Sabtu, 15 Januari 2011

Mahu Main Salji Di SMKPKBII?


Tahukah anda, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia? Antaranya ialah kedudukan, angin monsun, ketinggian, dan kepulauan.

Kedudukan Malaysia di kawasan Khatulistiwa (rujuk peta) menyebabkannya tidak mengalami kemarau yang melampau. Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan purata enam jam sehari. Malaysia juga berkeadaan lembap sepanjang tahun.

Malaysia juga bebas daripada ancaman taufan dan siklon tropika disebabkan oleh kedudukan. Biasanya, kawasan yang dipengaruhi oleh angin siklon tropika ialah antara garisan lintang 6°U hingga 20°U. Siklon tropika merupakan ribut kencang yang bertiup menuju ke kawasan tekanan rendah di lautan tropika. Peta 1.1 menunjukkan negara-negara di seluruh dunia.

Peta menunjukan negara-negara yang duduk di kawasan khatulistiwa. Negara-negara yang duduk di kawasan khatulistiwa tidak ada empat musim, iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk. Negara kita juga duduk di kawasan khatulistiwa. Oleh itu, suhu Malaysia tiada perbezaan yang besar.

Jadi..... tidak ada salji original di SMKPKBII

p/s tapi kalau mahu belanja cikgu ABC, ok juga:)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Unknown berkata...

agaknya utara vietnam ada musim sejuk x?

Nitah Jain berkata...

muiz mazli cuba baca dalam wikipedia ni http://id.wikipedia.org/wiki/Vietnam#Geografi_dan_iklim

Unknown berkata...

Thanks..nk tnya lg,brapa suhu di tanah tinggi cameron highland n gunung kinabalu??klau x ksah,bleh follow blog saya..hehe

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.