Sabtu, 19 Februari 2011

Perasan Unik?


Nampak sudu yang unik itu? Walaupun nampak lain dari 'kawan-kawannya' tidak bermakna ianya mampu memberikan impak yang besar berbanding sudu yang lain. Entah-entah akan disingkirkan kerana keunikkannya itu.

Apa persamaannya dengan hidup kita? Seringkali kita ingin menonjolkan diri agar orang menyedari kewujudan dan pengaruh kita. Malah, ada masanya kita bukan sahaja memudaratkan diri tetapi juga menyebabkan orang lain menerima kepedihan akibat kerakusan sikap tidak matang kita. Ada yang berusaha menjadi unik untuk mendapat perhatian. Tidak kira dari segi penampilan mahupun perilakunya. Sesiapa yang pernah bergelar remaja, sudah sedia maklum dengan kecelaruan personaliti ini (bukan kecelaruan gender ya).Namun ada yang tersilap langkah dalam usaha mereka menonjolkan keunikan diri sehingga menimbulkan 1001 masalah.

Setiap masalah yang timbul akibat sikap kurang matang dan tidak berhati-hati ini sememangnya cukup untuk memeningkan kepala malah kadangkala menyakitkan hati. Belum lagi masuk kisahnya cuba menjatuhkan reputasi dan memijak maruah orang lain dengan harapan dirinya akan dikatakan unik kerana peka dengan isu sekeliling sedangkan sebenarnya dia tidak lebih daripada penyibuk dan penyebar cerita. Benda sebegini berlaku di mana-mana hatta di kalangan pelajar lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang lebih dewasa.

Sesungguhnya tidak salah untuk menunjukkan diri kita unik,tetapi berpada-padalah. Jangan kerana hanya ingin orang nampak kita unik, akhirnya kita hanyalah menjadi sampah. Tidak salah menunjukkan potensi diri (malah sangat digalakkan terutamanya dikalangan pelajar dan mereka yang berkerja) tetapi perlulah berhati-hati agar keunikan yang ditonjolkan itu adalah sesuatu yang memberi faedah dan bukannya yang membuatkan orang menyampah.

Sememangnya blog ini bukan sahaja dibuat untuk tujuan akademik semata-mata tetapi juga bagi merungkai atau sekurang-kurangnya meluahkan apa yang terbuku dihati (dengan cara berhemah). Pelajar boleh meluahkan kebuntuan disini. Walaupun masalah tidak dapat diselesaikan,tapi sekurang-kurangnya ada tempat untuk meluahkan. Coretkan secara berhemah dan jaga maruah orang lain.




Jangan jadi seorang unik yang menyusahkan


Jadilah seorang unik yang mengembirakan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

nam berkata...

Yup. unik biar bertempat...

Nitah Jain berkata...

harap kita dijauhkan daripada menjadi orang unik x bertempat ini.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

 
Copyright KONGSI ILMU DAN CERITA KEHIDUPAN 2009. Powered by Blogger.Wordpress Theme by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul Dudeja.