Jumaat, 25 Februari 2011

ADA APA DENGAN KKG 2011 PART 3



Aspek 1 hingga 7 sudah diterangkan dalam bahagian sebelum ini. Diharapkan para pelajar dapat menyiapkan KKG mereka sebaik mungkin untuk dihantar pada 28 Februari 2011 nanti. Mari kita sambung perbincangan untuk aspek seterusnya:

Aspek 8

8.1 Konsep pencemaran alam sekitar
Pelajar perlu menerangkan apakah maksud pencemaran alam sekitar dengan lengkap. Boleh dapatkan dari majalah yang berada di pusat sumber atau layari internet dan pelbagai sumber lain yang ada termasuklah buku teks dan buku rujukan (jika ada).

Seterusnya, pelajar juga perlu memberikan contoh yang relaven atau sesuai. Contoh yang diberikan tidak perlu panjang lebar kerana di aspek 8.2 nanti akan ada diterangkan jenis pencemaran alam sekitar ini.

Contohnya:-
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan
terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Contoh pencemaran alam sekitar ialah pembuangan sampah sarap sama atau bahan domestik ke dalam sungai, pelepasan asap dari kenderaan, bunyi bising yang keterlaluan dan sebagainya.

8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian (gantikan perkataan berwarna merah dengan kawasan kajian anda)

Pelajar hanya perlu menghuraikan jenis pencemaran di kawasan kajian sahaja. Untuk mendapat markah penuh, pelajar perlu menghuraikan satu atau lebih jenis pencemaran. Tetapi ada baiknya sekiranya pelajar dapat menghuraikan sekurang-kurangnya DUA jenis pencemaran untuk mengelakkan pelajar hanya mendapat separuh markah sekiranya huraian tidak tepat jika hanya memilih untuk membuat SATU sahaja jenis pencemaran.

Contohnya:
Jenis pencemaran di Kampung Pinang Sebatang adalah pencemaran air. Buktinya ialah keadaan Sungai Pisang yang terdapat dikawasan tersebut berada dalam keadaan yang sangat teruk. Banyak sampah sarap yang boleh dilihat terapung-apung di sungai ini (rujuk gambar dalam bahagian lampiran)

Selain pencemaran air,terdapat juga pencemaran tanih di Kampung Pinang Sebatang. Sampah sarap dibuang merata-rata di kawasan kampung tersebut. bla bla bla.... (buat dan hurai menggunakan ayat sendiri)

Pencemaran yang turut dapat dilihat di kawasan tersebut ialah pencemaran udara. Memandangkan sebahagian besar penduduk kampung tersebut terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu penanaman padi, sisa pertanian mereka menjadi punca kepada pencemaran udara. Sewaktu membuat kajian, saya mendapati penduduk kampung membakar sisa pertanian contohnya jerami padi. bla bla bla.... (buat dan hurai menggunakan ayat sendiri)


8.2 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian (gantikan perkataan berwarna merah dengan kawasan kajian anda) dan unsur patriotisme

Bahagian ini memperuntukkan ENAM markah maksimum. Untuk mendapatkan markah penuh, pelajar perlu menghuraikan EMPAT punca berlakunya pencemaran di kawasan kajian mereka. Punca pencemaran sudah diberikan dalam markah penskoran. Pelajar hanya perlu memilih mana yang sesuai dan hurai menggunakan ayat sendiri.

Contohnya:- Punca berlakunya tiga pencemaran di kawasan kajian adalah:-
i) Sisa domestik
sampah sarap contohnya plastik, kertas,kayu dan sebagainya yang tidak digunakan lagi oleh penduduk menyebabkan berlakunya pencemaran air. Ini kerana penduduk kampung tersebut membuang segala sisa domestik tersebut ke dalam sungai dan akhirnya menyebabkan sungai tersebut tercemar.

ii) Perniagaan
Terdapat satu kawasan yang dibina banyak gerai makan di kampung tersebut. Dapat dilihat dengan jelas di kawasan itu terdapat banyak bekas / sisa makanan yang dibuang merata-rata bla bla bla.... (buat dan hurai menggunakan ayat sendiri)

sila tambahkan punca yang lain.Namun perlu diingat punca perlu selari dengan jenis pencemaran.Kalau jenis pencemaran berkaitan dengan pencemaran air, tanih dan udara, pastikan pelajar hanya memasukkan punca yang sesuai sahaja dengan jenis pencemaran yang dipilIh.

Di bahagian ini juga,pelajar perlu meletakkan Unsur Patriotisme iaitu ayat yang menunjukkan bahawa pelajar sayangkan kawasan kajian.

Contohnya:-
Memandangkan pencemaran alam sekitar ini adalah berpunca daripada Penduduk Kampung Pinang Sebatang, mereka perlulah berusaha untuk mengubah sikap mereka agar kebersihan kawasan ini dapat ditingkatkan.

Pastikan pelajar menggunakan ayat sendiri untuk membuat KKG anda. Ayat yang cikgu gunakan di atas hanya sebagai panduan sahaja. Cikgu pasti pelajar mampu membina ayat yang jauh lebih baik. Sekiranya terdapat ayat cikgu yang salah, jangan ketawa2 depan pc anda. Takut nanti orang ingat anda baru terlepas dari Tanjung Rambutan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Qaisara Idrus berkata...

hahhahaha, amat membantu. terima kasih cikgu

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.