Ada antara pelajar yang datang sekolah hanya menghabiskan duit ibu bapa dan membuat kepala guru-guru pening dengan perangai degil mereka (ayat pedas). Bagi mereka, datang ke sekolah hanyalah atas alasan IBUBAPA yang suruh. Susah sangatkan duduk dalam kelas,atas kerusi dan letak buku di atas meja yang beralas? siap ada kipas lagi berpusing ligat untuk menyejukkan diri. Hanya sediakan diri untuk belajar dan tumpukan perhatian. Kadangkala ada masanya baru 15minit guru mengajar mulalah mereka mengantuk dan beri alasan untuk ke tandas. Kalau anda rasakan belajar itu susah, bagaimana jika anda di tempat anak ini? Tidakkah anda bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang hingga mensia-siakan semua nikmat yang Tuhan berikan itu?
Isnin, 18 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan