Selasa, 1 Mac 2011

Contoh KKG Siap (Wah!, kata mereka)

Ingat cikgu BAIK sangat bagi KKG 2011? Jangan harap! (dengan muka kejam versi ibu tiri dalam cerita bawang putih bawang merah). Ini KKG tahun 2010 pelajar dari Perak. Harap pelajar dapat menggunakannya sebagai panduan dalam menyiapkan KKG 2011 terutamanya bahagian unsur patriotisme. Pelajar tingkatan 3 Jauhari dan 3 Jujur, 3 Ukhuwah dan 3 Adil, sekiranya anda mahu juga membuat tajuk perhubungan,sila berbincang dengan guru mata pelajaran anda terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran tentang tajuk tersebut.

Muka Depan (akan dibekalkan selewat-lewatnya awal bulan April)

Isi Kandungan

1.0 Penghargaan 3

2.0 Pendahuluan 3

3.0 Objektif Kajian 4

4.0 Kawasan Kajian 4

4.1 Peta Negeri Perak 5

4.2 Peta Daerah Perak Tengah 6

4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian FELCRA Nasaruddin 7

5.0 Kaedah Kajian 8

6.0 Dapatan Kajian 8

6.1 Konsep migrasi penduduk 8

6.2 Pola migrasi penduduk 8

6.3 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 9

6.4 Kesan migrasi dalaman 11

6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman 13

7.0 Rumusan 14

8.0 Lampiran

8.1 Lampiran 1 : Surat pengenalan diri murid 15

8.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran melawat dan mendapatkan

maklumat 16

8.3 Lampiran 3 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 17

8.4 Lampiran 4 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 18

8.5 Lampiran 5 : Borang Soal Selidik 19

8.6 Lampiran 6 : Soalan Temu Bual 20

8.7 Lampiran 7 : Senarai Nama Responden 21

9.0 Rujukan

1.0 Penghargaan

Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkkan Kerja Kursus Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Mashitah Binti Ismail selaku Pengetua SMK. Seri Iskandar, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada Encik Mohd Suhaimi Bin Mohd Zain sebagai guru geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai pemetaan yang bertugas di Majlis Daerah Perak Tengah kerana telah banyak membantu saya terutamanya dalam membekalkkan maklumat dan peta yang berkait dengan kawasan kajian saya.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung di sekitar kawasan FELCRA Nasaruddin, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu Mohd Zain Bin Awang Hamat Dan Mariam Binti Ismail serta rakan-rakan seperjuangan saya seperti Mohd Azizul Bin Jabar dan Mohd Faizul Azri Bin Zainal yang banyak membantu dari segi kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

Sekian, Wassalam.

2.0 Pendahuluan

Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi tingkatan tiga bagi tahun 2010. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang migrasi dalaman di kawasan FELCRA Nasaruddin dan seterusnya mengenal pasti konsep migrasi di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat jenis-jenis pola migrasi di kawasan kajian.selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan melihat faktor yang mempengaruhi mograsi dalaman serta kesan migradi dalaman terhadap kawasan kajian dan alam sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman.

Rasional pemilihan FELCRA Nasaruddin adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan tanah rancangan yang terdiri dari tanah pamah yang rata dan beralun dan merupakan kawasan kelompok pertanian di daerah Perak Tengah, Perak. Tanaman utama di kawasan ini ialah kelapa sawit. Sebahagian besar penduduk kawasan ini turut terlibat dalam pekerja di dalam sektor pertanian. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian penduduk di kawasan ini juga terlibat dengan pekerjaan di dalam sektor lain seperti sektor perkilangan dan pembuatan, sektor perkhidmatan sama ada di dalam sektor kerajaan ataupun swasta serta sektor perniagaan.

Dengan ini saya berpendapat kajian migrasi dalaman di kawasan FELCRA Nasaruddin mempunyai pola migrasi dalaman yang unik serta faktor migrasi dalaman yang menarik. Mungkin kita juga boleh melihat kesan dan juga langkah mengatasi dalam kajian ini nanti.

3.0 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

  1. Memahami konsep migrasi penduduk.
  2. Mengenalpasti pola migrasi penduduk di FELCRA Nasaruddin.
  3. Menjelaskan faktor migrasi dalaman penduduk di FELCRA Nasaruddin.
  4. Menjelaskan kesan migrasi dalaman penduduk di FELCRA Nasaruddin.
  5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman penduduk di FELCRA Nasaruddin
  6. Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga terhadap tempat tinggal.

4.0 Kawasan Kajian

Secara umumnya FELCRA Nasaruddin terletak di dalam Blok Perancangan Bota iaitu sejauh 15 kilometer dari Bota Kanan dan 35 kilometer Ipoh. Walau bagaimanapun FELCRA Nasaruddin 7 kilometer dari bandar baru Seri Iskandar. FELCRA Nasaruddin berada dalam laluan utama dari lebuh raya Ipoh-Lumut. Selain daripada itu FELCRA Nasaruddin ini juga terletak berhampiran dengan RPA Changkat Sodang dan Universiti Teknologi Mara. Guna tanah utaman kawasan Bota ialah pertanian merangkumi 10 806 hektar atau 63.22%. kebanyakan kawasan pertanian melibatkan skim tanah kemajuan oleh pihak FELCRA dan agensi serta pihak swasta seperti FELCRA Nasaruddin. Bentuk muka buminya merupakan tanah pamah yang rata dan beralun amat sesuai untuk kegiatan penanaman kelapa sawit.

Namun kawasan kajian hanyalah tertumpu di kawasan Tengah FELCRA Nasaruddin dalam ukuran lima kilometer persegi sahaja. Selain daripada kegiatan pertanian yang menjadi penyumbang terbesar, ada juga sektor lain yang terlibat dalam pembangunan kawasan ini antaranya seperti jaringan pengangkutan jalan raya, saliran paip air bersih, serta institusi kerajaan seperti Sekolah Kebangsaan FELCRA Nasaruddin, Kilang Sawit dan Klinik Kesihatan Desa dan sebagainya.

4.1 Peta Daerah Perak Tengah

Kawasan kajian

4.2 Peta Lakar Kawasan kajian FELCRA Nasaruddin

Kg.Dusun

Kg.Parit 4,5,6,7 dan 8

5.0 Kaedah Kajian

Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya ialah pemerhatian, rujukan, temu bual dan soal selidik. Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan disekitar kawasan kajian dan kemudiannya mencatat maklumat yang dipeolehi ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan ringkas.

Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya. Dengan bantuan pihak pemetaan Pejabat Daerah Perak Tengah, maka saya dapat gambaran yang lebih jelas dari aspek luas kawasan, jenis kegiatan, potensi mengikut pandangan Pejabat Daerah serta peta daerah.

Selain daripada dua kaedah di atas, saya juga turut menjalankan kaedah temu bual seramai 5 orang di sekitar kawasan kajian bagi mendapatkan penjelasan serta gambaran tentang kawasan kajian pada masa dahulu serta perubahan sehingga masa kini. Melalui temu bual ini juga saya dapat menilai pendapat yang diberikan tentang permasalahan yang wujud serta idea mengatasi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Di samping itu juga, soal selidik turut dibuat. Soal selidik akan dijalankan terhadap 20 responden, dan ini bertujuan mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang berkaitan dengan potensi bentuk muka bumi, halangan serta langkah mengatasi terhadap alam sekitar di kawasan kajian. Hasil gabungan empat kaedah kajian ini maka sudah pasti menghasilkan kajian yang bermutu, tepat dan boleh dipercayai.

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Konsep migrasi penduduk

Secara umumnya migrasi bermaksud penghijrahan atau perpindahan penduduk dari suatu kawasan ke kawasan yang lain. Biasanya migrasi ini berlaku disebabkan oleh penduduk yang inginkan perubahan hidup ke arah yang lebih baik. Misalnya penduduk di FELCRA Nasaruddin berhijrah ke Ipoh untuk bekerja di sektor perindustrian. Tujuannya ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan gaji yang lebih baik.

6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

a) Migrasi luar bandar ke bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk di FELCRA yang berhijrah ke bandar-bandar seperti Ipoh, Manjung, Kuala Lumpur dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa dalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta.

b) Migrasi bandar ke luar bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat asal. Misalnya ada sebahagian penduduk FELCRA Nasaruddin yang bekerja sebagai tentera di Sungai Besi pulang semula ke FELCRA Nasaruddin selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga segelintir yang menyambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke Kampung halaman setelah tamat belajar.

