Walaupun tingkatan 1 Jauhari, 1 Jujur dan 1 Amanah baru masuk bab 9, pergerakan bumi di dalam sistem suria, namun anda semua boleh baca ini untuk pembelajaran awal. Pelajar tingkatan 2 dan 3 pula sila baca untuk pengetahuan tambahan dan ulangkaji (refreshkan otak anda) tentang pelajaran tingkatan 1, cuaca dan iklim di negara lain.
Gambar di atas bukannya kubur tau. Itulah Kunds ataupun Kundis yang dipelajari dalam tingkatan 1. Biasanya Kunds ataupun Kundis terdapat di kawasan gurun seperti Gurun Thar. Kalau di Malaysia ada perigi, di kawasan panas seperti ini pula ada Kunds ataupun Kundis.
Satu cara menyimpan air di Gurun Thar adalah dengan membina kund. Bentuk kunds atau kundis adalah seperti sebiji cawan yang diletakkan di atas piring. Tujuannya adalah untuk menyimpan air hujan di Gurun Thar dan sebahagian kawasan Gujerat. Bentuknya seperti cawan membolehkan air hujan mengalir ke bahagian tengah perigi. Bahagian atas perigi ditutupi dengan jala wayar untuk mengelakkan pasir dan batuan kecil terjatuh ke dalam air. Bahagian tepi perigi pula disapu dengan batu kapur dan abu. Kebanyakan kunds atau kundis ditutup rapi untuk mengelakkan sejatan. Air akan dikeluarkan dengan menggunakan baldi yang diikat dengan tali diturunkan dari atas. Bukan semua orang mampu memilikinya. Hanya mereka yang kaya dan memiliki tanah mampu membina kunds atau kundis. Bagi orang yang miskin pula, mereka menggunakan kunds atau kundis yang dibina untuk orang awam.
Ingat Kunds Atau Kundis tidak ada kaitan KUDIS. Kudis itu ada di badan,tapi masih boleh diubati.cuma kadang-kadang kalau hati disakiti,walaupun orang itu sudah meminta maaf, tapi hati yang dilukai itu masih ada lagi sisa terluka @ KUDIS yang tidak dapat diubati. Bak kata Karam Singh Walia di TV3, Rumah terbakar panggil bomba, hati terbakar siapa yang tahu.hahaha...
p/s perenggan terakhir tu pula tidak ada kaitan dengan Kunds atau Kundis. Tapi ada kaitan dengan KUDIS :p
Rabu, 27 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan