Pelajaran tingkatan Dua, bab 1 (kedudukan) maaf gambar kurang jelas. Pelajar-pelajar boleh rujuk buku teks untuk gambar GTA
Cikgu: Kata la kamu sekarang berada di London yang terletak di sebelah barat dan tiba2 kamu ada kuasa ajaib untuk terbang ke Malaysia yang terletak di sebelah timur. Adakah kamu untung sehari atau rugi sehari? Kaitkan dengan Garisan Tarikh Antarabangsa.
Pelajar itu : Rugi la kami cikgu sebab di London ramai perempuan cantik-cantik dan putih. Tidak kami mau tinggalkan diorang. Lagipun......aduh!
(tiba-tiba pelajar itu mendapat cubitan sayang)
Cikgu: Cikgu suruh kaitkan dengan Garisan Tarikh Antarabangsa,bukan dengan perempuan di London
Garisan Tarikh Antarabangsa adalah garisan rekaan semata-mata menganjur dari kutub utara ke kutub selatan. Garisan ini bertempat di garisan meridian (longitud) yang ke-180 di Lautan Pasifik. Sesiapa yang melintasi gaisan ini perlu membetulkan jamnya kepada lebih sehari atau kurang sehari.
Bumi terbahagi kepada 24 zon masa. Seseorang yang terbang ke barat perlu memusingkan jamnya satu jam ke belakang bagi tiap-tiap zon masa (15°) yang dilaluinya. Jadi jika seseorang itu mengelilingi dunia dari London (zon UTC) ke timur, maka dia harus mencepatkan jamnya selama satu jam bagi setiap zon masa yang dilaluinya itu. Oleh itu dia akan “kehilangan” 12 jam apabila dia melalui Garisan Tarikh Antarabangsa, dan 24 jam apabila dia sampai kembali di London. Namun apabila dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa (dari timur ke barat), dia harus menambah 24 jam (sehari). Ini adalah supaya kiraan masa pengembara tersebut konsisten dengan kiraan masa di seluruh dunia. Sebaliknya jika dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa dari barat ke timur, dia perlu menolak 24 jam pada jamnya.
Garisan meridian yang ke-180 dipilih sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa kerana lautan Pasifik merangkumi sebahagian besar longitud ini. Jadi tidak banyak orang terganggu dengan pertukaran masa di kawasan ini. Garisan Tarikh Antarabangsa tidaklah lurus, malahan bengkok pada tempat-tempat tertentu supaya pulau-pulau yang dilaluinya, contohnya Kiribati, tidak terbahagi dua. Tempat-tempat di mana garisan ini bengkok bergantung kepada kerajaan negara yang dilalui garisan ini.
from: http://ms.wikipedia.org
0 comments:
Catat Ulasan