Rabu, 18 Mei 2011

Uwaaaaaa, Cikgu Nitah Marah Aku!

Setiap kali habis peperiksaan, berdebar-debar menanda kertas jawapan pelajar. Dag Dig Dug.. Tapi semester 1 2011 ini hati agak mendung (tak ada kaitan dengan hujan perolakan) sebab apa yang diharapkan sangat jauh daripada apa dicapai oleh pelajar. Sehingga selalunya terfikir "salah gurukah tidak pandai mengajar?". "Mungkin belum cukup ilmu didada untuk mengajar orang lain". (Memang pun selama ini terasa ada banyak benda yang tidak diketahui dan ilmu didada terasa lebih kecil daripada zarah. Sebab itu tidak berani mendabik dada mengaku diri hebat mendidik anak bangsa.) ah, guru Geografi pandai pula bermadah tika hati berduka melihat keputusan anak-anak yang tidak seberapa.

Baru tadi cuci + mop telinga pelajar. Bukan apa,terkadang mahu juga tahu dimana silapnya.Tapi orang yang ditanya semuanya macam endah tak endah. Siap lagi berkata, asal lulus sudah la.mama aku mesti senang hati tengok aku lulus. HELOOOOO!!! kalau setakat markah cukup makan (ada kalanya tidak cukup pun dimakan) sampai kemana? Kalau boleh,biarlah keputusan disebut dengan berGaya bukannya disebut seperti orang tidak berDaya ( G dan D membawa perubahan yang amat besar maknanya). Lagi satu, mama korang tidak mengajar korang Geografi. Cuba kalau dia yang ajar,maunya berbirat punggung korang dihayun dengan rotan. Kalau cikgu yang buat, esoknya famous keluar harian metro. Tahan sahajalah telinga dengar cikgu membebel. Bukannya selalu cikgu dapat peluang marah korang semua macam tadi.

p/s Ujian topikal tak lama lagi, semua kelas yang cikgu ajar bersedialah. Jangan sampai semuanya muntah darah dengar cikgu membebel buat kali kedua
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Budak_taWadhuk - najwa - berkata...

yes! kami bersyukur sebab peluang untuk kami muntah darah amat tipis kerana Cikgu Nitah tidak mengajar kami dalam mata pelajaran geografi.

hehe. gurau2 cgu.

Nitah Jain berkata...

ehem3,wlupn x ngajar geo tp msh lg cgu boleh mbebel dlm kls kamu 2 najwa.tp muka misyuari ttp maintain,pH 5.5 ekekeke....

Budak_taWadhuk - najwa - berkata...

hehe. ya. cuci tlinga ne besok, masa sivik. =D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.