Selasa, 1 Mac 2011

Nota Untuk Pelajar SPM

Sesiapa yang menggunakan nota ini, tidak kisah dengan atau tanpa pengetahuan (ilmu yang baik perlu dikongsi):

Nota telah lama dalam simpanan dan sudah tidak berapa pasti dari mana sumbernya. Jika ada keraguan, sila berbincang dengan guru mata pelajaran anda.

Tema 1 BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

Sistem Bumi

1. Komponen dalam sistem bumi

- Atmosfera

- Hidrosfera

- Litosfera

- Biosfera

2. Jenis-jenis gas dalam atmosfera

- Nitrogen

- Oksigen

- Argon

- Karbon dioksida

- wap air

3. Lapisan atmosfera

a. Troposfera

b. Stratosfera

c. Mesosfera

d. Termosfera

Struktur Bumi

1. Lapisan bumi

- kerak bumi

- mantel

- teras luar

- teras dalam

2. Lapisan kerak bumi

- Sial

- Sima

3. Ciri-ciri lapisan Sial dan Sima

Ciri-ciri lapisan Sial

Ciri-ciri lapisan Sima

1. Terletak di atas Sima

1. Terletak di bawah Sial

2. Ketebalan antara 30 - 50 km

2. Ketebalan antara 5 – 10 km

3. Ketumpatan antara 2.6 – 2.7

3. Ketumpatan antara 2.8 – 3.1

4. Kaya dengan silika dan aluminium

4. Kaya silica,besi dan magnesium

5. Batuan utama ialah granit

5. Batuan utama ialah basalt

4. Ciri-ciri teras luar dan teras dalam

Ciri-ciri Teras Luar

Ciri-ciri Teras Dalam

1. Terletak antara 2900 - 5150 km dari

permukaan bumi

1. Terletak antara 5150 - 6370 km dari

permukaan bumi

2. Ketumpatan antara 10.0 - 12.3

2. Ketumpatan antara 13.3 – 13.6

3. Suhu dalam lingkungan 3000ºC

3. Suhu dalam lingkungan 5000ºC

4. Batuan dalam bentuk cecair

4. Batuan dalam bentuk pepejal

Jenis-jenis Batuan dan Kepentingannya

1. Jenis-jenis batuan

- Batuan igneus

- Batuan enapan

- Batuan metamorfosis

2. Ciri-ciri batuan igneus

BATUAN IGNEUS

Jenis Batuan

Contoh Batuan

Warna

Tekstur

Batuan Igneus

Rejahan

Granit

Cerah

Kasar

Gabro

Gelap

Kasar

Batuan Igneus

Terobosan

Basalt

Gelap

Halus

Obsidian

Gelap

Berkaca

Pumis

Cerah

Berkaca

3. Ciri-ciri batuan enapan

BATUAN ENAPAN

Jenis

Batuan

Komposisi

Batuan

Jenis Klastik

Konglomerat

Kerakal, kelikir, batu tongkol

Batu pasir

Pasir

Syal

Lempung

Batuan

Jenis Kimia

Batu garam

Halit

Batu gypsum

Gipsum

Batuan

Jenis Organik

Batu kapur

Kalsit dari sisa haiwan

Batu arang

Hasil pereputan tumbuhan

4. Ciri-ciri batuan metamorfosis

BATUAN METAMORFOSIS

Jenis Batuan

Tekstur

Batuan Asal

Syis

Sederhana kasar

Slat, basalt dan granit

Gneis

Kasar

Granit

Batu marmar

Kasar

Batu kapur

Kuartzit

Sederhana kasar

Batu pasir

5 Kepentingan batuan

KEPENTINGAN BATUAN

Jenis Batuan

Contoh Batuan

Kepentingan

Batuan

Igneus

Batu granit

Membina bangunan, jalan raya, empangan, jalan kereta api, jambatan dan tetambak.

Batuan

Enapan

Batu kapur

Membuat simen dan konkrit

Batu pasir

Membuat kaca

Lempung

Membuat tembikar dan bata

Arang batu

Membuat besi dan keluli

Batuan

Metamorfosis

Batu marmar

Barang perhiasan seperti pasu dan meja

Hiasan dinding dan lantai bangunan

Batu permata

Perhiasan wanita (rantai, gelang, cincin & cincin.

