Ahad, 26 Ogos 2012

Sedar Diri

Pelajar 3 Jujur, 3 Ukhuwah dan 3 Adil, aku sedar diriku tidak secomel artis pujaanmu tapi kau juga perlu sedar PMR MAKIN MENGHAMPIRIMU. Mulai minggu depan kita akan mula menjawab dan membincangkan soalan percubaan dari negeri-negeri lain. Sudah-sudah la makan kuih makmur tu,nanti cirit birit tak dapat jawab dengan tenang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mahu Penat Atau Jadi Mayat?

sebagai manusia aku tidak dapat lari daripada ujian dan karenah pelajar-pelajarku. Kadangkala aku berasa sungguh penat dan ingin tidur lena seperti ini
namun otakku tidak dapat berhenti berfikir.mana mungkin aku boleh "seLENA gomez "ini apabila melihat pelajarku seolah-olah orang paling bijak didunia, datang ke sekolah hanya membawa sebuah buku latihan yang koyak rabak dengan tiada pen lagi. Tapi aku cuba berfikir positif dan sentiasa membisikkan kepada diriku "Kau berasa penat kerana kau masih hidup.Kalau jadi mayat baru la tidak penat fikir masalah pelajar dan apa-apa masalah dunia lagi"

Sedikit sebanyak bisikan itu mampu membuatku tabah dan berusaha menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya menjadikan seorang pendidik yang sedar diri. Kadangkala, terapi diri itu penting agar aku masih boleh mempunyai motivasi untuk menghadapi 1001 karenah anak didikku. Mahu ber"shopping" gajiku bukanlah selumayan engineer yang lupa diri (ayat tiada kaitan dengan mayat,sila jangan kompius).Maka aku mencari alternatif lain, seperti mengunjungi tempat-tempat yang memberikan kenangan manis atau boleh mengembirakan seperti

Sabah Tea (tempatku dibesarkan seketika sehingga usiaku 6tahun)

Berposing di pantai

Bersantai bersama kawan2

Tapi yang paling penting, sentiasa ingat kepadaNYA tidak kira waktu susah mahupun senang
Baju tu yang mahal,ha3...

p/s semua aktiviti di atas dibuat semasa cuti sekolah dan tidak melibatkan aktiviti ponteng sesaat pun dan Ya,waktu bercuti ini aku tak jumpa mana-mana engineer pun mungkin mereka TERLALU SIBUK atau berada di tempat yang lebih mewah. tak kira la dimana, yang penting mereka tidak lupa diri




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.