang lain gagal melakukan
sesuatu, belum tentu saya juga akan gagal” adalah kekuatan yang selalu ‘mengepam’ motivasinya.
Dan kegagalan orang lain boleh dipelajari dan dijadikan batu loncatan untuk melangkah lebih baik, bukannya dijadikan suatu ketakutan.
Saya akan memberikan satu ilustrasi lagi. Saya akan membawa anda ke tahun 70-an.
Apa yang akan kamu lakukan, bila suatu hari ada seorang mahasiswa berseluar jeans, berkacamata tebal, bajunya lusuh, datang berjumpa kamu dan berkata
“Saya ada suatu produk yang bagus, tapi saya tidak ada modal. Boleh tak anda pinjamkan saya modal $100 dollar?
Kalau produk ini sukses, kita berdua bakal jadi orang paling kaya di dunia bro”.
Hampir semua akan menghina dan mentertawakan mahasiswa tersebut, bahkan mungkin menganggapnya gila. Berapa orang yang akan menjawab “Wow, bagus sekali, cuba jelaskan apa produk kamu, agar kita boleh sama-sama kaya?”
Mungkin satu orang diantara sejuta, mungkin juga tidak ada.
Bagaimana kalau saya katakan bahawa mahasiswa tersebut adalah Bill Gates, yang kini sudah mencapai impiannya menjadi orang terkaya di dunia?
Bukankah itu dulu yang dilakukan Bill Gates pada awal kerjayanya. Dikelilingi orang type ABCD, ditolak, diperlekeh dan pelbagai macam penghinaan yang lain. Mujurlah, Bill Gates termasuk orang dengan watak E. Dan dengan pengorbanan dan kerja keras, dia berhasil meraih impiannya.
Pelajarku sekalian.
Cikgu yakin anda adalah orang type E. Setidaknya kerana anda mahu membaca tulisan ini untuk belajar bersama, ruang masa bersama, dan maju serta berjaya bersama.
Jangan biarkan orang lain membunuh impian anda. Maju terus, hadapi semua rintangan dan meraih impian anda.
isuhangat
Sabtu, 29 Januari 2011
Lobak,telur dan kopi? Yang Mana Satu Lambang Dirimu?
Seorang anak mengeluh kepada ayahnya tentang hidupnya dan bertanya mengapa hidup begitu sukar baginya. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya,putus asa dan hampir menyerah. Dia terlalu penat untuk melawan. Setiap kali suatu masalah diselesaikan, masalah baru akan muncul.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkannya di atas api.
Setelah air di ketiga-tiga periuk mendidih. Ia meletakkan lobak merah di periuk pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Dia biarkan mendidih tanpa mengucapkan sepatah pun. Anaknya menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang sedang dilakukan di ayahnya.
Setelah 20 minit, ayah dari api. Ia mengeluarkan lobak dan meletakkannya dalam mangkuk, telur ditempatkan di mangkuk lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu ia bertanya, “Apa yang kamu lihat, nak?”
“Lobak merah, telur, dan kopi” jawab anak itu.
Ayahnya kemudian memintanya merasa lobak itu. Anak itu merasakan bahawa itu lobak itu menjadi lembut. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah mengupas kulit, ia mendapati sebuah telur rebus yang keras.
Akhirnya, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Dia tersenyum ketika menghirup kopi dengan aroma yang menyegarkan itu.
Setelah itu, anak itu bertanya, “Apa semua ini, Ayah?”
Ayahnya menjelaskan bahawa ketiga-tiga ‘benda’ menghadapi ‘kesulitan’ yang sama, melalui proses perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak merah sebelum direbus keras,kuat dan sukar untuk digigit. Tapi setelah mendidih, lobak merah menjadi lembut dan ringan. Kulit telur yang asalnya rapuh, nipis untuk melindungi kandungannya yang cair. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi yang sebelumnya keras, pahit dan tidak boleh dimakan ,setelah dalam air mendidih, serbuk kopi dapat mengubah air menjadi enak.
“Kamu, termasuk yang mana?,” Kata ayahnya.
“Ketika kesulitan mendatangimu, bagaimana kamu menanggapi, apakah kamu lobak, telur atau kopi?” Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan anda. ”
“Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut Dengan semangat dinamik. Tetapi setelah, patah hati,kegagalan atau masalah lain, hati menjadi keras dan kaku.
“Atau kamu adalah kopi? Masukkan serbuk kopi di dalam air panas, yang menyebabkan sakit, untuk mencapai kepanasan itu air mesti mencapai suhu maksimum iaitu 100 darjah Celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, baru terasa nikmat kopi.”
“Jika kamu seperti kopi, walaupun ketika keadaan semakin teruk, kamu akan menjadi lebih baik dan membuat sesuatu yang lebih baik pada persekitaran kamu juga.
isuhangat.net
Jumaat, 28 Januari 2011
Ilusi 1

