Isnin, 18 April 2011

Kita Bertanya, DIA menjawab

Seringkali kita dilanda masalah dan hilang semangat untuk melalui setiap cabaran. Malah, ada masanya kita menyatakan diri kita malang kerana apa yang kita imaginasikan tidak menjadi realiti. Mungkin apa yang dicoretkan di sini mampu menyedarkan kita setiap yang berlaku ada hikmahnya.

1. Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab:


“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)



‎2. Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab:


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)



‎3. Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab:



"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)


‎4. Kita bertanya: Kenapa mesti frust?
Quran menjawab:
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)



‎5. Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab:


“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)



‎6. Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab:
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)



‎7. Kita berkata: Aku tak tahan!!!
Quran menjawab:
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)



‎8. Kita berkata: Sampai bila aku merana begini?
Quran menjawab:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab:


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)



Al-Quran telah memberi banyak petunjuk kepada kita...moga kita sentiasa merujuk kepada kitab yang telah diturunkan kepada junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w....



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

wow..ustazah nitah la...hahaha..

Nitah Jain berkata...

rasanya x perlu jd ustazah klu mahu bkongsi ilmu yg baik.terpulang mahu ambil tahu atau tidak.sebab tujuan buka blog ini satu sahaja "mengajar kepada mereka yang sudi, mendidik pada mereka yang punya hati"

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.