Isnin, 2 April 2012

Contoh Kerja Kursus PMR 2012 (Aspek 1-8.1)

Pening kepala tiap-tiap tahun buat penerangan dalam kelas tentang KKG PMR. Kering air liur buat penerangan, pelajar masih buat muka bingung selagi tidak berikan contoh kerja kursus. Oleh itu, tahun ini (seperti tahun sebelum ini juga) terpaksalah buat contoh KKG lagi. Diharapkan contoh yang diberikan ini bukannya di copy paste dan dihantar kepada guru anda. Ada kes dimana pelajar dari sekolah lain, copy sahaja kerja kursus yang dilampirkan dan hantar dengan guru mata pelajaran mereka. Malangnya, nama dan lain-lain maklumat individu tidak ditukar (kantoi menipu la kiranya ni). Tak pasal-pasal nama anak cikgu (Harith Hariri) tu jadi 'pemes'. Untuk pelajar-pelajar SMKPKBII jangan cuba-cuba buat macam ni. Heloooooo, takkanlah nak bagi cikgu periksa kerja kursus yang cikgu hasilkan sendiri. Aspek 8.2 hingga akhir tidak akan dipublishkan disini untuk mengelakkan pelajar mengambil kesempatan. Tapi segala pertanyaan anda (jika ada) akan dijawab sebaik mungkin. Kelas 3 Jujur, 3 Ukhuwah dan 3 Adil boleh cari cikgu di bilik guru (sila rujuk jadual P&P cikgu). INGAT, tarikh akhir penghantaran adalah 16 April ini <--- sila baca dengan muka stress dan sila kecut perut :)


JADIKAN KERJA KURSUS INI SEBAGAI PANDUAN SAHAJA DAN BUKANNYA DISALIN SEMULA KEMUDIAN DIHANTAR KEPADA GURU GEOGRAFI ANDA

Perlu diingatkan, jika anda menaip kerja kursus perkara tersebut perlu anda patuhi

Font = Times New Roman

Saiz = 12

Langkau = 2.0

1. TAJUK:

Ekosistem Hutan Terganggu Di Kampung Cahaya, Kota Belud Sabah

2. SENARAI KANDUNGAN

Senaraikan isi kandungan dan muka surat bermula dari penghargaan sehinggalah rujukan. Kesilapan pelajar adalah, tidak meletakkan nombor di setiap muka surat tetapi isi kandungan pula lengkap dengan nombornya

Isi Kandungan Muka Surat

Penghargaan


Rujukan

mulakan isi kandungan penghargaan hingga rujukan

jangan lupa muka surat dan catatkan juga muka surat di bahagian bawah setiap helaian kajian anda

3. PENGHARGAAN

Saya Harith Hariri bin Juli pelajar Kelas 3 Marikh merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak.

Pertama sekali, terima kasih kepada Pengetua SMK Taman Cerah iaitu Encik Aqil Azron kerana memberikan kebenaran kepada kami untuk membuat kajian. Terima kasih juga kepada guru Geografi iaitu Cik Balqish kerana memberikan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Kepada ibu bapa saya iaitu Puan Nitah dan Encik Juli, terima kasih kerana sentiasa memberikan dorongan dan menampung semua perbelanjaan sepanjang saya menjalankan kerja lapangan. Kepada rakan-rakan yang banyak membantu terutamanya Ahnaf, Asyraf, Azyan dan Haziqa, jasa anda semua tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada responden yang sangat memberikan kerjasama sepanjang saya melaksanakan kajian ini.

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah

Gunung Daik Bercabang Tiga

Hancur Badan Dikandung Tanah

Budi Baik Dikenang Juga

4. PENDAHULUAN

Kawasan kajian saya ialah Kampung Cahaya Kota Belud Sabah. Saya memilih kawasan tersebut kerana ianya menepati kriteria kajian iaitu terdapat hutan yang dimusunahkan di kampung tersebut. Selain itu, Kampung Cahaya adalah tempat tinggal saya dan memudahkan saya membuat kajian. Saya mengambil masa kira-kira satu bulan untuk menyiapkan kajian ini iaitu bermula dari awal bulan Mac dan berakhir pada awal bulan April.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah

a) Menerangkan konsep ekosistem hutan

b) Mengkaji kepentingan ekosistem hutan di Kampung Cahaya Kota Belud, Sabah

c) Mengkaji faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu di Kampung Cahaya Kota Belud, Sabah

d) Mengkaji kesan ekosistem hutan terganggu di Kampung Cahaya Kota Belud, Sabah

e) Mencadangkan langkah mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu di Kampung Cahaya Kota Belud, Sabah

f) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

6. KAWASAN KAJIAN

Kawasan Kajian yang saya pilih ialah Kampung Cahaya Kota Belud, Sabah.

Kampung Cahaya mendapat nama daripada ……………………………………. Kampung Cahaya terletak di pertengahan jalan antara Kota Kinabalu ke Kudat. Terdapat hampir 100 buah rumah di kampung ini. Pandang darat fizikal di kawasan kajian saya ialah tanah pamah ,saliran dan hutan. Jarak Kampung Cahaya ke Pekan Kota Belud kira-kira 7 kilometer.

6.1 Lakar Peta Kampung Cahaya yang Lengkap Dengan

a) Tajuk (½ M)

b) Bingkai Peta (½ M)

c) Arah Mata Angin (½ M)

d) Petunjuk( ½ M)

e) Simbol Standard (1 M)

f) Peta Perlu Kemas (1 M)

7. KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan empat jenis kaedah sepanjang menjalankan kajian ini. Kaedah tersebut ialah:

a) Pemerhatian

Saya memerhatikan bentuk muka bumi dan punca berlakunya ekosistem hutan terganggu di Kampung Cahaya Kota Belud, Sabah

b) Temubual

Saya telah menemubual 5 orang penduduk Kampung Cahayat entang kepentingan dan punca ekosistem hutan terganggu di kawasan tersebut.

c) Soal selidik

Saya telah mengedarkan 25 borang soal selidik berkaitan punca utama berlakunya ekosistem hutan terganggu di Kampung Cahaya Kota Belud, Sabah (rujuk lampiran)

d) Rujukan

Saya telah merujuk kerja kursus sebelum ini sebagai panduan untuk menyiapkan aspek 1 hingga 7. Saya juga melayari beberapa laman web berkaitan tajuk untuk mencari maklumat.

8. DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep pencemaran alam sekitar

Ekosistem merupakan interaksi dan hubung kait antara benda hidup (biotik ) dengan benda bukan hidup ( abiotik) dalam alam semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen abiotik meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya matahari dan sebagainya.
Oleh itu,ekosistem hutan dapatlah ditakrifkan sebagai saling kaitan antara flora dan fauna di dalam hutan tersebut dengan komponen abiotik yang dinyatakan tadi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

Nitah Jain berkata...

p/s kalau nama kampung tu sekejap2 tertukar jadi Cerah dan Cahaya, edit la sendiri.sekurang-kurangnya ada la juga kerja anda selain copy paste :)

Junaidi Mohamed berkata...

:)] Ada tak contoh terbaru kerja kursus sejarah? Cilaka tul la... aku 1st time ne urus. Malas tahap dewata langit ke-5

Nitah Jain berkata...

aku ni lemah tul klu bab sejarah.tp nnt aku tanya naimah klu dia ada. yg KKG aku buat ni pun dlm keadaan malas melampau.sbb tu kjp ada nama taman cerah n kg cahaya.ha3..

Street Power berkata...

:))

mieza berkata...

thanks a lot... ;;)

Nitah Jain berkata...

welcome mieza

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.