namun otakku tidak dapat berhenti berfikir.mana mungkin aku boleh "seLENA gomez "ini apabila melihat pelajarku seolah-olah orang paling bijak didunia, datang ke sekolah hanya membawa sebuah buku latihan yang koyak rabak dengan tiada pen lagi. Tapi aku cuba berfikir positif dan sentiasa membisikkan kepada diriku "Kau berasa penat kerana kau masih hidup.Kalau jadi mayat baru la tidak penat fikir masalah pelajar dan apa-apa masalah dunia lagi"
Sedikit sebanyak bisikan itu mampu membuatku tabah dan berusaha menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya menjadikan seorang pendidik yang sedar diri. Kadangkala, terapi diri itu penting agar aku masih boleh mempunyai motivasi untuk menghadapi 1001 karenah anak didikku. Mahu ber"shopping" gajiku bukanlah selumayan engineer yang lupa diri (ayat tiada kaitan dengan mayat,sila jangan kompius).Maka aku mencari alternatif lain, seperti mengunjungi tempat-tempat yang memberikan kenangan manis atau boleh mengembirakan seperti
Sabah Tea (tempatku dibesarkan seketika sehingga usiaku 6tahun)
Berposing di pantai
Bersantai bersama kawan2
Tapi yang paling penting, sentiasa ingat kepadaNYA tidak kira waktu susah mahupun senang
Baju tu yang mahal,ha3...
p/s semua aktiviti di atas dibuat semasa cuti sekolah dan tidak melibatkan aktiviti ponteng sesaat pun dan Ya,waktu bercuti ini aku tak jumpa mana-mana engineer pun mungkin mereka TERLALU SIBUK atau berada di tempat yang lebih mewah. tak kira la dimana, yang penting mereka tidak lupa diri
0 comments:
Catat Ulasan