Betulkah bergelombang atau tipah tertipu ni? OK, jangan pening-pening. Pergi baca buku dan ulangkaji subjek Geografi
Khamis, 27 Januari 2011
Putus asa?

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
Apabila jalan di depan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
Apabila semua di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.
Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yannnnng Satu.
Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Selasa, 25 Januari 2011
Untung Atau Rugi?

Pelajaran tingkatan Dua, bab 1 (kedudukan) maaf gambar kurang jelas. Pelajar-pelajar boleh rujuk buku teks untuk gambar GTA
Cikgu: Kata la kamu sekarang berada di London yang terletak di sebelah barat dan tiba2 kamu ada kuasa ajaib untuk terbang ke Malaysia yang terletak di sebelah timur. Adakah kamu untung sehari atau rugi sehari? Kaitkan dengan Garisan Tarikh Antarabangsa.
Pelajar itu : Rugi la kami cikgu sebab di London ramai perempuan cantik-cantik dan putih. Tidak kami mau tinggalkan diorang. Lagipun......aduh!
(tiba-tiba pelajar itu mendapat cubitan sayang)
Cikgu: Cikgu suruh kaitkan dengan Garisan Tarikh Antarabangsa,bukan dengan perempuan di London
Garisan Tarikh Antarabangsa adalah garisan rekaan semata-mata menganjur dari kutub utara ke kutub selatan. Garisan ini bertempat di garisan meridian (longitud) yang ke-180 di Lautan Pasifik. Sesiapa yang melintasi gaisan ini perlu membetulkan jamnya kepada lebih sehari atau kurang sehari.
Bumi terbahagi kepada 24 zon masa. Seseorang yang terbang ke barat perlu memusingkan jamnya satu jam ke belakang bagi tiap-tiap zon masa (15°) yang dilaluinya. Jadi jika seseorang itu mengelilingi dunia dari London (zon UTC) ke timur, maka dia harus mencepatkan jamnya selama satu jam bagi setiap zon masa yang dilaluinya itu. Oleh itu dia akan “kehilangan” 12 jam apabila dia melalui Garisan Tarikh Antarabangsa, dan 24 jam apabila dia sampai kembali di London. Namun apabila dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa (dari timur ke barat), dia harus menambah 24 jam (sehari). Ini adalah supaya kiraan masa pengembara tersebut konsisten dengan kiraan masa di seluruh dunia. Sebaliknya jika dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa dari barat ke timur, dia perlu menolak 24 jam pada jamnya.
Garisan meridian yang ke-180 dipilih sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa kerana lautan Pasifik merangkumi sebahagian besar longitud ini. Jadi tidak banyak orang terganggu dengan pertukaran masa di kawasan ini. Garisan Tarikh Antarabangsa tidaklah lurus, malahan bengkok pada tempat-tempat tertentu supaya pulau-pulau yang dilaluinya, contohnya Kiribati, tidak terbahagi dua. Tempat-tempat di mana garisan ini bengkok bergantung kepada kerajaan negara yang dilalui garisan ini.
from: http://ms.wikipedia.org








