Jumaat, 3 Februari 2012
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012
Rabu, 1 Februari 2012
Latihan Bab 2 DAN 3 Tingkatan 1
Soalan 1 berdasarkan maklumat di bawah.
Terdiri daripada nombor lajur dan nombor baris maklumat di atas berkaitan dengan ?
A. Bearing
B. Arah
C. Koordinat
D. Skala
2. Garisan yang dikira dari hadapan ke belakang.
A. Lajur
B. Baris
C. Skala linear
D. Koordinat
3. Antara berikut pernyataan yang manakah menerangkan tentang kedudukan sesuatu secara relatif .
A. Jarak antara rumah Hasan dengan sekolah ialah 2 km
B. Rumah Ah Seng berada di baris ketiga dan lajur kedua
C. Sekolah berada di utara Balai Polis Rasa
D. Rumah Mutusamy berada di 02,05
4. Pada masa dahulu manusia menggunakan bintang di langit di waktu malam dan matahari untuk menentukan arah.
Bagaimanakah kita boleh menentukan arah?
I. skala II. stesen kaji cuaca III. kompas IV. Bearing.
A. I DAN II
B. I DAN III
C. II DAN III
D. III DAN IV
5. Depakan tangan anda semasa matahari terbenam. Halakan tangan kanan anda ke arah matahari. Tangan kiri anda menunjukkan arah?
A. Utara
B. Selatan
C. Barat
D. Timur
6. Antara berikut yang manakah merupakan mata angin perantaraan?
I. timur laut II. selatan III barat laut IV. Tenggara
A. I , II DAN III
B. I , II DAN IV
C. I , III DAN IV
D. II , III DAN IV
7. Kompas digunakan untuk menentukan arah sesuatu tempat dari sesuatu tempat yang lain. Mengapakah jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah utara magnetik?
A. tarikan magnetik bumi
B. tarikan graviti bulan
C. kesan pergerakan dalam bumi
D. pasang dan surut air laut
8. Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan kompas magnetik?
I. sentiasa bergerak mengikut mata angin
II. dibaca mengikut arah pusingan jam
III. sentiasa menunjuk ke arah utara magnet
IV. Tidak dipengaruhi oleh bahan logam
A. I DAN II B. I DAN IV C. II DAN III D. III DAN IV
9.Bagaimanakah jarak antara dua tempat di atas peta dapat diukur dan dinyatakan?
A Menggunakan skala lurus
B.Menggunakan kompas
C Menggunakan koordinat
D. Persilangan antara baris dan lajur
10. Nisbah antara jarak dua tempat di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaaan bumi.
Maklumat di atas adalah berkaitan dengan
A bearing
B jarak mutlak
C skala
D jarak relatif
11. Setiap satu kilometer jarak sebenar , diwakili oleh 1 sentimeter di atas peta.
Berapakah jarak yang diwakili di atas peta jika jarak sebenar ialah 5 kilometer?
A 1 sentimeter
B 1 kilometer
C 5 kilometer
D 5 sentimeter
Soalan 12 berdasarkan maklumat di bawah.
Dilukis dengan satu garisan lurus
Dibahagikan kepada beberapa unit kecil yang sama jaraknya.
Antara berikut yang manakah merupakan kegunaan utama kedua-dua maklumat di atas?
A Mengukur jarak
B mengira kecerunan
C Mengukur ketinggian
D menentukan kedudukan sesuatu tempat.
Isnin, 23 Januari 2012
ALHAMDULILLAH
Jumaat, 16 Disember 2011
Kita Berbeza Tapi Tidak Mengapa
Memang pada mulanya agak susah kerana ketika mengajar, pelajar akan menyatakan beberapa fakta yang disebutkan tidak ada dalam buku teks yang mereka gunakan. Apa yang mampu dikatakan," ini fakta tambahan dan sila salin dalam buku nota". Apapun, perbezaan buku teks ini bagiku ada pro dan kontranya. Kebaikannya adalah, sebagai guru yang baru setahun jagung mengajar ini aku akan berusaha untuk melengkapkan diriku dengan kandungan kedua-dua (difahamkan ada tiga versi) buku teks dan ini secara tidak langsung akan membuatkan aku lebih rajin membaca. Namun, kontranya ialah pada tahun 2008 dan 2011 terdapat SATU soalan yang tidak diterangkan dalam buku teks pelajar Sabah dan Sarawak disoal dalam soalan PMR. Sekali lagi, tujuan aku menulis entri ini bukan untuk mengajar mereka yang lebih arif apa lagi untuk memprotes. Aku cuma ingin berKONGSI ILMU dengan mereka yang sudi dan peduli untuk ambil tahu. Contoh buku teks yang digunakan di Semenanjung saya sertakan (tidak semua). Guru Geografi,cuba bezakan kulit hadapan dengan buku teks edisi Sabah dan Sarawak

Buku Teks Pelajar Kawasan Selangor (Tingkatan 1)
Buku Teks Pelajar Kawasan Selangor (Tingkatan 2)
Gambar Tidak Dijumpai :p
Buku Teks Pelajar Kawasan Selangor (Tingkatan 3)

Yang ini tidak pasti zon mana yang guna (penyelia asrama terjumpa semasa menyelia bilik pelajar asrama pada hujung tahun) Siapa la agaknya yang tinggalkan buku tu,ish3...

