Ahad, 27 Februari 2011

PERBINCANGAN KKG 2011 SEMUANYA DISINI



Cikgu faham ada antara pelajar yang bengang sebab tulisan dalam shoutbox amat terhad. Entri ini khas untuk semua persoalan yang berkaitan dengan KKG 2011. Apa-apa persoalan dalam shoutbox pun cikgu akan copy & paste dalam ruangan ini supaya lebih jelas penerangannya. Ini juga untuk mengelakkan mereka yang tidak berkenaan menggunakan nama NJ untuk menjawab soalan pelajar yang lain. Cikgu tahu niatnya ikhlas untuk membantu kawan,tetapi caranya tidak betul. Perbincangan ini secara rasminya bermula hari ini (27 Februari 2011) dan akan berlanjutan sehingga semua pelajar menyiapkan dan menghantar KKG 2011.

Antara soalan dalam shoutbox

warda (3 amanah) ckgu. klau lmbt hntr mcmna tuh?
jawapan: Sekiranya pelajar lambat hantar, cikgu tidak jamin anda akan mendapat KKG anda sebelum cuti. Anda diminta menghantar awal supaya cikgu sempat tanda aspek 1 hingga 5 dan sempat dipulangkan kepada pelajar semula supaya pada waktu cuti ini, pelajar dapat memperbetulkan KKG dan membuat aspek seterusnya (bermula dari aspek 8)

warda (3 amanah) aduii. hehe. yg ckgu bg cth pnghrgaan tuh bha, semua hruf bsar kn? msti ka tuh?
jawapan:huruf besar cuma untuk penegasan sahaja. Janganlah taip semua huruf besar. Seolah-olah kamu marah pula masa membuat KKG tu,haha...Cikgu tahulah cikgu ni rabun tp setakat tulisan huruf kecil itu masih boleh lagi cikgu baca.Nanti cikgu ubah tulisan sebelum ini menjadi huruf kecil supaya pelajar-pelajar tidak keliru. Terima kasih

bdk 3jujur salam...kpd sapa2 yg boleh bantu...sya mau tnya..msti gak ka tulisan taip 2 saiznya 12?
jawapan: salam. YA. Mesti ikut seperti mana yang diminta dalam markah penskoran yang diedarkan kepada pelajar. Selain font mesti saiz 12, tulisan juga mestilah Times New Roman. (Arahan lain ada dalam markah penskoran itu).

warda (3 amanah) blur sy bwat objektif kajian. tlg dlu bg kata kerja tuh :p
jawapan: Mesti tidak mendengar waktu guru Bahasa Melayu mengajar ni,haha..Contoh kata kerja yang sesuai untuk dimasukkan dalam bahagian objektif kajian ini ialah seperti:-
i) menerangkan
ii) menjelaskan
iii) mengkaji
iv) mencadangkan

Kepada yang asyik merungut mengatakan KKG ini susah tapi tidak ada usaha untuk membuatnya, pesanan untuk mereka:
Impian tidak akan menjadi kenyataan jika anda asyik tidur sahaja
Mahu pandai perlu belajar, namun kalau mahu memandai-mandai tidak perlu tunggu menjadi pandai :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 comments:

Budak_taWadhuk - najwa - berkata...

Sya ingt cikgu yg jwb ptnyaan c wardah tu. Hmm,, jd, xdpt uda la chat kt shoutbox cgu tu?

yg tajuk setiap muka surat tu pun kna font 12 la jga, cgu?

Nitah Jain berkata...

Budak_taWadhuk - najwa - yg bilangan m/s tu nanti automatik 2 klu kamu insert page.jd x pyh ubah apa2 saiznya.nanti jumpa cg klu rasa masih x jelas cara insert,ok?

Nitah Jain berkata...

Budak_taWadhuk - najwa -masih boleh lg chat d shoutbox tu,tapi nanti cg akan bls dbahagian komen supaya lebih jelas n pjg lebar penerangannya.lagipun skrg cg dah ubah setting bahagian komen ni.apa-apa jawapan dari cikgu semuanya berwarna merah.

Budak_taWadhuk - najwa - berkata...

jp, bkn blngn m/s, cgu.., saiz font tajuk tu msti saiz 12 jga?

*sya ja yg mnanya ne...=='

Nitah Jain berkata...

ya. guna saiz 12 la..he3, btanya maksudnya bminat buat kerja.klu x btanya mksudnya tlebih fhm @ x minat buat (yg mn 1 idaman kalbu)

scout_p2 berkata...

cikgu, apa lgi yg maw d soal dlm soal slidik tu cgu utk tajuk perhubungan?

Nitah Jain berkata...

aiseh, buat tajuk phubungan ka?borang soal selidik 2 sbnrnya adalah slh 1 cara utk dptkan maklumat drp org ramai @ responden ttg kajian kita.cuba tgk2 dulu dlm dapatan kajian 2 (aspek 8) apa yg sesuai dijadikan soalan dlm borang utk dijwb secara btulis oleh responden.try dulu,klu dah btl2 x dpt jg baru cg bg contoh.caiyo2...ha3

Budak_taWadhuk - najwa - berkata...

klu tnya sal alat prhubungan yg ada d rumah responden, cgu?

Nitah Jain berkata...

Budak_taWadhuk - najwa,
utk borang soal selidik,boleh masukkan instrumen yang berkaitan dengan dapatan kajian. contohnya boleh minta pendapat responden tentang skala kepentingan sistem perhubungan kepada mereka dan skala kesan negatif sistem perhubungan tersebut.skala boleh dibuat contohnya
1 (tidak setuju)
2 (kurang setuju)
3 ( setuju)
4 (sangat setuju)

contoh 1
perkembangan sistem perhubungan memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan di kampung pinang sebatang
(responden akan tandakan skala yang ada)
boleh faham dengan penerangan ni?kalau rasa susah nak faham ayat cikgu,boleh jumpa cikgu nanti @ guru mata pelajaran terus,ok?

Budak_taWadhuk - najwa - berkata...

ow. ok. stu lagi, blh bh kan cigu klu sya edar borg soal sldik ne kat plajar2 yg tgl tmn nikmat jak?

Nitah Jain berkata...

boleh ba.sbb x ada pun dinyatakan had umur bagi responden

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.