Mood bercuti anda akan terganggu (kata-kata bagi mereka yang lupa status diri sebagai pelajar) kerana Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan tajuk KKG bagi tahun 2011. Sebelum cikgu bagi link, (soalan akan diberikan secara rasmi minggu depan di dalam kelas) cikgu mahu mengingatkan pelajar beberapa perkara berkaitan KKG ini:-
1. JANGAN copy paste mana-mana KKG dalam internet, print, binding dan hantar. INGAT! guru anda bukan orang yang buta IT. Anda akan dikenakan tindakan sekiranya didapati menghantar KKG hasil kerja orang lain.
2. Sila patuhi jadual penghantaran KKG untuk memudahkan kerja anda dan guru yang memeriksa. Perlu diingatkan jika anda rasa kerja anda berlambak, apa lagi kerja orang yang mengajar anda.
3. Sebarang masalah berkaitan dengan KKG boleh diajukan di dalam kelas, berjumpa terus dengan guru atau dalam blog ini. Satu entri berkaitan dengan KKG akan dibuat untuk memudahkan pelajar dan guru.
4. Walaupun pelajar-pelajar menggunakan kertas wangi semerbak dan berwarna warni,itu tidak akan mempengaruhi markah sekiranya KKG anda tidak menepati kriteria dalam markah penskoran (akan diterangkan kriteria tersebut dengan lebih lanjut di dalam kelas nanti). Gunakan kertas folio yang standard sahaja sudah memadai.
5. Bagi yang tidak sabar untuk menunggu apa tajuk KKG 2011 diterangkan didalam kelas,boleh klik sini
Jumaat, 4 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 comments:
nombor 1 tu paling NGAM..hahaha..
ha3 najib.amaran keras sudah thn ni. bikin panas klu asyik2 cek KKG yg sama ja.nsb x ada kuasa fire mcm ultraman.alasan paling sengal "SY X TIRU CG,TU HASIL KERJA SY SENDIRI.lps cg kasi lambak KKG yg sama dan serupa (yg beza cuma nama di muka muka depan)baru la dorang buat muka mcm org tertelan batu bata.bikin panas n sakit jantung
Terima Kasih, cikgu! hehe. smpai bulan julai ba tu kn cigu? cigu, saya mw tngok sample2 krja kursus yg cmrlang thn2 lalu. blh, cigu?
tidak boleh (baca dengan nada yang kejam)ha3..boleh ba.nanti ikut pergi bilik geografi. semua KKG thn2 lps ada disana.tp KKG pljr 2010 x boleh diambil selagi x sampai bulan 6
Catat Ulasan