1. Senarai di bawah menunjukkan bentuk muka bumi di kawasan pinggir laut.
I beting pasir
II gerbang laut
III batu tunggul
IV anak tanjung
Bentuk muka bumi manakah terbentuk akibat proses hakisan ombak?
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
2. Proses hakisan sungai yang berterusan pada likuan terpenggal akan membentuk
A. delta
B. jeram
C. tetambak
D. tasik ladam
3 Senarai di bawah menunjukkan bentuk muka bumi di kawasan sungai.
I. air terjun
II. likuan sungai
III. tetambak
IV. jeram
Bentuk muka bumi manakah terbentuk di kawasan hulu sungai?
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Lingkaran Api Pasifik
4. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kawasan yang dinyatakan di atas?
A. Taufan di Filipina
B. Gunung berapi di Indonesia
C. Banjir di Indonesia
D. Kemarau di Mexico
5. Antara berikut pasangan yang manakah benar tentang fungsi sungai?
Sungai | Fungsi sungai | |
I | Sungai Endau | Pengangkutan |
II | Sungai Bernam | Sempadan negari |
III | Sungai Padas | Empangan hiroelektrik |
IV | Sungai Kerian | Menghanyut kayu balak |
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
6. Sungai di Semenanjung Malaysia penting kerana berperanan sebagai
I. sumber pengairan
II. jalan pengangkutan
III. kawasan pelombongan
IV. sumber air untuk kegunaan harian
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
7. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan penerokaan di kawasan tanah tinggi?
I. Hakisan
II. Banjir kilat
III. Pemendapan
IV. Tanah runtuh
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
· Tanah Tinggi Cameron
· Pergunungan Alps Switzerland
8. Kedua-dua tempat di atas mempunyai persamaan kepentingan sebagai kawasan
A. pembalakan
B. pelancongan
C. pindah ternak
D. tanaman hawa sederhana
· Bercerun curam
· Menghadap laut
· Terdapat rumah api
9. Maklumat di atas merujuk kepada
A. tebing tinggi
B. gerbang laut
C. pentas benua
D. tunggul sisa
6 comments:
1- B
2- D
3- D
5- B
6- B
7- D
8- i dan iv
9- B
10-A
Budak_taWadhuk - najwa -
bg dulu sedikit alasan knp pilih jwpn tsebut?
1 -gerbang laut- hakisan b'terusan antara 2 buah gua secara b'ttntgn di sesuatu tg.
-batu tunggul- slps gerbang laut runtuh akibat hakisan b'terusan
2- proses pembentukan tasik ladam:
-likuan sg m'jd lbh bsr & b'bentuk hampir bulatdgn tebing cekungnya. segenting yg sempit akan t'bentuk
-segenting putus sewaktu banjir menghasilkn liku t'penggal.
-lama2, liku sg tu terpisah dn wujudlah tasik ladam
3- air t'jun- air sg mengalir dr tnh tinggi ke tnh lbh rdh secara tiba2 & m'bentuk a.t
jeram- sg m'alir melalui batuan berselang lapisan keras & lembut
5- suratan takdir..(tdk tahu mcm mana utk jlskn)
6, 7, 8- sdh t'jwb..
9- (rujuk di buku teks geo. ting.1 m/s 68-69)
10- sbb rumah api sentiasa ada di kwn tinggi... so tbg tinggi la.. ;p
Budak_taWadhuk - najwa -
toling jawab balik (berserta alasan) sebab entri ada sedikit kesilapan (maklumlah sudah tua ni)
Khayrin
kita tunggu sedikit masa lagi,mana tau ada jawapan dan alasan lain.nanti cikgu akan bagi jawapan sebenar
klu sya jawab nie, cikgu.. perlu tngk buku nie.. haha.. :)
Catat Ulasan