Jumaat, 20 Mei 2011

Contoh Kerja Kursus Geografi 2011 (Part 1)

Hari itu sudah janji untuk bagi contoh kerja kursus 2011 kepada pelajar. Ini kerana,walaupun pelajar telah diberikan isi utama dan hanya tinggal membina ayat sahaja,masih ada lagi yang tidak mampu menyiapkan kerja kursus. Ada juga peajar yang hantar,tapi tidak menepati markah penskorang. Perlu diingatkan KERJA KURSUS INI HANYA UNTUK PANDUAN DAN BUKANNYA UNTUK DITIRU. Bahagian kedua kerja kursus ini akan dimuat naik sebelum cuti persekolahan hujung bulan Mei ini, InsyaAllah...


JADIKAN KERJA KURSUS INI SEBAGAI PANDUAN SAHAJA DAN BUKANNYA DISALIN SEMULA KEMUDIAN DIHANTAR KEPADA GURU GEOGRAFI ANDA

1. TAJUK:

Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Jawi-Jawi Kota Belud Sabah

2. SENARAI KANDUNGAN

Senaraikan isi kandungan dan muka surat bermula dari penghargaan sehinggalah rumusan. Kesilapan pelajar adalah, tidak meletakkan nombor di setiap muka surat tetapi isi kandungan pula lengkap dengan nombornya.

3. PENGHARGAAN

Saya Harith Hariri bin Juli pelajar Kelas 3 Marikh merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak.

cikgunitah.blogspot.comPertama sekali, terima kasih kepada Pengetua SMK Taman Cerah iaitu Encik Aqil Azron kerana memberikan kebenaran kepada kami untuk membuat kajian. Terima kasih juga kepada guru Geografi iaitu Cik Balqish kerana memberikan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Kepada ibu bapa saya iaitu Puan Nitah dan Encik Juli, terima kasih kerana sentiasa memberikan dorongan dan menampung semua perbelanjaan sepanjang saya menjalankan kerja lapangan. Kepada rakan-rakan yang banyak membantu terutamanya Ahnaf, Asyraf, Azyan dan Haziqa, jasa anda semua tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada responden yang sangat memberikan kerjasama sepanjang saya melaksanakan kajian ini.

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah

Gunung Daik Bercabang Tiga

Hancur Badan Dikandung Tanah

Budi Baik Dikenang Juga

4. PENDAHULUAN

Kawasan kajian saya ialah Kampung Jawi-Jawi Kota Belud Sabah. Saya memilih kawasan tersebut kerana ianya menepati kriteria kajian iaitu terdapat beberapa pencemaran di kawasan tersebut. Selain itu, Kampung Jawi-Jawi adalah tempat tinggal saya dan memudahkan saya membuat kajian. Saya mengambil masa kira-kira satu bulan untuk menyiapkan kajian ini iaitu bermula dari awal bulan Mac dan berakhir pada awal bulan April.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah

a) Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar

b) Mengkaji jenis pencemaran alam sekitar di Kampung Jawi-Jawi

c) Mengkaji punca pencemaran alam sekitar di Kampung Jawi-Jawi

d) Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Jawi-Jawi

e) Mencadangkan langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Jawi-Jawi

f) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

6. KAWASAN KAJIAN

Kawasan Kajian yang saya pilih ialah Kampung Jawi-Jawi.

Kampung Jawi-Jawi mendapat nama daripada sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok Jejawi. Pokok ini banyak terdapat pada awal pembukaan kawasan kampung ini. Kampung Jawi-Jawi terletak di pertengahan jalan lama perjalanan antara Kota Kinabalu ke Kudat. Terdapat hamper 100 buah rumah di kampung ini. Pandang darat fizikal di kawasan kajian saya ialah tanah pamah dan saliran. Jarak Kampung Jawi-Jawi ke Pekan Kota Belud kira-kira 7 kilometer.

7. KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan empat jenis kaedah sepanjang menjalankan kajian ini. Kaedah tersebut ialah:

a) Pemerhatian

Saya memerhatikan bentuk muka bumi dan punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Kampung Jawi-Jawi.

b) Temubual

Saya telah menemubual 5 orang penduduk Kampung Jawi-Jawi tentang kesan dan langkah mengatasi pencemaran di kawasan ini.

c) Soal selidik

Saya telah mengedarkan 25 borang soal selidik berkaitan dengan tajuk kajian saya

d) Rujukan

Saya telah merujuk kerja kursus sebelum ini sebagai panduan untuk menyiapkan aspek 1 hingga 7. Saya juga melayari beberapa laman web berkaitan tajuk untuk mencari maklumat.

8. DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep pencemaran alam sekitar

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Contoh pencemaran alam sekitar pada masa kini ialah

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3. Pencemaran bunyi

4. Pencemaran tanah

8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di Kampung Jawi-Jawi

Hasil pemerhatian saya sepanjang menjalankan kajian, saya dapati terdapat tiga jenis pencemaran alam sekitar di Kampung Jawi-Jawi iaitu:

a) Pencemaran udara: Banyak asap dan debu berterbangan di udara

b) Pencemaran air : Air sungai tersekat atau mengalir sangat perlahan dan berubah warna

c) Pencemaran bau : Bau busuk dapat dihidu di beberapa kawasan kajian

8.3 Punca pencemaran alam sekitar di Kampung Jawi-Jawi

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di Kampung Jawi-Jawi. Antaranya ialah :

a) Pembakaran terbuka

Sebilangan besar penduduk Kampung Jawi-Jawi melupuskan sampah sarap mereka dengan cara membakarnya. Antara bahan yang paling banyak dibakar ialah plastik dan kertas. Ada juga penduduk yang membakar bahan seperti tayar terpakai. Sepanjang kajian saya, purata penduduk membakar sampah ialah 25 orang dalam seminggu

b) Baja kimia dan racun rumpai

Salah satu kegiatan ekonomi penduduk di Kampung Jawi-Jawi ialah pertanian. Di bahagian utara dan barat kampong ini terdapat kawasan sawah padi. Petani lazimnya menggunakan baja kimia dan racun rumpai untuk menyubur dan membunuh makhluk perosak tanaman di kawasan sawah padi mereka. Perbuatan ini juga adalah satu faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran air.

c) Sampah sarap

Pembuangan sampah sarap oleh segelintir penduduk Kampung Jawi-Jawi terutamanya di kawasan tanah terbiar, tebing sungai malahan juga ke dalam sungai menunjukkan golongan ini bersikap sambil lewa dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

d) Pembinaan

Kampung Jawi-Jawi mempunyai satu sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Jawi-Jawi. Semasa saya menjalankan kajian ini, sekolah rendah tersebut sedang dinaik taraf. Proses pembinaan ini juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada pencemaran udara.

e) Perniagaan

Di bahagian barat Kampung Jawi-Jawi terdapat sebuah jalan baru yang dibina sebagai jalan utama penduduk dari Kota Kinabalu ke Kudat. Penduduk Kampung Jawi-Jawi membina membina banyak gerai makan di sepanjang jalan tersebut. Apa yang dapat saya perhatikan, kawasan perniagaan ini juga menyumbang kepada pencemaran air.

Sebagai penduduk Kampung Jawi-Jawi, saya berharap segala punca pencemaran ini dapat diatasi atau paling tidak akan dapat dikurangkan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.