Membuat mata pengisar, pemotong & gerudi

Pergerakan Plat Tektonik

1. Cara pergerakan plat

- pertembungan palt

- pencapahan / pemisahan plat

2. Jenis-jenis pertembungan plat

- pertembungan plat lautan dengan plat lautan

- pertembungan plat lautan dengan plat benua

- pertembungan plat benua dengan plat benua

3. Jenis-jenis lipatan kerak bumi

- lipatan monoklin

- lipatan simetri

- lipatan asimetri

- lipatan rebah

- lipatan lampau

Pembentukan Gunung Berapi

1 Ciri-ciri lava asid dan bes

Perbezaan Ciri Antara Lava Asid dengan Lava Bes

Ciri Lava

Lava Asid

Lava Bes

Tahap

Kecairan

· Sangat pekat, melekit dan mengalir perlahan

· Cair dan mengalir dengan cepat dan laju

Tahap

Pembekuan

· Cepat membeku di permukaan bumi

· Lambat membeku dan mengalir jauh di permukaan bumi

Kandungan

Mineral

· Mengandungi silika yang tinggi

· Mengandungi banyak besi dan magnesium

Takat

Peleburan

· Takat lebur yang tinggi dan kepadatan yang rendah

· Takat lebur yang rendah dan sangat panas

2 Jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam

Bentuk Muka Bumi

Ciri-Ciri

Daik

1. Membeku secara tegak/condong dalam kerak bumi

2. Mengalir keluar melalui batuan yang lemah atau telah

mengalami retakan

Lopolit

1. Membeku sebelum keluar kepermukaan

2. Berbentuk piring

3. Bahagian tengah seperti sebuah lembangan

Sil

1. Terbentuk dilapisan batuan mendak

2. Tidak tebal

3. Selari dengan lapisan batuan

Pakolit

1. Terbentuk dikemuncak lintap mungkum/dasar lintap lendut

2. Berbentuk seperti sebuah kanta

Lakolit

1. Berbentuk cendawan

2. Atas berbentuk dom dan bawahnya rata

Batolit

1. Sekumpulan besar magma beku dalam kerak bumi

2. Keluasan mencapai beratus kilometer

3. Menjadi dasar gunung.

3. Jenis-jenis bentuk muka bumi jalar luar

Bentuk Muka Bumi

Ciri-ciri

Kon Lava Asid

1. Mengalir dipermukaan bumi dalam jarak yang dekat

2. Membeku dengan cepat

3. Membentuk kon yang sangat curam

Kon Lava Bes

1. Lava yang cair

2. Mengalir jauh di permukaan bumi

3. Cerun yang landai

4. Kaya dengan kandungan besi

Kon Abu

1. Terbentuk daripada abu dan serpihan batu

2. Letusan yang sangat kuat

3. Cerun yang lebih curam

Kon Komposit

1. Magma keluar melalui beberapa rekahan

2. Membentuk kon kecil/parasit

3. Bahan kon berselang-seli antara lapisan abu dan lava

Penara Basalt

1. Dataran lava yang luas

2. Lava bes keluar melalui rekahan dan mengalir secara

meluas

3. Lava basalt menembusi lapisan batuan asal dan membentuk

dataran yang agak tinggi

Krater

1. Terbentuk hasil letusan gunung berapi yang kuat

2. Letupan membentuk lekukan / kawah

3. Menjadi tapak sebuah tasik

4. Takungan air membentuk tasik krater

Kaldera

1. Pengaliran magma yang terlalu banyak melemahkan

struktur batuan di bahagian bawah bumi

2. Runtuhan bumi membentuk membentuk satu kawah yang

besar

PERUBAHAN PANDANG DARAT FIZIKAL

Luluhawa

1. Jenis-jenis luluhawa

- luluhawa fizikal / mekanikal

- luluhawa kimia

- luluhawa organik

2. Jenis-jenis luluhawa fizikal

Jenis luluhawa fizikal

Huraian

Perubahan suhu

- Batuan mengembang dan mengecut secara berulang

- Berlaku di kawasan gurun kerana julat harian sangat

besar

- Perubahan suhu yang berulang menyebabkan

lapisan luar batuan rekah dan pecah

- Proses ini menyebabkan pemecahan bongkah dan

penyepaian berbutir

Tindakan ibun

- Proses beku cair secara berulang-ulang di dalam

batuan

- Berlaku di kawasan iklim sederhana sejuk dan

pergunungan

- Batuan pecah secara serpihan dan jatuh dicerun-cerun

gunung

- Timbunan batuan dicerun dikenali sebagai talus / skri

Basah kering

- Batuan mengembang semasa basah dan menguncup

semasa kering

- Proses basah kering secara berulang menyebabkan

batuan merekah dan pecah

- Di kawasan pantai proses basah kering menyebabkan

batu pasir pecah dan relai

- Berkesan di kawasan tropika

3. Luluhawa kimia

Hidrolisis - Proses tindak balas kimia antara mineral batuan dan air

- Batu granit + Air = Kaolin

Penghidratan - Proses mineral batuan menyerap air, mengembang dan menjadi

mineral baru yang lemah

- Anhidrit + Air = Gipsum

Pengoksidaan - Proses tindak balas antara mineral batuan dengan oksigen di

udara

- Menghasilkan oksida besi yang lemah

- Di kawasan tropika banyak terdapat batuan yang mengandungi

besi apabila terluluhawa menghasilkan tanih laterit

Larutan - Proses mineral menjadi cair apabila bercampur dengan air

- Berkesan terhadap batuan apabila air mengandungi asid

- Air + Kalsium = Kalsium karbonat

Pengkarbonan - Proses tindak balas antara batu kapur dengan asid karbonik

- Berkesan di kawasan batu kapur

- Asid Karbonik + Batu kapur = Kalsium bikarbonat

Gerakan Jisim

Jenis Gerakan Jisim

Huraian

Kesotan tanih

- Pergerakan paling perlahan

- Berlaku dalam jangkamasa yang panjang

- Berlaku hasil daripada tindakan air mengalir, tindakan

ibun dan binatang ternakan

- Berlaku di kawasan tanah tinggi spt Cameron Highlands

Aliran lumpur

- Lumpur menuruni cerun dengan laju

- Bahan yang dibawa ialah lumpur dan air

- Berlaku akibat hujan lebat yang turun tiba-tiba

- Berlaku di kawasan cerun curam, kawasan tiada litupan

tumbuhan dan tanih berzarah halus

Tanah runtuh /

Gelongsoran tanah

- Pergerakan bahan-bahan spt. ketulan batuan bercampur

tanih menuruni cerun

- Berlaku sangat pantas di kawasan cerun curam

- Kejadian ini bergantung kepada ketinggian cerun, sifat

dan jenis tanih, litupan tumbuhan, iklim, air hujan, air di

permukaan tanah, tindakan manusia dan gempa bumi

Gelangsaran Tanah

- Berlaku di kawasan pinggir praglasier

- Kejadian ini akibat tindakan fros, proses panas-sejuk

berulang-ulang dan aktiviti salji

- Kadar pergerakan lebih cepat waktu tengah hari apabila

salji cair

Kesan gerakan jisim

Kesotan tanih - pokok condong

- tembok retak dan pecah

- membentuk cerun-cerun berteres dikaki cerun / teraset

Aliran lumpur - pembentukan kipas alluvium dikaki cerun

- lurah berbentuk V

- kerosakan harta benda

- kehilangan nyawa

Gelangsar tanah - permukaan cerun yang berlekuk

- terdapat bonggol

- teres

- permatang

Tanah runtuh / - kerosakan jalan raya

Gelongsoran tanah - kehilangan nyawa

- kemusnahan harta benda

Tindakan Air Mengalir

Proses Tindakan Air Mengalir (Sungai)

a. Tindakan hakisan sungai

Tindakan hakisan

Proses berlaku

Tindakan hidraul

-Air sungai menghempas tebing dan dsasar

-Hempasan ini menggali keluar dan mencungkil

bahan-bahan batuan

-Berkesan di kawasan air terjun

Geseran

-Dilakukan oleh bahan-bahan yang dibawa dan diangkut oleh

air sungai spt. batu tongkol, kelikir, pasir dan kelodak

-Bahan-bahan ini menggesel dinding dan dasar lurah sungai

semasa ia mengalir

Lagaan

-Bahan-bahan yang diangkut oleh sungai berlaga sesama

sendiri

-Bahan ini akan pecah dan menjadi kecil


Larutan

-Air sungai mengalir ke kawasan batuan yang mudah larut

-Asid lemah dalam air sungai akan melarutkan batuan pada

dinding dan dasar sungai (Batu kapur dan batu garam)

b. Pengangkutan sungai

Pengangkutan sungai

Proses berlaku

Seretan

-Berlaku di bahagian dasar lurah sungai

-Bahan-bahan yang sangat besar dan berat spt. batu

Tongkol

Lompatan

-Pemindahan bahan-bahan secara melompat

-Bahan-bahan spt. batu kelikir, serpihan batuan

Apungan

-Bahan-bahan spt. pasir, kelodak, Lumpur bergerak ke hilir

sungai secara terapung di permukaan air

Larutan

-Larutan berlaku pada bahan-bahan atau mineral mudah

larut dalam air seperti batu kapur

c. Pemendapan sungai

-Pemendapan berlaku apabila aliran sungai tidak mampu membawa bahan-

bahan kerana tenaga untuk mengangkut menjadi kurang

-Pemendapan berlaku di hilir sungai dan tebing cembung sungai

-Bahan-bahan berat dan besar spt. batu tongkol dimendap dahulu manakala

bahan-bahan kecil spt. pasir dimendapkan kemudian

d. Bentuk muka bumi hasil hakisan sungai

-Lurah V

-Air terjun

-Jeram

-Lubuk pusar

-Susuh bukit / susuh bukit berpanca

-Likuan sungai

e. Bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai

-Tasik ladam

-Delta

-Dataran banjir

-Tetambak

Tindakan Air Mengalir (Ombak)

Bentuk muka bumi hasil hakisan ombak

-Tanjung dan teluk

-Cenuram dan teres hakisan ombak

-Gerbang laut

-Batu tunggul

-Tunggul sisa

-Lohong ombak / gloup

-Geo / anak teluk

Bentuk muka bumi hasil pemendapan ombak

-Tetanjung / anak tanjung

-pantai

-Beting pasir

-Tombolo

LAUT DAN LAUTAN

Faktor mempengaruhi Pembentukan terumbu karang

Radial Diagram

Kepentingan laut dan lautan

Contoh

Kegunaan

Ikan dan hidupan laut

Sumber protin: industri ikan dalam tin

Rumpair laut

Bahan makanan dan ubat-ubatan

Batu karang , mutiara dan siput

Barang perhiasan dan kraf tangan

Petrolem dan Gas Asli

Sumber bahan mentah dan bahan api

Pengangkutan air

Penghantaran barangan dan penumpang

Tenaga ombak

Tenaga letrik gelombang ombak

Sejatan

Hujan kawasan pantai

Bayu laut

Menyerdahana suhu

Pelancongan

Aktiviti skuba, sukan air

Penyahgaraman

Sumber air tawar

Kawasan ujian

Ujian nuklear

Tebus guna

Tujuan kawasan industri, perumahan

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Laut dan Lautan

Punca

Kesan

Cara Mengatasi

Tumpahan minyak

Pencemaran/ hidupan mati

Kerjasama anatarabangsa/

Tindakan undang-undang

Tebus guna laut

Air laut tercemar

Undang-undang/ JAS

Perlombongan minyak

Pencemaran sekitar pelantar

Kos mengawal kebocoran paip

Pembuangan sampah dan kumbahan

Pencemaran air, bau dan hidupan laut terancam

Tindakan undang-undang,

Pendidikan alam sekitar

Bahan buangan kilang

Air tercemar/ beracun

Tindakan undang-undang,

Pendidikan alam sekitar

Ujian Nuklear

Air dicemari bahan radioaktif

Kerjasama antarabangsa

Pemeliharaan laut dan lautan

Taman laut dan Akuarium laut

  • Malaysia mempunya 38 taman laut
  • Di wartakan di pulau-pulau
  • P Tioman, P Redang, P payar
  • Taman tunku Abdul Rahman
  • Memelihara dan melindungi ekosistem laut
  • Pelancong mesti mematuhi peraturan
  • Terumbu karang dapat diselamatkan

Definisi Istilah-istilah utama lautan

pentas benua

Laut cetek, kurang 183 meter

Jurang lautan

Bahagian lautan paling dalam

Terumbu Pinggir

Barisan karang di sekeliling pulau atau sepanjang benua

Terumbu Sawar/ terumbu penghalang

Kawasan karang yang dipisahkan oleh lagun

Atol/ pulau cincin

Penenggelaman pulau oleh pertumbuhan terumbu karang

Lagun

Kawasan laut cetek yang dikelilingi atol

TEMA 3 : TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR

  1. i) Padang Rumput Steppe.

a) Padang rumput pendek

b) Contoh rumput ‘blue grama’ dan’ bufflo grass’

c) Di Amerika Utara dikenali sebagai Prairie, di Amerika Selatan-

Pampas,Steppe diAsia.

d) Pokok-pokok jarang.

