Sebelum jam 9.00 pagi sudah ada di sekolah. Berdebar-debar menunggu slip keputusan pelajar.
Lebih kurang jam 9.40 pagi mula mengasingkan slip keputusan sambil memerhati keputusan untuk mata pelajaran geografi.
Mula rasa ada yang tidak kena,tapi berusaha untuk mententeramkan diri namun akhirnya ketakutan itu ada asasnya.
Keputusan untuk mata pelajaran geografi menurun lagi.
Tidak apalah, tahun depan perlu kerja keras lagi. Bagi pelajar-pelajarku dan untuk diriku sendiri ingatlah " Kita Bukan Gagal Tetapi Belum Berjaya".
Semoga tahun hadapan, usaha yang berterusan akan membuahkan hasil.
Kepada pelajar-pelajarku, gunakanlah sumber yang ada di sekelilingmu itu untuk meningkatkan pengetahuanmu. Kemudahan internet bukan sekadar untuk ber'facebook' sahaja.
Khamis, 23 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan