Jumaat, 11 Mac 2011

Tsunami?

Jam 8.00 malam tadi (baru 3 jam 3o minit berlalu) sibuk @ menyibuk urus makanan untuk sambutan harijadi Harith yang ke-2 tahun. Balik dari sekolah tadi memang tidak tengok berita. Jam 2.00 petang round pekan Kota Belud cari kek keju tapi tak ada. Ceritanya bukan tentang harijadi Harith yang baru pertama kali disambut (tahun lepas tidak buat apa-apa untuk dia). Cuma teringat entri ini yang baru sahaja dipostkan. Di saat Harith bergembira dengan kawan-kawannya (dengan mukanya yang teruja tengok kek itu) rupanya rakan seAsia sedang bergelut dengan ancaman tsunami. Itupun tahu daripada Auntie Harith yang baru balik mengajar dari Cosmopoint.

Tsunami sememangnya diambil dari bahasa Jepun (yang ketika ini angka korbannya sudah mencecah ratusan orang) yang bermaksud Gelombang Pelabuhan. Namun ada yang mengubahnya menjadi

T- Tuhan
S- Sengaja / Sudah
U-Uji
N-Namun
A-Ada
M-Manusia
I-Ingkar

Dibawah ini ada sedikit gambar tentang kejadian itu dan yang pastinya akan ada gambar-gambar korban itu akan dipaparkan dalam blog yang lain selepas ini. Namun gambar-gambar kategori ganas seperti itu tidak akan diletakkan di sini.

Berapa dalam agaknya ini?



Usah bermegah dengan kereta besar dan mahal kerana jika terjadi perkara seperti ini,tidak ada apa yang dapat dibanggakan lagi

Kun Faya Kun (dengan kekuasaanNya)

Sekelip mata, segalanya berubah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.