e) Hidupan liar seperti serigala’serigala,rubah

ii) Hutan Monsun Tropika

a) Bukan malar hijau

b) Daun lebar

c) Batang besar dan berkulit tebal

d) Profil hutan terdiri daripada 3 lapisan

e) Hidupan liar seperti gajah,badak sumbu

iii) Hutan Konifer

a) Pokok malar hijau

b) Satu lapisan pokok

c) Terdiri daripada pokok kayu lembut seperti pain,spurs

d) Daun tajam berbentuk jarum

e) Hidupan liar seperti karibu, beruang

iv) Hutan Hujan Tropika

a) Pokok malar hijau

b) Terdiri daripada 3 / 4 lapisan

c) Banyak spesies tumbuh-tumbuhan

d) Pokok kayu keras

e) Daun lebar

f) Hidupan liar seperti harimau, kera

4 . a) Komponen hidup (biotik)- manusia, tumbuhan, haiwan

B Komponen bukan hidupan (abiotik) seperti cahaya matahari,

hujan,udara mineral dan tanih

c) Organisma yang dapat menghasilkan makanannya sendiri

seperti tumbuhan hijau

d) Organisma yang tidak dapat menghasilkan makanannya sendiri seperti haiwan

e) Organisma yang menghuraikan tumbuh-tumbuhan, bangkai

dan najis haiwan seperti bacteria dan kulat

f) Binatang yang memakan tumbuhan sahaja seperti beluncas, arnab

g) Binatang yang memakan haiwan lain

h) Pengguna yang memakan tumbuhan dan haiwan

5. Kepentingan hutan

- Mencegah hakisan

- Kawasan tadahan air

- Membekalkan oksigen

- Menyerap karbon dioksida

- Mengawal banjir

- Mengimbang suhu setempat

- Menyuburkan tanah

- Membekalkan wap air

- Memerangkap kotoran / habuk / debu

6. Ekosistem hutan hujan tanah pamah dan paya bakau

Persamaan

a) Kedua-dua jenis hutan adalah malar hijau

b) Kepelbagaian biologi

c) Membekalkan oksigen, menyerap karbon dioksida

Perbezaan

Hutan Hujan Tropika Hutan Paya Bakau

Ciri pokok

- 3 / 4 lapisan pokok - satu lapisan pokok

- akar banir - akar ceracak

- pokok tinggi - hidup di kawasan paya

Spesis

- kaya dengan sepsis tumbuhan - Kurang sepsis pokok kerana

kemasinan yang tinggi

Kawasan

- Kawasan tanaha pamah bersaliran baik - Kawasan pinggir laut yang

berlumpur, terendam dan

kemasinan tinggi

Pengguna

- Hidupan daratan - hidupan daratan dan marin

Rumusan

- Kedua-dua hutan ini tumbuh di kawasan berbeza tetapi mempunyai satu persamaan iaitu hutan malar hijau.

7. Kesan kegiatan berikut:

Pembalakan

- hutan musnah

- hidupan liar kehilangan habitat

- hakisan

- larut resap tanih

Pertanian

- Hutan diganti dengan ladang dan tanaman sejenis

- Tanih hilang subur

- Pencemaran air – penggunaan baja kimia

Pengangkutan

- Pembinaan lebuh raya

- Memudahkan penerokaan kawasan untuk pembalakan

TEMA 4: DINAMIK PENDUDUK

1. Faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu kawasan berpenduduk

Padat

Sederhana Padat

Jarang

-Bandar-bandar besar

-Banyak peluang

pekerjaan.

-Kawasan perindustrian

-Kemudahan

pengangkutan

-Pembangunan Bandar

baru

-Pusat pendidikan tinggi

-Kawasan perlombongan

-Kawasan penanaman

getah dan kelapa sawit

-Kawasan pendaratan ikan

-Kawasan rancangan

kemajuan tanah

-Kawasan bergunung-

gunang dan berhutan tebal

-Kawasan pedalaman yang

terpencil

-Darjah ketersampaian

rendah

-Kawasan pertanian dan

perikanan tradisional

-Kawasan kurang

kemudahan asas / awam

2. Faktor mempengaruhi kepadatan penduduk di Lembangan St. Lawrence, Kanada

-Sejarah awal diterokai pendatang Eropah

-Bentuk muka bumi yang rata

-Tanih alluvium yang subur untuk pertanian

-Terdapat pelbagai sumber bahan mentah spt. hasil pertanian, kayu balak,

mineral, hasil penternakan dan KHE

-Pertanian bercorak komersial / ekstensif

-Kemajuan sektor perindustrian

-Kemudahan sistem pengangkutan dan perhubungan

-Jalan air St. Lawrence yang murah

-Kemudahan IPT

-Perkhidmatan kesihatan moden

-Banyak Bandar-bandar besar

-Kemajuan industri pelancongan

Pertumbuhan Penduduk

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran

-Struktur umur penduduk

-Taraf hidup

-Taraf pendidikan

-Usia perkahwinan

-Amalan perancangan keluarga

-Tahap kemajuan Negara

-Governan – menghadkan saiz keluarga

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian

-Kemudahan dan kelengkapan perubatan moden

-Taraf hidup penduduk

-Kemudahan hospital / klinik

-Bilangan doktor / doktor pakar berbanding penduduk

-Taraf kesihatan penduduk

-Taraf pendidikan

-Dasar kerajaan / governan

Migrasi Penduduk

Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman

-Kemudahan asas / awam

-Peluang pekerjaan

-Kemudahan pendidikan tinggi

-Rancangan kemajuan tanah

-Jaringan pengangkutan

-Bencana alam

-Perkembangan bandar baru / bandar satelit

-Bandar-bandar besar / ibu negeri

-Pertukaran tempat kerja / bersara

-Persekitaran yang tenang dan nyaman.

Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa

-Peluang pekerjaan

-Melanjutkan pelajaran tinggi

-Meningkatkan taraf hidup

-Menjalani rawatan perubatan

-Bencana alam

-Ketidakstabilan politik / peperangan

-Wabak penyakit

-Pelancongan

Kesan migrasi terhadap sesebuah Negara

-Perubahan struktur penduduk

-Mengatasi kekurangan tenaga buruh

-Memperluaskan pasaran barangan pengguna

-Berlaku pemindahan teknologi

-Perkembangan pendidikan tinggi

-Meningkatkan masalah sosial / jenayah

-Kawasan pertanian terbiar

-Masalah perumahan / petempatan setinggan

Piramid Progresif

Ciri Piramid

Ciri Demografi

- Tapak lebar

- Kanak-kanak ramai

- Kadar kelahiran tinggi

- Kadar kematian tinggi

- Kadar pertumbuhan penduduk tinggi

- Puncak tirus / sempit

- Warga tua sedikit

- Kadar kematian tinggi

- Jangka hayat rendah

Piramid Peralihan

Ciri Piramid

Ciri Demografi

- Tapak sempit

- % kanak-kanak sedikit

- Kadar kelahiran rendah

- Kadar pertumbuhan penduduk rendah

- Tengah lebar

- Penduduk dewasa ramai

- Kadar kematian rendah

- Puncak sempit

- Warga tua sedikit

- Kadar kematian rendah

- Jangka hayat tinggi

Piramid Stabil

Ciri Piramid

Ciri Demografi

- Tapak sempit

- Kadar kelahiran rendah

- % kanak-kanak rendah

- Kadar pertumbuhan penduduk rendah

- Sisi tegak

- Kadar kelahiran dan kematian hamper sama

- % kanak- kanak dan dewasa hamper sama

- Puncak lebar

- Jangka hayat tinggi

- % warga tua tinggi

- Kadar kematian rendah

Langkah mengatasi masalah di negara kurang penduduk

-Membawa masuk tenaga buruh asing

-Menggalakkan wanita bekerja

-Meningkatkan umur persaraan

-Menggalakkan peningkatan kadar kelahiran

-Pemberian insentif kepada keluarga yang melahirkan ramai anak

-Menyediakan kemudahan perubatan untuk warga tua

-Membina banyak rumah kebajikan

Langkah mengatasi masalah di negara penduduk berlebihan

-Amalan perancangan keluarga

-Meningkatkan taraf pendidikan

-Lewatkan umur perkahwinan

-Polisi menghadkan saiz keluarga

-Menyediakan kemudahan kesihatan

-Mengadakan inovasi serta pemodenan sektor pertanian

Tema 5 : Petempatan dan Perkembangannya

Fungsi petempatan luar Bandar

-Pusat mengumpul dan memproses hasil pertanian

-Menyediakan kemudahan asas

-Menyediakan kemudahan awam

-Melaksanakan urusan pentadbiran kerajaan

Faktor yang mempengaruhi perletakan dan taburan petempatan luar Bandar

-Bentuk muka bumi

-Kesuburan tanih

-Darjah ketersampaian

-Keselamatan

-Bekalan air

-Governan

Fungsi Bandar

-Bandar pentadbiran / ibu negeri

-Bandar pelancongan

-Bandar pelabuhan

-Bandar Diraja

-Bandar pertahanan

-Bandar sempadan

-Bandar perindustrian

-Bandar perlombongan

-Bandar pendidikan

-Bandar satelit

-Bandar teknologi maklumat

Faktor yang mempengaruhi peletakan dan taburan petempatan Bandar

-Bentuk muka bumi

-Sumber mineral

-Darjah ketersampaian

-Faktor sosial

-Governan

Sumbangan luar bandar kepada bandar

Sumbangan bandar kepada luar Bandar

-Menyumbangkan tenaga buruh

-Membekalkan hasil pertanian

-Membekalkan bahan mentah

-Pusat pengumpul dan pengedar hasil

pertanian

-Menyediakan pasaran barang kilang dari

Bandar

-Peluang pekerjaan

-Kemudahan pendidikan

-Perkhidmatan pengangkutan dan

perhubungan

-Perkhidmatan kewangan

-Perkhidmatan pentadbiran

Pembandaran

Fungsi Bandar Satelit

Fungsi Bandar Baru

-Menyediakan kawasan petempatan /

perumahan

-Menyediakan kemudahan asas/awam

yang lengkap

-Menjadi pusat pendidikan

-Menyediakan kawasan industri khusus

-Menyediakan peluang pekerjaan

-Perkembangan kegiatan perniagaan

-Pusat pentadbiran

-Membangunkan kawasan luar bandar

-Pembangunan industri

-Menyediakan pendidikan tinggi

-Perkembangan industri telekomunikasi

moden

-Meningkatkan kegiatan perniagaan dan

perdagangan

-Pusat pentadbiran

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pembandaran

-Perkembangan sektor industri

-Migrasi penduduk yang pesat ke Bandar

-Pengelompokan aktiviti ekonomi spt. industri

-Pertambahan peluang pekerjaan

-Pengelompokan institusi kewangan

-Penyediaan kemudahan awam / asas yang lengkap

-Pemodenan sistem pengangkutan dan perhubungan

-Peningkatan kemudahan pendidikan tinggi

-Penyediaan pelbagai kemudahan kesihatan / perubatan

-Kemudahan sosial yang lengkap spt. kebudayaan,tempat ibadat,hiburan dan rekreasi

-Langkah kerajaan menaik taraf sesebuah bandar

-Pembukaan bandar-bandar baru

Kesan Proses Pembandaran

-Banyak bangunan pencakar langit

-Banyak kawasan tepu bina

-Pembinaan pangsapuri / rumah pangsa untuk petempatan

-Jalan raya diperluas / dinaik taraf

-Pembinaan pengangkutan moden spt. LRT, Komuter, Monorel

-Pembinaan kawasan rekreasi dan pusat hiburan

-Banyak pusat membeli-belah

-Pertambahan penduduk yang pesat

-Peluang pekerjaan bertambah

-Menggalakkan migrasi luar bandar ke bandar

-Pertambahan kawasan setinggan

-Pengangguran bertambah / kemiskinan bertambah

-Masalah sosial meningkat

-Kesesakan lalulintas

-Pencemaran udara oleh asap kenderaan dan kilang

-Kejadian banjir kilat

-Pencemaran sungai spt. kumbahan domestik dan sisa kilang

Langkah Mengurangkan Masalah Pembandaran

-Menyediakan tapak pelupusan sampah

-Penggunaan ‘insinerator’

-Kempen kitar semula barangan

-Menghijaukan bandar / bandar dalam taman

-Memperkenalkan pengangkutan menggunakan kuasa elektrik spt. LRT, Komuter

-Penggunaan petrol tanpa plumbum

-Penguatkuasaan undang-undang

-Membaiki sistem perparitan

-Melaksanakan projek tebatan banjir

-Penempatan semula setinggan

-Pembinaan Bandar satelit

-Kempen menggunakan pengangkutan awam

-Kempen kongsi kereta

-Melebar dan menaik taraf jalan raya

-Membina jalan raya bertingkat

-Laluankhas untuk bas / teksi

-Memindahkan pejabat pentadbiran kerajaan ke bandar baru

Tema 6 : Pengangkutan & Perhubungan

Kepentingan Pengangkutan dan Perhubungan

1. Mempercepatkan perhubungan dan penyaluran maklumat.

2. Urusan perniagaan lebih cekap

3. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui e-dagang

4. Meluaskan pasaran dalam Negara

5. Meningkatkan kualiti kesihatan melalui tele-perubatan.

6. Mempelbagaikan ekonomi dalam Negara.

7. Mengeratkan hubungan antarabangsa.

8. kawalan udara melalui radar

9. persidangan melalui “video conferencing”.