6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di

kawasan kajian

terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah:

a) Melanjutkan pelajaran

Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM yang cemerlang akan menymabung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya. Oleh kerana di kawasan FELCRA tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka mereka terpaksa berhijrah untuk melanjutkan pelajaran.

b) Peluang Pekerjaan

Terdapat anak peneroka di FELCRA yang behijrah ke bandar-bandar seperti Shah Alam Selangor, Bayan Lepas Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini kerana di kawasan FELCRA peluang pekerjaan yang ada amat terhad iaitu bidang pertanian sahaja.

c) Bersara

Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan FELCRA. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini yang pernah berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke kampung halaman setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat sebagai tentera di negeri Sarawak selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke FELCRA dan berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang dan menampung hidup.

d) Kemudahan asas

Oleh kerana FELCRA merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang ada terhad seperti sekolah, masjid, air elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan keselesaan hidup maka mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang lebih maju dan selesa seperti berpindah bandar-bandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur. Hal ini kerana di kawasan yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan pengangkutan yang cekap, hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya.

e) Nialai atau Patriotisme

kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan damai di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.

Peta Minda 1: Faktor yang mempangaruhi migrasi di kawasan kajian (markah akan dimasukkan untuk grafik)

6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:

a) Kesan positif

a. Penduduk bertambah

i. Migrasi dalaman dari luar bandar ke bandar atau bandar ke luar bandar menyebabkan penduduk bertambah. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada tenaga buruh yang lebih ramai. Contohnya dengan pembukaan tanah rancangan FELCRA ini ramai penduduk di sekitar Kg. Layang-Layang Kiri, Parit, Lambor, Tronoh dan lain-lain mengambil bahagian untuk membangunkan kawasan ini. Pertambahan penduduk di bandar pula merancakkan lagi kegiatan ekonomi.

b. Taraf hidup meningkat

i. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Shah Alam untuk melanjutkan pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di FELCRA dan memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa serta mempu memiliki rumah yang lebih selesa.

c. Pasaran bertambah

i. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin bertambah.

b) Kesan negatif

a. Masalah pengangguran

i. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju. Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan Bangladesh ke FELCRA Nasaruddin telah menyebabkan lambakkan tenaga buruh secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan ini maka masalah pengangguran di kawasan kajian ini.

b. Masalah sosial

i. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan FELCRA ini, maka wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan dadah di kalangan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi di samping tiada pekerjaan.

c. Komposisi penduduk berubah

i. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum lelaki dan belia yang berusia diantara 18 – 40 tahun. Dengan ini komposisi lelaki di kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan orang tua lebih ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit keadaan ini secara tidak langsung menyebaban kadar kelahiran berkurang dan dalam jangka masa yang panjang.

d. Nilai dan patriotisme

i. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di FELCRA mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa.

6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di

kawasan kajian

a) Mewujudkan peluang pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan FELCRA pihak berwajib boleh mewujudkan

peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini bertujuan mengelakkan

golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang pekerjaan yang boleh

diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan industri makanan ringan seperti kerepek dan

juga kuih karas dan sebagainya.

b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang

Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan FELCRA dengan kerjasama penduduk boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi mengatasi masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian. Pada masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku.

c) Meningkatkan kemudahan kesihatan

Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal, bagi menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan kesihatan penduduk dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa. Dengan adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat. Dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan belia yang aktif dari berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di FELCRA nasaruddin.

d) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni di samping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.

Peta Minda 3: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk

di kawasan kajian

Organization Chart

7.0 Rumusan

Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di FELCRA Nasaruddin iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah melanjutkan pelajarandi IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang terkenal di mata dunia.

8.0 Lampiran

LAMPIRAN 1

KEPADA YANG BERKENAAN Tarikh:………………

Tuan,

Pengenalan Diri Murid Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)

Pembawa surat ini …………………………………………………… bernombor kad pengenalan …………………………………… ialah seorang murid tingkatan ………… di SMK.Seri Iskandar , 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak. Pelajar ini sedang membuat Kerja Kursus Geografi untuk memenuhi syarat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti mana yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………….....

(Mashitah Binti Ismail)

Pengetua,

Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,

32610 Parit,

Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 2

Kepada Yang Berkenaan

…………………………

…………………………

…………………………

Tarikh:

Tuan,

Kebenaran Melawat Dan Mendapatkan Maklumat Bagi Tujuan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini sedang menjalankan Kerja Kursus Geografi sebagai sebahagian syarat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

3. Kerja Kursus Geografi ini juga merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah mengumpul dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan

5. kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA:

Saya yang menurut perintah,

…………………………….....

(Mashitah Binti Ismail)

Pengetua,

Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,

32610 Parit,

Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 3

Tarikh:

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Makluman Kepada Ibu Bapa Atau Penjaga Mengenai Kewajipan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

Merujuk perkara di atas, semua calon Penilaian Menengah Rendah bagi sesi 2010 yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah pada hujung tahun ini DIWAJIBKAN menjalankan SATU kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi seperti mana yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2. Selain daripada itu, perlaksanaan kerja kursus ini juga bertujuan memenuhi Sukatan mata pelajaran Geografi tingkatan tiga.

3. Saya berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan membantu anak-anak dalam melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

…………………………….....

(Mashitah Binti Ismail)

Pengetua,

Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,

32610 Parit,

Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 4

Tarikh:

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)

Merujuk perkara di atas, saya ……………………………………………….. membenarkan anak saya …………………………………………… dari tingkatan………

Untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

……………………………….

( )

Alamat:

………………………………..

……………………………….

……………………………….

……………………………….

No.Telefon:

Lampiran 5

Borang Soal Selidik:

Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak

Sila Tandakan ( ) di petak berkenaan.

1. berapakah tempoh tinggal di kawasan kajian

Kurang 5 tahun


Lebih 10 tahun


Lebih 20 tahun


2. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( ) di kotak berkenaan. Nyatakan jika perlu di ruangan berkenaan.

Bilangan

Jenis Kegiatan Yang terlibat

Tandakan ( )

1

Kelapa Sawit


2

Padi Sawah


3

Penoreh Getah


4

Pembuatan / Perkilangan / Perindustrian


5

Lain-Lain (sila nyatakan):


3. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( ) di kotak berkenaan. Faktor mempengaruhi migrasi dalaman

Bilangan

Jenis Kegiatan Yang terlibat

Tandakan ( )

1

Arahan majikan


2

Ikut keluarga


3

Melanjutkan pelajaran


4

Peluang pekerjaan


5

bersara


6

perkahwinan


7

Bencana alam


8

Dasar governan


9

Kemudahan asas


10

Kadar upah


11

Petempatan baru


12

Meningkatkan taraf hidup


13

Darjah ketersampaian


4. Nyatakan kesan-kesan migrasi di kawasan kajian

...........................................................................................................................................................................

5. Nyatakan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian.

...........................................................................................................................................................................

Lampiran 6

Soalan Temu Bual

Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak

  1. Saudara berasal dari mana?
  2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?
  3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?
  4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?
  5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan ini ?
  6. Pada pendapat saudara, apakah kesan baik atau buruk migrasi dalaman di kawasan ini?
  7. Boleh saudara jelaskan cadangan bagi mengatasi masalah migrasi di kawasan ini?
  8. Apakah harapan saudara melalui kajian ini?

Lampiran 7

Senarai Nama Responden

Bil

Nama

No.K/P

1

WILDAN BIN MAUN

4707938

2

MOHD SAID BIN ZAR

630127085483

3

YUSSOF BIN ABDULLAH

610122085058

4

JAMALUDIN BIN TALIB

621018086079

5

HJ MOKHTARUDIN

521014085951

6

ISMAIL BIN ALI PIAH

520502085331

7

ABDUL RAHMAN BIN DIN

4542079

8

YAZID BIN YAHYA

650423085951

9

DAUD BIN KARIM

4338263

10

SAPIAN BIN AHMAD

640322085795

11

M. ZABIDI MAT TALIB

391014085203

12

MOHAMAD SIDI B YAHYA

521015085873

13

SARI BIN MAT YOB

2594302

14

SHUKUR BIN HASHIM

501009025067

15

DAUD ITMA LANI

450129085071

16

MANGSOR BIN AZIZ

370106095111

17

ANAS BIN ABDUL GHANI

520410086361

18

RAZALI BIN SALIM

9234375

19

SAID BIN WAHAB

530804025309

20

NASRUDIN BIN SAID

510422025383

9.0 Rujukan

1. Khaw Ah Seng, Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim,2004. Buku Teks Geografi Tingkatan

Tiga. PTS Publicators Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur.

