Khamis, 3 Mac 2011

Rehat Minda

Kolapenjoi: Koleksi Lawak Pendek Ajoi. Ekslusif di Isuhangat

1. Siapa dulu sampai di bumi

Ajoi semasa di bangku sekolah. Cikgu sains sedang mengajar kelas Ajoi berkenaan Hukum Newton.

Cikgu Sains: “Ajoi, saya tengok awak dari tadi berangan jer..”

Ajoi: “Takdelah cikgu saya tgh concentrate giler ni..”

Cikgu Sains: ” oo tak ngaku yer. Kalau gitu… saya ada satu soalan awak kena jawab. …Gini, Ada tiga orang penerjun payung terjun. Berat penerjun pertama mempunyai berat 50 kg, penerjun kedua berat badannya 70kg dan penerjun ketiga berat badannya dua kali ganda berat penerjun pertama.

Soalannya jika mereka terjun serentak dari helikopter yang sama, siapa yang mula-mula turun di bumi?”

Ajoi: “Err…Nabi Adam!”

2. Benda di jari Ajoi

Satu malam, selepas main futsal Ajoi dan Sumardi pergi minum di sebuah restoran. Oleh kerana penat dan takde menda nak cerita mereka senyap jer sambil melayan perasaan…

Ajoi sibuk membelek-belek jarinya.

Sumardi: “Joi, apa benda yang ko pegang tu?”

Ajoi: “Entahlah, rupanya macam plastik, tapi kalau dipegang macam chewing gum melekit sikit, ntah pebenda ntah” sambil menunjukan benda tu pada Sumardi.

Sumardi: “Meh gua tengok”

Sumardi memegang benda tersebut dan benda tu melekat-lekat pada ibu jari dan jari telunjuknya.

Sumardi: “Yap nampak macam plastik tapi kalau dipegang macam chewing gum, benda apa ni ek? Kat mana ko dapat?”

Ajoi: “Dari hidung gua…”

3. Kelawar dan tikus

Ajoi sedang melayan anaknya menonton National Geographic.

Biasalah kanak-kanak memang suka bertanya yang kadang-kadang orang tua pening nak menjawabnya.

Anak : “Ayah, kenapa tikus dan kelawar muka macam sama?”

Ajoi: ” Ooo, memang sama jer, cuma kelawar mengambil jurusan penerbangan.”

4. Kelas Menghafal

Sumardi datang bertandang ke rumah Ajoi. Sambil minum kopi yang disediakan isteri Ajoi, diaorang berborak…

Sumardi: “Joi, aku dengar ko masuk kelas menghafalkan, mesti lepas ni IQ ko tinggi”

Ajoi: “Yup, kat kelas tu mengajar dengan teknik yang canggih”

Sumardi: “Apa nama sekolah tu? Aku ingat nak join juga la…”

Ajoi: “Jap, hmm apa nama bunga berwarna merah yang tangkainya ada duri-duri tu?”

Sumardi: “Bunga Ros kot..naper?”

Ajoi: “Ha..bunga Ros…” (sambil melihat isterinya di dapur..)

Ajoi: “Ros…! apa nama sekolah yang ajar menghafal tu..?”

Sumardi: “Ceh nama bini sendiri pun tak terhafal…”

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.