10. Menggalakkan pelaburan asing.

11. Meningkatkan sector pelancongan.

12. Peluang pekerjaan.

13. Sumber pendapatan Negara.

TEMA 7: SUMBER

Sumber Hutan

a. Kepentingan sumber hutan

-Pendapatan negara / hasil eksport Negara

-Peluang pekerjaan

-Kawasan tadahan air

-Sumber kayu balak spt. cengal, meranti,keruing

-Habitat fauna

-Membekalkan oksigen / menyerap karbon dioksida

-Bahan mentah untuk industri

-Mengawal hakisan

-Mengawal suhu persekitaran

-Kawasan pelancongan dan rekreasi

b. Ciri-ciri hutan hujan tropika

-Malar hijau

-Bentuk kanopi

-Berakar banir

-3 / 4 lapisan

-Batang lurus

-Batang keras

-Berdaun lebar

-Lapisan bawah/lantai hutan gelap

c. Kesan penerokaan sumber hutan terhadap alam sekitar

-Ekosistem hutan terjejas

-Habitat fauna musnah

-Kemusnahan flora

-Kepupusan fauna

-Berlaku proses larutresap

-Kelembapan udara kurang

-Suhu meningkat

-Hujan berkurangan

-Kitaran hidrologi terjejas

-Kawasan tadahan terjejas

-Kejadian banjir / banjir kilat

-Oksigen berkurangan / Karbon dioksida bertambah

-Berlaku hakisan

-Tanah runtuh

d. Pengurusan sumber hutan

-Penguatkuasaan undang-undang

-Mewartakan hutan simpan dan taman Negara

-Mengadakan rawatan silvikultur

-Menghadkan kawasan pembalakan / lesen pembalakan

-Rondaan oleh renjer hutan

-Penghutanan semula selepas pembalakan

-Penyelidikan hutan spt. FRIM

-Pembalakan terpilih

-Mewujudkan ladang hutan

Sumber Mineral

Kepentingan sumber petroleum

Kepentingan sumber bijih timah

-Sumber eksport / pendapatan negara

-Peluang pekerjaan

-Bahan mentah untuk industri

-Wujud bandar baru spt. Kerteh

-Wujud pelabuhan khusus spt. Bintulu

-Wujud syarikat besar spt. PETRONAS

-Kemasukan kepakaran asing

-Perkembangan pengangkutan spt. jalan

raya

-Sumber bahan api

-Sumber eksport / pendapatan negara

-Peluang pekerjaan

-Bahan mentah untuk industri

-Perkembangan bandar spt. Ipoh,Taiping

-Kerjasama dengan negara pengeluar

-Wujud hubungan antarabangsa

-Pelabuhan untuk eksport

-Perkembangan pengangkutan spt. jalan

raya

Kesan penerokaan petroleum terhadap alam sekitar

Kesan penerokaan bijih timah terhadap alam sekitar

-Pencemaran laut akibat tumpahan

minyak spt. kapal tangki, penggerudian,

kebocoran paip

-Pencemaran udara spt. pembakaran sisa

minyak dan gas melalui cerobong di

pelantar minyak

-Kepupusan hidupan air/akuatik

-Kemusnahan batu karang

-Terdapat tasik, kolam / lubang besar

-Terdapat bukit pasir / tahi bijih

-Tanih tandus

-Terdapat semak samun

-Air sungai keruh / kotor

-Tanah runtuh

-Hutan musnah

-Sungai diluruskan / sungai cetek

Pengurusan sumber mineral

-Penguatkuasaan undang-undang

-Pemeriksaan dan pengawasan oleh JAS

-Tempat rekreasi

-Akuakultur

-Tebus guna sebagai kawasan penternakan

-Tebus guna untuk pertanian

-Tebus guna untuk petempatan/perumahan

-Tebus guna untuk perkilangan

Sumber Air

Kepentingan sumber air

Sungai

Tasik

-Punca pendapatan

-Peluang pekerjaan

-Kegunaan domestik

-Pengairan pertanian

-Sumber air industri

-Membekal tanah liat

-Kawasan pelancongan / rekreasi

-Aktiviti memancing / berkayak

-Akuakultur

-Peluang pekerjaan

-Punca pendapatan

Air Bawah Tanah

Laut

-Industri air mineral

-Kawasan petempatan spt. oasis

-Telaga artes untuk kegunaan domestik,

pertanian dan penternakan

-Penyulingan / penyahgaraman air laut

untuk kegunaan domestik

-Kawasan pelancongan

-Aktiviti penyelaman dan sukan air

-Sumber pendapatan

-Peluang pekerjaan

Kesan penerokaan sumber air terhadap alam sekitar

-Kemusnahan hutan

-Kemusnahan flora

-Kepupusan fauna

-Sungai tercemar

-Pembentukan tasik yang luas

-Kemusnahan habitat fauna

Pengurusan sumber air di Malaysia

-Penguatkuasaan undang-undang

-Memasang perangkap sampah di sungai

-Mewartakan taman laut

-Kempen ‘Cintailah Sungai Kita’

-Pengekalan hutan bakau dan nipah

-Menutup kawasan pantai dengan konkrit

-Menghadkan lessen penangkapan ikan




Sumber Tanih

Kepentingan sumber tanih

-Tanih gambut untuk tanaman nanas

-Tanih alluvium untuk tanaman padi

-Tanih laterit untuk tanaman getah, kelapa sawit

-Tanih laterit untuk industri batu bata

-Tanah lava bes untuk pertanian

-Tanih berpasir untuk kelapa

-Membekalkan nutrient untuk tanaman

Kesan penerokaan sumber tanih terhadap alam sekitar

-Merosakkan struktur tanih

-Pertanian pindah menjejaskan nutrient

-Penggunaan baja kimia dan racun serangga berlebihan mencemarkan tanih

-Berlaku hakisan permukaan

-Pembajaan berlebihan menambahkan kadar keasidan tanih

-Pertanian secara giat mengurangkan kandungan humas

-Kesuburan tanih merosot

-Tanah menjafdi tandus

Pengurusan sumber tanih

-Mengusahakan tanaman bergilir

-Menanam tanaman tutup bumi

-Pembajakan mengikut kontur

-Pertanian menggunakan rumah kaca

-Tanaman berteres

-Penggunaan baja organik/najis haiwan ternakan

-Penggunaan sisa tanaman

TEMA 8 : KEGIATAN EKONOMI

  • Sektor Pembuatan
  • Sektor Perkhidmatan
  • Sektor Pertanian, Penternakan, Perikanan dan Perhutanan
  • Sektor Perlombongan
  • Sektor Pembinaan

