Isnin, 4 April 2011

Biarkan Aku Tersenyum


Kalaulah muka hari ni boleh ditukar versi kartun, mungkin macam ini la muka cikgu sekarang ni (tapi masih larat lagi jenguk blog)

Balik dari sekolah dan berehat kurang dari 20minit terus buka laptop dan siapkan nota untuk pelajar tingkatan dua. Bukan mahu tunjuk rajin, tapi rasanya tahun ini rasa perit sangat mengajar sebab ramai pelajar yang seolah-olah tidak tahu sikitpun apa yang pernah dipelajari oleh mereka tahun sebelum ini. Untuk tidak menyakitkan hati,cikgu anggaplah pelajar2 yang berperangai UNIK ini menghadapi masalah semasa cuti tahun lepas. Senang cakap, kepala mereka terhantuk sehinggakan mereka melupaka fakta yang pernah dipelajari sebelum ini.

Mahu cakap subjek Geografi ini susah, rasanya tidak juga. Cikgu pun pernah bergelar pelajar sebelum ini. Rasanya yang membezakan hanyalah USAHA. Mungkin satu lagi disebabkan waktu cikgu belajar dahulu, tidak banyak elemen yang menyebabkan cikgu hilang fokus (facebook,SMS dll). Ada pelajar yang resah sekiranya tidak dapat buka dan update status di facebook dalam sehari.tapi tidak resah sekiranya tidak membuka buku dan membuat perkara berfaedah dalam sehari.

Bukan niat mahu membebel, tapi sudah penat menasihati di dalam kelas. Seolah-olah pelajar sekarang sudah imun dengan nasihat dan apa yang disampaikan itu tidak lagi berkesan kepada mereka. Kadang kala perlu juga diluahkan dengan cara lain supaya mereka yang terbaca dan tergolong dalam imun nasihat ini sedar dengan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Persoalannya, golongan UNIK itu ada masa untuk buka blog inikah? Atau mereka sibuk dengan facebook,SMS dll itu?

Harapnya mereka sedar awal agar orang yang mengharapkan kejayaan mereka dapat tersenyum sepertimana fenomena MATAHARI SENYUM di bawah

Pada tahun 2008, dunia digemparkan dengan fenomena indah ‘bulan tersenyum’ yang indah di langit. Pada pagi yang Jumaat, semasa menyambut datangnya musim panas, matahari terbit dengan menampakkan dirinya lain dari yang lain. Sang mentari tersebut dilihat seperti sedang ‘tersenyum’.

Photobucket

Menurut Daily Mail,fenomena alam ini terjadi di satu tempat yang tidak disebutkan namanya di Eropah. Namun, yang pasti gambar matahari dengan wajah ‘tersenyum’ itu diposkan oleh reddit beberapa hari lalu di dunia cyber.

Jika diperhatikan, gumpalan awan di pagi hari itu sebagian menutupi bahagian atas dan bahagian lainnya pada matahari. Awanlah yang membentuk dua mata dan senyuman lebar matahari tersebut.

Gambar di bawah ini pula gambar fenomena matahari tersenyum di tempat yang lain pula.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

nam berkata...

hmm,, sori cikgu kalau kami2 ne buat cikgu makin sakit kepala.. :) ap2pun, kami janji berusaha untuk pmr ne, kc bangga guru2 pkn2. insya-Allah!

Nitah Jain berkata...

Budak_taWadhuk - najwa TAHNIAH kerana anda bukan dalam senarai pelajar UNIK itu,he3..cikgu tidak ajar kls kamu Geografi jadi untuk kelas kamu,cikgu no komen. Tolong pesan dengan kawan2 yang lain,selain nota form3 hari tu,ada lg nota form2.boleh jumpa cikgu jika berminat untuk fotostat untuk membantu memudahkan ulangkaji.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.