2. Ismail Bin Ahmad, Prof.Madya Sulong Bin Mohamad, Chan Mee Lee,2003. Buku Teks Geografi Tingkatan Lima. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Selangor Darul Ehsan

3. Richardson H.W., 1993. Ekonomi Wilayah & Bandar.Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

4. Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa., 1991. Pengenalan Perancangan Pembangunan

Wilayah.Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

5. Laporan Perancangan Daerah Perak Tengah 2002-2015. Peta guna tanah m/s 62 - 146.

Orang Sumber

  1. ANAS BIN ABDUL GHANI, 43 tahun, orang awam, No 21. Lorong Bunga Raya, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
  2. JAMALUDIN BIN TALIB, 38, orang awam, Batu 4 ¾ Lorong Kasimiah, FELCRA Nasaruddin , 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
  3. GHAZALI BIN ISMAIL, 36, orang awam, No. 3 ¾ Lorong Bunga Cempaka, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
  4. MOHAMAD SIDI B YAHYA, 51, orang awam, Lot 119, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
  5. Razak Bin Ahmad, 47 , orang awam, lot 43, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 comments:

Khayrin berkata...

Wah.. baguslah hasil kajian dia.. Cikgu dpt dari mana? Oh ya! Perlukah letak 'Sekian.wassalam' tu cikgu?

Nitah Jain berkata...

x ada pun x apa ba. asalkan menepati kriteria penskoran iaitu kena bagi phargaan kepada 3 pihak @ lebih :)

scout_p2 berkata...

cikgu mcm mna maw buat konsep & jenis perhubungan tu..
p/s tidak faham & tidak pandai..
heheheh

Nitah Jain berkata...

aspek 8.1 tu kan, bagi takrifan apa itu takrifan perhubungan (jgn samakan perhubungan dgn pengangkutan) lps tu nyatakan jenis perhubungan yg ada.tp yang dibahagian huraian utk jenis2 perhubungan di kawasan kajian tu,cuma nyatakan apa yang ada di di kawasan kajian sahaja.jangan huraikan apa yang tiada pula.

jcka_ln berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nitah Jain berkata...

jcka_ln
Menyatakan = tidak menghuraikan cuma NYATAKAN sahaja.
Menerangkan =menghuraikan apa yang dinyatakan tadi.

untuk konsep pencemaran alam sekitar,perlu dinyatakan apakah maksud pencemaran alam sekitar itu dan berikan contoh yang relevan.tidak perlu huraikan dengan panjang lebar bagi contoh kerana huraian itu akan dibuat di dalam aspek 8.2 jenis pencemaran dikawasan kajian.

contohnya:
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan
terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Contoh pencemaran alam sekitar ialah pembuangan sampah sarap sama atau bahan domestik ke dalam sungai, pelepasan asap dari kenderaan, bunyi bising yang keterlaluan dan sebagainya.

jcka_ln berkata...

o...payah lagi kah tulis tu senarai responden..?

Nitah Jain berkata...

yups,utk bahagian lampiran la.

IKa Syafiqah berkata...

waaaah!...... ni hasil pelajar dari sekolah ika la...ika pun sekolah dekat smk seri iskandar juga, tahun ni ika pmr 2012...salam berkenalan semua...;;)

Nitah Jain berkata...

Ika Syafiqah, pilih tajuk apa tahun 2012 ni?nanti kongsi2 la dengan pelajar d sabah ni.welcome

Hykal Pr berkata...

cara nk copy. . .1st . .tekan Ctrl + C . .pastu buke microsoft word. . pastu paste.. .ade warne merah kan kat belakang perkataan yg korang paste td. . nk hilang kan. . .korang tekan Text Highlight color. . .selamat mencuba

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.