Pernahkah anda membuang sampah di laut? Kalau tak pernah, pernahkah anda buang sampah ke dalam longkang? Dari longkang, ke longkang besar, ke sungai dan akhirnya ke laut juga.Tentu anda tahu bahawa plastik tidak mudah untuk dimusnahkan dan akhirnya membawa pencemaran yang teruk.
Tahukah anda sampah yang dibuang di laut terkumpul menjadi sebuah pulau yang dikenali dengan istilah Plastic Continent.
Plastic Continent adalah sebuah kumpulan sampah yang terdiri dari 80% bahan plastik dan lebih kurang 3.5 juta tan sampah plastik dan membentuk sebuah pulau di tengah lautan Pasifik antara Hawai dan California.
Pulau sampah yang tak sengaja terbentuk ini tersusun hampir melebihi ukuran Texas,Amerika Syarikat. Ditemui pada tahun 1997 oleh Kapten Charles Moore, dianggarkan jumlah plastik adalah 6 kali daripada plankton yang hidup disana.
Kempen tiada penggunaan plastik di pasaraya-pasaraya dan supermarket pada tiap hari sabtu adalah relevan dengan kempen pengurangan penggunaan plastik supaya tiada pulau sampah akan timbul di Laut Cina Selatan pula.
Posted@www.isuhangat.net. GO GREEN!
Obor-obor yang tersangkut di jaring.
Burung bangau mati kerana pencemaran
Kasihan pada makhluk Allah ini.
Tapi lagi kasihan dengan mereka yang digelar sampah masyarakat. Dan yang lagi kasihan apabila mereka yang dikatakan sampah masyarakat ini tidak berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Lebih kasihan kepada orang yang sesuka hati mengelar orang lain sampah masyarakat tetapi dirinya lebih sampah dari sampah.eh,apa yang merepek ni?tak faham betul la
2 comments:
huhu.. keciannya uncle penyu tu.. ;(
mmg 'sampah' btul org yg buang sampah dkt longkang, sungai dn laut tu..
nah,mrh sdh kayrin.cuba surf gmbr2 d internet psl kematian hidupan akuatik yg dsebabkan kelalaian manusia.sedih btl.....
Catat Ulasan