Rabu, 7 Disember 2011

PERCUTIAN YANG DIKENANG

Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, ramai yang teringin untuk membawa keluarga untuk berjalan-jalan dan melawat tempat menarik kan? Aku juga tidak ketinggalan untuk memujuk Encik Castello ke Kudat. Kenapa Kudat? Kerana aku sendiri belum pernah menjenguk Pekan Kudat walaupun umur sudah mencecah 28 tahun. Banyak yang aku dengar tentang Kudat terutama tentang makanan lautnya yang agak murah dan tamu yang diadakan setiap hari Rabu. Pada 30 Disember, dengan bersemangatnya aku 'packing' barang yang perlu dibawa (termasuk botol susu Harith la tu) dan kami bertolak jam 9.00 pagi, sambil mengomel sebab Harith dan abahnya lambat bersiap (takut tak sempat menjelajah semua kawasan Tamu Kudat). Jam11 pagi akhirnya selamat la manusia yang berumur 28 tahun ini menjejakkan kaki di Pekan Kudat, alhamdulillah..Cepat-cepat suruh Encik Castello cari di mana kawasan tamu tu. Lepas jenuh mencari parking (mula-mula dapat parking dekat tong sampah, tapi kepala tambah pening dengan aroma tidak berapa sedap tu) kami pun menapak la ke kawasan tamu.

Sampai di sana, aikkkk,ini je tamunya?hahaha, indah khabar dari rupa segala yang kudengar sebelum ini. Aku siap bertanya lagi dengan Encik Castello, entah-entah ada tempat lain lagi kot? Tapi bila aku bertanya dengan orang disitu, dia menyatakan hanya satu itulah kawasan tamunya. Waktu Encik Castello mencari tandas awam, aku dan Harith hanya tercegat sahaja sebab tak tahu mahu melihat apa di tamu tersebut. Sekembalinya Encik Castello dari tandas (agak lama juga) dengan muka kelatnya dia memberitahu yang tandas amat tidak bersih (aka kotor) sebab tidak ada air dan terpaksa angkat air dari tong. Mendengarnya sahaja, niat aku ke tandas terus terbantut.

Dengan tidak ada semangatnya, aku membawa Encik Castello dan Harith ke kawasan restoran yang dikatakan menyediakan makanan laut yang murah dan berdekatan dengan laut. Sampai di sana, aku sekali lagi kecewa kerana semua restoran di situ tutup (kenapa la kawan tu tak inform yang restoran tu cuma buka malam). Kami mati kutu sebab tidak tahu ke mana lagi mahu makan. Memandangkan perut sudah mula menyanyi riang, aku membuat keputusan untuk "menapau" KFC sahaja kerana tidak ada restoran yang boleh dikatakan besar di sana (ataupun kami tidak jumpa) kerana Harith cepat rimas berada di kawasan sempit dan tertutup ketika makan. Akhirnya, percutian ke Kudat yang mengambil masa 2 jam untuk sampai dari Kota Belud hanya diisi dengan acara makan KFC ditepi laut (hanya 1 jam sahaja kami berada di sana) kerana tepat jam 12 tengah hari kami pulang semula ke Kota Belud.

Apa yang dicoretkan di sini sebenarnya bukan untuk memburukkan mana-mana kawasan tetapi hanya menyatakan bahawa apa yang kita amat inginkan (aku selalu menyatakan keinginan untuk ke Kudat) tidak semestinya akan mengembirakan kita. Apapun, percutian ke Kudat adalah antara percutian yang akan dikenang...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Encik Castello:)

Nitah Jain berkata...

najib, :D :D mcm kamu tu cuti pjg lps ni(rasa mcm baru jak ajar n mrh2 kamu time kls geo form3)

Junaidi Mohamed berkata...

Tamu Kudat! Tamu Kudat! Tamu Kudat! Kudat Tamu! Kudat Tamu! Kudat Tamu! Hahahahahhaha...

Nitah Jain berkata...

Junaidi Mohd,akhirnya tercapai juga hasrat ke kudat walaupun tak seindah yg dibayangkan.balik ja dr sana,trs p sound kawan yg sgt mengagungkan kudat tu

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.