Yang ini pun tidak pasti zon mana yang gunakan (mungkin negeri Johor)
Isnin, 12 Disember 2011
JAWAPAN GEOGRAFI SPM KERTAS 1
1)A
2)C
3)C
4)D
5)A
6)A
7)C
8)D
9)D
10)C
11)C
12)B
13)C
14)D
15)B
16)B
17)B
18)A
19)A
20)B
21)A
22)D
23)D
24)D
25)D
26)C
27)B
28)A
29)D
30)A
31)C
32)C
33)A
34)A
35)A
36)B
37)D
38)B
39)B
40)B
Rabu, 7 Disember 2011
PERCUTIAN YANG DIKENANG
Sampai di sana, aikkkk,ini je tamunya?hahaha, indah khabar dari rupa segala yang kudengar sebelum ini. Aku siap bertanya lagi dengan Encik Castello, entah-entah ada tempat lain lagi kot? Tapi bila aku bertanya dengan orang disitu, dia menyatakan hanya satu itulah kawasan tamunya. Waktu Encik Castello mencari tandas awam, aku dan Harith hanya tercegat sahaja sebab tak tahu mahu melihat apa di tamu tersebut. Sekembalinya Encik Castello dari tandas (agak lama juga) dengan muka kelatnya dia memberitahu yang tandas amat tidak bersih (aka kotor) sebab tidak ada air dan terpaksa angkat air dari tong. Mendengarnya sahaja, niat aku ke tandas terus terbantut.
Dengan tidak ada semangatnya, aku membawa Encik Castello dan Harith ke kawasan restoran yang dikatakan menyediakan makanan laut yang murah dan berdekatan dengan laut. Sampai di sana, aku sekali lagi kecewa kerana semua restoran di situ tutup (kenapa la kawan tu tak inform yang restoran tu cuma buka malam). Kami mati kutu sebab tidak tahu ke mana lagi mahu makan. Memandangkan perut sudah mula menyanyi riang, aku membuat keputusan untuk "menapau" KFC sahaja kerana tidak ada restoran yang boleh dikatakan besar di sana (ataupun kami tidak jumpa) kerana Harith cepat rimas berada di kawasan sempit dan tertutup ketika makan. Akhirnya, percutian ke Kudat yang mengambil masa 2 jam untuk sampai dari Kota Belud hanya diisi dengan acara makan KFC ditepi laut (hanya 1 jam sahaja kami berada di sana) kerana tepat jam 12 tengah hari kami pulang semula ke Kota Belud.
Apa yang dicoretkan di sini sebenarnya bukan untuk memburukkan mana-mana kawasan tetapi hanya menyatakan bahawa apa yang kita amat inginkan (aku selalu menyatakan keinginan untuk ke Kudat) tidak semestinya akan mengembirakan kita. Apapun, percutian ke Kudat adalah antara percutian yang akan dikenang...
Selasa, 6 Disember 2011
HIJRAH BLOGKU
SOALAN RAMALAN GEOGRAFI SPM 2011
| | GEOGRAFI TING. 4 (SOALAN STRUKTUR) |
| 1 | (a) lapisan atmosfera (b) Sistem bumi (c) plat tektonik |
| 2 | (a) gerakan jisim (b) luluhawa (c) tindakan ombak |
| 3 | (a) pentas benua, jurang lautan (b) kesan kegiatan manusia terhadap laut dan lautan (c) pemeliharaan dan pemuliharaan laut dan lautan |
| 5 | (a) peredaran bumi (b) zon waktu |
| 6 | (a) Ciri tumbuhan semulajadi (Ciri Hutan konifer, Ciri Padang rumput) (b) Kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi (c) pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi |
| | GEOGRAFI TING. 5 (SOALAN ESEI) |
| 7 | (a) Faktor mempengaruhi taburan penduduk (b) kadar kelahiran dan kematian |
| 8 | (a) migrasi (luar bandar ke luar bandar, luar bandar ke bandar) (b) Telekomunikasi (Malaysia dan Amerika Syarikat) |
| 9 | (a) hirarki pembandaran (b) fungsi bandar (c) bandar terancang (d) faktor, kesan, langkah |
| 10 | (a) tenaga mesra alam (b) sumber kepelbagaian biologi |
| 11 | (a) sumber hutan (b) petroleum dan bijih timah |
| 12 | (a) Sektor pelancongan (b) Perikanan |
| 13 | Penternakan |
| 14 | Graf bar, graf garis, Histogram |
| 15 | Soalan melabel peta: Malaysia: (a) perlombongan (b) pelancongan (c) perindustrian Dunia: Jenis tumbuhan semula jadi |
Sumber: http://red1west.blogspot.com/