Sektor Pembuatan

Jenis Industri

Contoh Produk

Lokasi/kawasan

Elektrik dan Eletronik

TV,komputer,periok nasi,video

Bayan Lepas, Pending,Batu Berendam

Automatif

Proton Wira,

Kancil

Naza

Motosikal Kris

Shah Alam

Serendah

Gurun

Gurun

Kimia

Sabun

Cat

Baja pertanian

Shah Alam. Petaling Jaya

Kertih

Bintulu

Makanan & minuman

Biskut, minuman bertin

Makanan beku

Ayer Kroh, Perai, Mak Mandin, Shah Alam

Asas Petroleum & Gas Asli

Petrol, diesel, tar,metanol

Kertih, Gebeng, Tangga Batu, Bintulu

Asas Perkayuan

Perabot, kayu gergaji,papan lapis

Olak Lempit , Bukit Rambai, Sandakan

Asas pertanian

Kasut getah, tayar getah, sarung tangan

Minyak masak, lilin, sabun

Kulim, Senawang, Shah Alam

Mak Mandin, Pasir Gudang.

Kesan Kegiatan Sektor Pembuatan Terhadap Alam sekitar

  • Pencemaran Air : sisa organik ke sungai
  • Pencemaran Udara : gas debu dan asap
  • Pencemaran tanih : raksa, asbestos dan sisa minyak
  • Peningkatan suhu : asap habuk merangkap haba: Pulau haba

Langkah Mengurangkan Kesan Alam sekitar

  • Kawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar
  • Kuatkuasa undang-undang : Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974/Pindaan 2000
  • Sistem rawatan air
  • Mesin kurang mengeluarkan asp
  • Kitar Semula
  • Kempen Kesedaran pihak pengilang
  • Pendidikan Alam sekitar masyarakat

Sektor Perkhidmatan

I Pengangkutan, penyimpanan dan telekomunikasi

II Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

lll Perniagaan borong, runcit, hotel dan restoran

lV Utiliti : Elektrik, gas dan air

V Perkhidmatan Kerajaan

Vl Perkhidmatan pelancongan

Sektor Perlancongan di Malaysia

Faktor Mempengaruhi Pelancongan di Malaysia

Faktor

Huraian

Contoh Lokasi

Fizikal

Tanah tinggi

Gua

Tasik

Hutan

Gunung

Suhu

Suhu nyaman, 18 C

Permandangan karst

Perkhemahan, memancing

Kajian flora/fauna

Mendaki

27 C, sekata, sepanjang tahun

Cameron Highland

Gua Niah, Gua Kelam

T.Kenyir, T. Bera, T.Cini

Taman Negara tahan

Gunung Kinabalu

Musim melancong panjang

Bersantai di pantai

Ekonomi

Kos rendah, hotel murah.

Rangkaian pengangkutan

Kompleks membeli belah

Pelancong Jepun, Britain

Darjah ketersampaian tinggi.Pedalaman mudah dihubungi

Kuala lumpur Pesta Membeli Belah,

Sosial

Masyarakat majmuk: pelbagai budaya & kebudayaan

Batu Caves, Dataran Merdeka, Kuala lumpur

Governan

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

Pusat Pelancongan Malaysia

Rumah Terbuka Malaysia

Warta Bangunan Bersejarah

Membuka pejabat di London, Paris, New York

Promosi di Ibu Negeri

di Melaka, di Kuala Lumpur

Kesan Kegiatan Pelancongan Terhadap Alam Sekitar

  • Peningkatan suhu
  • Hakisan Tanah
  • Pencemaran air
  • Kesesakan lalu lintas
  • Kemusnahan tumbuhan

Sektor Pertanian, Penternakan, Perikanan dan Perhutanan

Jenis tanaman

  • Tanaman makanan : padi
  • Tanaman kontan : kelapa sawit, getah, lada hitam, nenas

Kepentingan Kegiatan pertanian tehadap pembangunan negara Malaysia

Kepentingan

Huraian

Makanan ruji

Nasi makanan ruji; Keluaran padi 72.4% negara

Peluang Pekerjaan

15 % guna tenaga; pekerjaan penduduk

Pendapatan Negara

2001 menyumbangkan RM 18.3 billion kepada KDNK

Pengangkutan & perhubungan

Memajukan sistem pengangkutan darat: pengumpulan dan pemasaran hasil tani

Bahan Mentah

Bahan mentah industri berasaskan pertanian

Sektor Penternakan : Ternakan ayam itik, kerbau, lembu dan kambing secara komersial

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kegiatan Penternakan

Faktor

Huraian

Fizikal

Iklim panas lembap sepanjang tahun: kos menternak rendah

Ekonomi

Permintaan daging tinggi (dalam & luar negeri) ; Ibadat Korban

Pekerja ahli keluarga, kos pengeluaran dapat dijimatkan

Governan

JPH : khidmat nasihat; sistem pawah; pemasaran susu

Penyelidikan oelh UPM dan MARDI

Latihan ternakan oleh Institut Latihan Haiwan

Teknologi

Ternakan secara fidlot; makanan sisa kelapa sawit,nanas & koko

Permanian beradas oleh (JPH); baka bermutu tinggi

Sosial

Aktiviti sampingan petani

Isu utama Penternakan

  • Pencemaran najis ternakan disungai
  • Wabak penyakit JE dan Hawar berdarah, Selsema Burung
  • Daging halal : kaedah penyembelihan
  • Pencemaran bau petempatan di sekitar ladang ternakan
  • Penguatkusaan bagi membendung pembuangan najis ternak ke sungai

Sektor Perikanan

Jenis Perikanan

  • Perikanan air Tawar
  • Perikanan Pinggir Pantai
  • Perikanan laut dalam
  • Akuakultur

Perikanan di Jepun

Faktor-faktor mempengaruhi Kemajuan Perikanan di Jepun:

1 Fizikal : Negara berpulau-pulau; berteluk-teluk, banyak tempat pembiakan ikan dan banyak pelabuhan terlindung: Laut Jepun, Lautan Pasifik Laut Cina Timur; Laut kaya ikan : salmon, trout, kembong,tenggiri.halibut dan udang kara

Lautnya cetek, kawasan pentas benua, air laut kurang 183 meter, cahaya matahari sampai ke dasar laut menggalakan pertumbuhan plankton. Pertemuan Arus sejuk Oya Shio dengan Arus Panas Kuro Shio juga menggalakan pertumbuhan plankton

2 Ekonomi : Negara perikanan ketiga selepas China dan Peru.Ikan dieksport keluar negara.Penternakan mutiara untuk pasaran tempatan dan eksport

Ikan sumber protein utama. Penduduk 127 juta, pasaran temapat.

3 Sosial: Penduduk beragama Shinto,tidak digalakkan makan daging. Perikanan perkerjaan tradisional, berani, mahir dan tekun, nelayan berpengalaman ke laut dalam.

4 Teknologi : Negara perkapalan, alat radar, radio, talun bunyi, cahaya, kapal kilang terapung dengan pukat tunda.Ikan diproses didalam kapal (ditinkan) lengkap awet dingin

Penternakan ikan, tiram, kerang dan rumpai laut dipinggir pantai dengan kaedah moden

5 Governan : ZEE sepanjang 200 batu nautika dari pantai. Kerjasama dengan Taiwan dan China mengatasi ZEE bertindih. Galakkan kerajaan untuk perikanan akuakultur laut dan darat.

Kerajaan mendirikan pelabuhan peikanan, kompleks pendaratan, gudang simpanan dan kompleks pemasaran; Pelabuhan Aomari,Akita,Niigata, Nagasaki.

Isu berkaitan perikanan

  • Pencemaran laut; tumpahan minyak
  • Kemusnahan terumbu karang
  • Ikan paus pupus, spesies ikan semakin kurang
  • Pencerobohan perairan
  • Kegiatan lanun
  • Persaingan nelayan asing

Sektor Perhutanan

Kesan Kegiatan Perhutanan terhadap alam sekitar

  • Haiwan dan tumbuhan kehilangan habitat
  • Rantaian makanan terjejas
  • Peingkatan suhu: pepeluhan tumbuhan kurang, menjejaskan imbangan gas
  • Kawasan tadahan terjejas
  • Tumbuhan sebagai perangkap air (span) terjejas, aliran semakin laju.
  • Hakisan tanah pesat
  • Kejadian banjir keranan dasar sungai cetek

Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Perhutanan terhadap alam sekitar.

  • Kuatkuasan undang-undang: Akta hutan Negara/ Pindaan 1993
  • Membendung kegiatan pembalak haram
  • PERHILITAN menyiasat dan mendakwa pembalak haram
  • Menghadkan pengeluaran lesan pembalakan
  • Penebangan terpilih: balak matang sahaja dibenarkan tebang
  • Penguatkuasa pembalakan secara bergilir
  • Kerjasama agensi kerajaan: Polis, tentera, Jabatan Hutan.
  • Penggunaan hilikopter , pemantauan udara
  • Pemeliharaan dan pemuliharaan hutan: tanam semula
  • Menanam pokok cepat membesar: akasia,batai,yemena.
  • Rawatan sivikultur: rawatan/ pokok memunyai parasit di potong
  • Pokok getah menggantikan sumber kayu hutan: klon RRIM 2000
  • Batang kelapa sawit menggantikan papan lapis dari kayu hutan

Faktor Sektor Perhutanan di Malaysia

Hutan Hujan tropika luas; pekerja ramai; permintaan tinggi; bantuan kerajaan; kemajuan teknologi membalak.

Kepentingan Sektor Perhutanan

Hasil kayu / perabot dan pembinaan; sumber pendapatan eksport; peluang pekerjaan

Sektor Pembinaan

Jenis pembinaan di Malaysia

Pembinaan Umum

Bidang Kerja Khusus

  • Pembinaan rumah kediaman
  • Pembinaan Bangunan Pejabat dan bangunan perdagangan
  • Pembinaan intrastruktur: jalan raya,jambatan, pelabuhan & lapangan terbang

· kerja pemasangan logam

· Pendawaian elektrik

· Memasang & membaiki paip

· Kerja peparitan & longkang

· Pemasangan penyaman udara dan penyejukan

· Mengecat

· Tukang kayu

· Memasang kaca

· Memasang lantai

Kesan Kegiatan Sektor Pembinaan Terhadap Alam sekitar

I Pencemaran udara : semasa kerja penyediaan tapak kawasan pembinaan

Habuk dan debu terutama cuaca kering

Kilang simen(habuk); kilang papan lapis (asap & habuk kayu)

II Suhu meningkat :Pembinaan bangunan konkrit/simen: siang cepat panas ; bangunan berdekatan tiada ruang udara bergerak bebas; Pulau Haba.

III Hakisan tanah: penebangan hutan untuk pembinaan jalan raya

IV Pencemaran air : kesan penambakan laut untuk tapak pembinaan.

Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Alam sekitar

  • Peranan agensi kerajaan : Laporan Kajian Impak Alam sekitar (EIA) bagi kawasan pembinaan melbihi 50 hektar
  • Akta Perancangan Bandar dan Desa: garis panduan topografi di kawasan pembinaan cerun bukit dan tanah tinggi
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan: kuatkuasa undang-undang yang patut dipatuhi pemaju
  • JAS (Jabatan Alam sekitar): pemantauan dan tindakan undang-undang kepada pemaju tidak mematuhi kesan alam sekitar
  • Kesedaran sivik dan pendidikan alam sekitar untuk pembangunan lestari; pembanguan dan nilai-nilai alam sekitar untuk menjamin generasi masa depan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 comments:

Khayrin Jamila berkata...

Cikgu, kenapa lapisan kerak bumi tu dipanggil sial dan sima? Tiada nama lainkah? hehe..;p

Nitah Jain berkata...

sial itu adalah gabungan Silika dan Aluminium iaitu kandungan dalam batuan granit jadilah SIAL
sima itu adalah gabungan SIlika, besi, MAgnesium iaitu kandungan dalam batuan basalt jadilah SIMA.

p/s sial itu x sesial namanya sebab ada byk gunanya. Sima tu pula x ada kaitan dgn penyanyi bernama Shima mahupun senior kamu yg bnama Shima senbei.he3...

loke berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
loke berkata...

dalam peperiksaan SPM
perlu bagaimana jawap soalan dalam subjel(GEO)?!
Bolehkah terus jawap? atau perlu huraian?

loke berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rafidah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
loke berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nitah Jain berkata...

bergantung dengan permintaa soalan & markah yg diberikan.rasanya waktu ceramah teknik menjawab soalan,ada diterangkan cara pelajar menjawab soalan berdasarkan peruntukan markah

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.